3 KPI Yang Penting Untuk Tengok Prestasi Iklan “Perform” atau Tidak

Ramai orang bila run iklan, mesti akan ada persoalan seperti..

“Iklan dah jalan, bila waktu sesuai untuk tengok result iklan eh?”

“Macam mana saya nak baca result iklan saya ni yer?”

“Tengok cost RM 0.001, satu nombor pun tak masuk dekat WhatsApp, kenapa?”

“Macam mana saya nak tahu iklan saya ni perform ke tak eh?”

“Iklan saya like banyak, ramai orang klik, kenapa takda sales yer?”

Soalan-soalan di atas memang sangat penting bila anda dah mula buat Facebook Ads.

Tidak kira sama ada anda buat iklan anda sendiri, atau anda ambil servis dari agensi (seperti kami)

Anda perlu ada ilmu asas untuk baca data iklan anda supaya:

  1. Kos iklan anda boleh maintain relevan (jangan bazirkan duit anda pada iklan yang tak perform)
  2. Anda tahu content apa yang audiens anda suka (dan anda boleh banyakkan iklan atau content yang begitu)

Dan paling penting bila anda faham baca data iklan, anda akan tau bila nak…

  1. Naikkan atau turunkan bajet
  2. Kena tutup iklan untuk elak rugi melambung
  3. Buat iklan baru sebab iklan lama dah tepu aka fatigue

Jadi dalam artikel kali ini, saya nak kongsikan dengan anda tentang apa data yang anda kena tengok untuk tau iklan ok ke tidak.

Tapi sebelum tu…

Bila waktu yang sesuai untuk tengok result iklan?

Ada orang, baru sejam dua iklan berjalan dah excited buka Ads Manager.

Tak sabar sangat nak tengok berapa orang dah tengok, klik iklan mereka!

Sebenarnya, bila dah buat iklan, Facebook perlukan masa untuk “belajar” dan “optimize” iklan anda.

Biasanya proses ini memakan masa antara 24 hingga 72 jam; bergantung pada jumlah bajet yang anda laburkan.

Lagi besar bajet, lagi cepat anda boleh lihat hasilnya (dan tentukan iklan ni nak scale up atau perlu diperbaiki).

Jadi bila dah buat iklan tu, belajarlah bersabar dulu yer.

Anda boleh mula tengok data iklan lepas 3 ke 6 jam, cuma untuk analisa yang tepat, sebaiknya tunggu sekitar 24 hingga 72 jam.

Sebab itu saya biasa syorkan mula dengan bajet yang rendah dulu (sekitar RM15 ke RM30 sehari), untuk tengok iklan ok ke tak.

3 KPI yang perlu anda tengok pada result iklan

Ok, ini 3 data atau Key Performance Indicator (KPI) yang kami tengok untuk pastikan iklan client-client kami berjalan dengan cantik dan memuaskan.

Tapi sebelum itu, KPI yang kami kongsikan di bawah ini lebih sesuai untuk iklan jenis Engagement. 

Kalau anda menggunakan iklan jenis Messenger atau Traffic, data yang anda perlu ukur sedikit berbeza.

Apa yang perlu anda lihat pada iklan Engagement?

Iklan jenis PPE ialah iklan yang berobjektifkan “Engagement”. 

Maksudnya, Facebook akan berikan iklan anda kepada orang yang cenderung untuk berbuat tindakan seperti Like, Comment, Share dan klik pada gambar.

Ini 3 data yang kami monitor rapat.

1. Kos Per Lead 

Jika iklan anda mengharapkan prospek untuk masuk ke WhatsApp team sales anda, anda boleh menggunakan kos per lead.

Berapa target sales yang anda mahukan  = Jumlah nombor baru yang masuk ke dalam WhatsApp.

Ini memang tak dapat dilihat dalam dashboard Ads Manager anda. 

Anda perlu kira secara manual berapa nombor yang masuk sepanjang kempen iklan anda berjalan.

Dan kalau nak senang, anda kena kira dan track jumlah leads ini setiap hari.

Sebagai contoh macam ni..

Contoh 1:

Kos iklan pada hari ini ialah RM200. Nombor baru yang masuk ke dalam WhatsApp adalah 50 nombor. 

Kos Per Lead
Kos iklan / jumlah nombor baru yang masuk RM 200 / 50 nombor =RM 4 Jadi, kos per lead iklan anda adalah RM4.  

