Blog Firdaus Azizi

3 Struktur Copywriting yang Digunakan oleh “World Class” Copywriter

Table of Contents

Kenapa?

Kenapa anda selalu ‘stuck' masa nak tulis copywriting?

Antara sebab adalah anda tidak tahu tentang panduan struktur copywriting. 

Apa struktur copywriting yang anda selalu jadikan panduan?

AIDA? PAS? 

Atau PASTOR?

Atau anda tak tahu langsung tentang struktur copywriting? 

Sekiranya anda tak tahu tentang struktur copywriting, maka artikel ini anda wajib hadamkan supaya anda dapat atasi masalah stuck semasa tulis copywriting.

Dalam artikel ini saya kongsikan 3 struktur sahaja, sebenarnya ada banyak struktur copywriting lain. Tapi, hanya 3 ini saya selalu guna. Struktur nombor 3 saya paling suka guna.

 

#1 Struktur AIDA

AIDA merujuk kepada:

A (Interest)
I (Interest)
D (Desire)
A (Action)

Elemen paling penting pada copywriting adalah Headline. Anda perlu menarik perhatian prospek anda melalui headline.

Contoh:
“Perhatian! Khas Untuk Anda yang Tengah Cari Tudung Baru Untuk Digayakan Majlis Tunang Bulan Ini”

Untuk menarik minat prospek pula anda perlu bermain dengan kerisaun dan ketakutan prospek terhadap masalah yang sedang mereka hadapi. Boleh juga menarik perhatian prospek dengan menekankan USP dan kelebihan produk anda.

Bagi membangkitkan “Keghairan” prospek untuk mendapatkan produk anda, anda perlu hasilkan tawaran yang meleleh pada copywriting anda.

Akhir sekali, beri mereka satu arahan yang jelas untuk bertindak dapatkan produk anda.

 

Iklan Apple

#2 Struktur PAS

PAS bermaksud:

P (Problem)
A (Amplify)
S (Solution)

Mengikut konsep struktur PAS, Headline copywriting perlu menjurus kepada masalah yang produk anda boleh selesaikan.

Contoh:
“Anda Ada Masalah Rambut Gugur Selepas Bersalin?”

Amplify pula bermaksud besarkan. Anda perlu perbesarkan masalah utama prospek. Apa terjadi jika prospek tak selesaikan masalah mereka dengan segera? 

Cuma, pastikan anda besar-besarkan mengikut logik dan fakta yang benar dan tidak menipu.

Akhir sekali, baru beri prospek anda penyelesaian dengan produk anda.

 

#3 Struktur BAS

BAS bermaksud:

B (Before)
A (After)
S (Solution)

Mengikut konsep struktur BAS, Headline copywriting fokus pada keadaan diri prospek ketika mereka hadapi masalah.

Contoh:
“Sering Rasa Malu Nak Tengok Cermin Sebab Perut Bentuk Macam Belon?”

kemudian,ceritakan pada prospek apa yang bakal terjadi selepas mereka gunakan produk anda. Anda boleh kuatkan dengan berkongsi bukti testimoni dari pelanggan sedia ada.

Akhir sekali, beri mereka penyelesain dengan memberi arahan untuk prospek dapatkan produk anda.

Iklan Palm One

 

Kesimpulan

Jika anda masih selalu hadapi masalah ‘stuck' masa tulis copywriting, maka anda boleh amalkan salah satu dari 3 struktur ini sebagai panduan.

Anda tidak wajib ikut 100% struktur ni, struktur yang saya kongsikan ini hanya sebuah panduan bagi memudahkan kerja anda untuk tulis copywriting

artikel berkaitan

Copywriting
Faris Osman

5 Cara Meyakinkan Pelanggan Dengan Baik

Keyakinan dan kepercayaan pelanggan kepada kita adalah sesuatu yang tidak ternilai harganya. Dari keyakinanlah, membuatkan seorang peniaga itu diiktiraf berkredebiliti. Kredebiliti sebenarnya kunci untuk mudahkan segala transaksi duit berlaku di

Baca Lagi »

Limited Time Offer, Promo 12.12: Diskaun > 50% untuk 6 sistem akan bermula!