3 Sebab Bagaimana Chatbot AI di WhatsApp Boleh Kurangkan Kos Tambah Team Sales Baru

Dalam era digital ini, penggunaan chatbot AI di WhatsApp menjadi semakin popular dalam kalangan pemilik bisnes. 

Kenapa? 

Sebab Ai dapat bantu kita respond mesej prospek/ pelanggan dengan lebih pantas.

Bila kita mampu beri respond yang pantas, kita dapat atasi masalah seperti prospek sejuk.

Dan apabila semakin kurang masalah prospek sejuk, secara tak langsung kita dapat meningkatkan closing rate & jualan bisnes.

Tapi, betul ke Ai boleh balas pertanyaan pelanggan kita dengan baik?

Kalau jawapan yang Ai jawab “ke laut” macam mana?

Kemudian dalam WhatsApp apps sedia ada sekarang, macam mana nak setup chatbot yang siap ada Ai?

Kalau betul chatbot Ai ni power, dah tak perlu hire team sales/ customer service ke?

Persoalan-persoalan inilah yang kami akan jawab & kongsikan kepada anda dalam artikel ini.

Kami akan kongsikan kepada anda 3 sebab bagaimana chatbot Ai di WhatsApp, boleh kurangkan kos anda dari perlu tambah team sales baru & bagaimana nak setup chatbot Ai ini dalam nombor WhatsApp anda.

#1 Automate Customer Support

Jika sebelum ini, anda perlu bergantung kepada komitmen team untuk respond pantas kepada apa-apa persoalan pelanggan.

Tetapi dengan Chatbot AI, ia boleh memberi respons kepada secara automatik 24/7.

Respond luar waktu bekerja tak ada masalah.

Respond hari cuti pun smooth jer.

Tak ada dah isu orang WhatsApp kita hari Sabtu, kemudian hari Isnin pagi tim masuk kerja, baru nak reply.

Kalau itulah yang bisnes anda praktiskan sekarang, kami harap anda serious mencari solusi yang terbaik melalui sharing ini.

Sebab apabila ada chatbot dengan Ai, anda tidak perlu tambah staf atau bayar bonus tambahan untuk staf jaga customer support pada waktu luar kerja.

Lagi-lagi bab soalan Frequent Asked Question (FAQ), ianya adalah soalan & jawapan yang berulang. 

Jadi, tak ada masalah untuk kita pass kepada Ai bagi melayan pertanyaan ini.

Tim hanya tinggal perlu pantau & balas jika perlu sahaja.

Yang penting chatbot perlulah dilatih dengan “prompt” yang jelas & info yang mencukupi semasa fasa setup.

#2 Peningkatan Produktiviti Pekerja

Bila rutin respond WhatsApp dapat dikurangkan dengan chatbot, tim anda boleh fokus kepada tugasan yang lebih penting.

Contohnya tugasan follow up.

Sepanjang kami buat kelas, coaching & uruskan klien-klien servis…

Kami dapati banyak bisnes yangg tak ada flow & SOP follow up yang konsisten.

Maksudnya, tim fokus close sales dari leads baru untuk cari customer baru saja.

Kerja-kerja follow up, biasanya dibuat “kalau sempat” sahaja.

Dan ini adalah satu praktis yang tidak bagus untuk bisnes anda.

Setiap leads yang masuk adalah kos.

Anda keluarkan kos iklan untuk dapatkan nombor mereka.

Ada prospek akan membeli selepas beberapa follow up dibuat kepada mereka.

Ada customer yang “baru” nak repeat order produk, sebab dapat hebahan/follow up dari kita.

Tapi kalau tim anda hanya fokus layan leads baru, cari customer baru…

Memang anda akan rasa tak sempat.

Paling tidak jika anda ada chatbot Ai, rutin harian tim dapat berjalan lebih efisien.

Tim boleh ada lebih masa untuk buat follow up sebab, chatbot sudah take over tugas-tugas seperti maklum balas, menjawab soalan-soalan asas dari prospek atau customer sedia ada.

#3 Jimat Masa Train Tim

Selain daripada produktiviti staff, Ai juga dapat jimatkan kos & tenaga anda untuk train tim baru.

Kalau anda hire tim baru, anda perlu allocate extra kos untuk gaji dan pastinya perlu luangkan lebih masa untuk train mereka.

Tapi kalau dengan Chatbot AI, ia hanya memerlukan latihan yang minimum berbanding melatih pekerja baru.

Seperti point di atas, apa yang penting adalah info & prompt yang kita berikan kepada Ai, untuk generate output/respond dari soalan yang di tanya oleh prospek/pelanggan di WhatsApp.

Lagi detail info & prompt kita, lebih tepat & cantik respond yang akan dikeluarkan. 

Lama ke nak train Ai ni?

Kalau ikut pengalaman kami, anda hanya perlukan dalam dalam 1-2 hari saja sebenarnya untuk setup. 

Kemudian anda tinggal test output yang chatbot Ai anda keluarkan.

Tutorial Setup Chatbot AI 

Untuk tutorial setup chatbot Ai ini, kalau melalui applikasi WhatsApp saja tak cukup. 

Anda perlukan sistem yang boleh bantu anda setup chatbot dalam nombor WhatsApp anda.

Dan sistem ini jugalah yang akan jadi perantara untuk integrate dengan model Ai seperti ChatGPT atau ClaudeAi. 

Jadi tutorial dalam artikel ini kami akan gunakan sistem Wabot.

Jangan risau, anda masih boleh follow tutorial ini sebab, sistem Wabot yang kami gunakan ini menawarkan 14 hari akaun trial percuma.

Sekurang-kurangnya anda boleh test dulu setup chatbot ini, dan anda boleh explore jugak fungsi-fungsi lain dalam sistem Wabot ini.

Berikut adalah langkah-langkah ringkas untuk setup chatbot AI menggunakan sistem Wabot:

# Kesimpulan

Penggunaan chatbot AI di WhatsApp seperti Wabot jelas memberikan banyak kelebihan terutamanya dari segi pengurangan kos. 

Mungkin anda di antara anda masih ragu-ragu sama ada penggunaan Chatbot Ai ini boleh standard yang anda ingin atau tak.

Jangan risau, tutorial kami dah sediakan dalam artikel ini membolehkan anda terus setup chatbot Ai tanpa perlu bayar kos sistem. 

Anda boleh manfaatkan akaun percubaan percuma selama 14 hari untuk “testing”.

Zaman sekarang ni teknologi semakin canggih. Jadi, gunakan kecanggihan teknologi sekarang untuk dimanfaatkan dalam bisnes kita.

Belajar sesuatu dari artikel di atas? Jika ya, boleh klik butang di bawah untuk share dengan rakan lain @ tinggalkan sebarang soalan @ cadangan di bawah apa yang anda belajar. 👇🏻

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hai kawan! Ada terfikir nak broadcast & follow up Whatsapp guna sistem? tapi tak tahu nak cuba yang mana satu? 

Jom la guna Wabot. “its super easy” – Kata Tn Faris Rasul  🌟🌟🌟🌟🌟