Contoh 2:

Anda nak bagi free trial set kepada audience, dengan syarat mereka perlu isikan detail mereka pada form dalam website anda.

Kos iklan untuk post free trial yang dikeluarkan adalah RM 100. Jumlah detail yang isi form adalah 30.

Kos Per Lead
Kos iklan / jumlah detail yang isi form pada website RM 100 / 30 detail =RM 3.33 Jadi, kos per lead iklan anda adalah RM3.33.  

Berapa kos per leads yang terbaik?

  1. Ianya bergantung pada niche / produk
  2. Biasanya lagi murah, lagi bagus. Tapi kena tengok juga berjaya close atau tidak.

2. Kos Per Komen 

Indikator iklan yang kedua ialah kos untuk mendapatkan 1 komen.

Jika kos untuk lead anda perlu kira secara manual, tetapi untuk kos per komen ini, anda boleh lihat melalui ads manager. 

Macam mana nak set kos per komen ini?

  1. Masuk ke Dashboard Ads Manager.
  2. Pergi ke bahagian Column dan klik “Customize Column”.
  3. Search “Cost per Comment” dan tick kotak di sebelahnya. 
  4. “Save Preset” customize column tersebut untuk mudahkan rujukan.

Nanti akan ada column baru yang memaparkan “Cost per Comment” untuk setiap iklan anda.

Kos Per Komen
Kos iklan / jumlah komen pada post anda RM 100 / 200 komen=RM 0.50 per komen. .  

Kenapa kena kira kos untuk satu komen?

Disebabkan objektif iklan kita adalah Engagement, jadi komen juga adalah satu indikator yang perlu dilihat dalam data result iklan anda.

Lagipun daripada komen, anda boleh reply, tag, dan PM orang yang dah “singgah” pada post anda.

Sekurang-kurangnya, mereka ini, confirm-confirm sudah berminat dengan produk / servis anda, betul?

Kalau power, boleh follow up dan close sales lagi. 

3. Outbound Klik 

Outbound klik adalah bilangan click yang membawa audience keluar dari Facebook.

Sebagai contoh yang paling mudah adalah link ke WhatsApp seperti Wasap.my atau KlikSini.my.

Kalau dalam iklan anda, anda ada letak link, anda boleh lihat berapa jumlah prospek yang klik link tersebut.

Contoh iklan yang menggunakan outbound klik: 

? TAK SEMPAT NAK GOSOK BAJU PAGI-PAGI SEBAB RUSHING NAK MASUK OPIS?

Pernah tak awak alami situasi ni?

Kan best, kalau ada baju opis yang tak payah gosok?

BERMINAT?

==> www.wasap.my/60123456789/A

==> www.wasap.my/60123456789/A

==> www.wasap.my/60123456789/A

Dari data outbound klik ini, anda boleh lhat berapa ramai yang baca iklan anda dan klik link ke WhatsApp.

Anda juga boleh bandingkan jumlah yang klik link ke WhatsApp dengan jumlah leads yang betul-betul masuk.

Begitulah…

Sekian saja perkongsikan saya untuk artikel kali ini, 3 indikator penting yang #TeamFAMES guna untuk pastikan iklan klien kami sentiasa perform dan “under control”.

So lepas ni jangan ada alasan tak reti nak baca data iklan dah.

Kalau nasib baik iklan perform, takde masalah.

Tapi kalau iklan tak perform, dan kos tiba-tiba naik? Tepuk dahi je mampu!

Akhir kata, semoga 3 metric ini dapat membantu anda untuk kenalpasti prestasi iklan berada pada tahap yang terbaik atau tidak.

Perlukan Talian Hayat?

Jika anda dah buat macam-macam tapi iklan masih tak berjaya hasilkan jualan, mungkin saya dan tim boleh bantu.

Anda boleh join klik link di bawah untuk join Sesi Personal Coaching bersama #TeamFAMES atau book slot konsultasi secara online dengan kami.

Klik sini jika anda mahu kami bantu anda run iklan high performance sekarang!

Belajar sesuatu dari artikel di atas? Jika ya, boleh klik butang di bawah untuk share dengan rakan lain @ tinggalkan sebarang soalan @ cadangan di bawah apa yang anda belajar. 👇🏻

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *