4 Cara Apa Nak Buat Bila Iklan Yang Dah Publish Tapi Tak Berjalan 

Ada orang pernah tanya saya:

“Apa nak buat kalau kita dah run iklan tapi iklan tu tak jalan? “

Saya faham perasaan anda. Bila kita dah beriya setup dan launch iklan, rasa dah perfect dah bila iklan dah approved.

Tapi iklan sendu. Tak capai pun objektif kempen yang kita nak.

Kenapa jadi macam ni? Apa perlu kita buat?

Apakah yang dimaksudkan iklan tak berjalan?

Okay macam ni. Saya explain serba ringkas dulu.

Iklan tak berjalan ini terjadi apabila iklan dah aktif, tetapi jumlah reach lambat naik daripada iklan yang biasa.

Lagi hambar, reach iklan kosong. Boleh pening kepala dibuatnya.

Kadang- kadang perkara ini berlaku disebabkan oleh Facebook sendiri.

Bila jadi kes begini, ada beberapa solusi yang saya akan buat untuk adjust dan repair iklan yang tak deliver ni.

4 solusi adjust dan repair iklan yang tak perform

Untuk memudahkan anda cuba selamatkan iklan, saya simplify ke 4 solusi mudah.

  1. Duplicate Kempen
  2. Buat Kempen Yang Baru
  3. Tukar Copywriting & Bahan
  4. Tukar Kempen Secara Keseluruhan

Ikut step by step, insyaAllah iklan anda boleh berjalan seperti apa yang anda mahukan.

1# Duplicate Kempen

Adakala, iklan anda tidak berjalan disebabkan oleh technical error pada iklan itu sendiri.

Ada masa juga, error ini disebabkan oleh algorithm Facebook sendiri.

Untuk solusi ini, saya tak tukar apa-apa pun.

Saya masih menggunakan bahan, copywriting, interest dan audience yang sama.

Pastikan sebelum duplicate kempen, anda offkan dulu iklan yang tak perform tu.

Selepas offkan iklan, barulah kita duplicate iklan yang sama dan biarkan iklan run selama 24 jam dulu.

Selepas 24 jam, iklan dah optimize, jika iklan dah perform, anda boleh teruskan iklan tersebut.

Jika tidak, iklan anda sendiri mempunyai technical error, dan saya suggest anda ikut step seterusnya dengan buat kempen yang baru.

2# Buat Kempen Yang Baru

Jika anda masih tidak berjumpa solusi daripada duplicate kempen,saya cadangkan anda buat semula kempen yang baru.

Apabila anda dah kenalpasti kempen ada technical error, jangan buang masa dan kos untuk jalan kempen tersebut.

Delete kempen yang tak berjalan, kemudian baru mulakan setup kempen yang baru gunakan objektif dan interest yang sama.

3# Tukar Copywriting & Bahan

Okay, next selalunya kalau step 1 dan 2 masih tak berhasil, saya akan mintak copywriter buat ayat iklan baru, ataupun cari bahan marketing lain, baik gambar atau video untuk ditukarkan.

Dari segi copywriting, mungkin agak susah jika kita nak buat balik dari mula.

Apa yang anda boleh cuba, anda boleh tukarkan headline dan ayat intro berbeza.

Nak mudah, setiap kali buat ayat iklan, terus sediakan 2-5 headline yang berbeza.

Bila satu iklan tak perform, kita tukar. Kalau perform, anda boleh buat split test tengok headline mana paling ramai orang engage.

Sama juga seperti bahan marketing. Sediakan backup.

Ataupun diantara teknik yang pernah saya buat, anda boleh mintak designer tukar content dalam gambar anda, atau tukar tajuk kepada video anda.

Berikut saya bagi contoh yang anda boleh contohi bagaimana saya gunakan gambar sama, tetapi content berbeza.

Gambar sebelum:

Gambar Selepas:

Next kita pergi ke solusi yang terakhir untuk jalankan kempen anda.

4# Tukar Kempen Secara Keseluruhan

Jika anda dah ada bahan/ayat iklan marketing baru, saya suggestkan anda untuk tukar kempen secara keseluruhan.

Apa yang perlu ditukar:

  • Bahan kreatif
  • Copywriting
  • Objektif iklan
  • Audience
  • Interest

Kita tukar 100% berbeza daripada kempen asal.

Malah tak dinafikan, kebiasannya cara keempat ini paling menjadi dari yang lain.

Namun, ia ada banyak faktor kenapa 3 solusi sebelum ni takda.

Salah satunya mungkin Facebook mensasarkan iklan kita pada orang yang salah, yang tidak berpotensi pun untuk jadi customer kita.

Selain itu, mungkin juga objektif iklan yang kita pilih, tidak menepati dengan target kempen kita jalankan.

Buat iklan brand awareness, tapi anda harapkan sales, mana boleh.

Lebih baik anda guna objektif conversion, barulah Facebook akan sasarkan iklan anda kepada audience yang suka membeli di Facebook.

InsyaAllah, saya pasti jika anda usaha dan cuba solusi yang saya cadangkan, kempen anda akan kembali perform.

Perlukan bantuan Team FAMES untuk advice anda berkenaan Facebook Ads?

Jangan risau, anda buntu kami bantu. Di team FAMES, kami sentiasa terbuka kepada anda yang ingin mendapatkan sesi coaching one-to-one bersama kami.

Klik jer butang di bawah untuk info lanjut.

Belajar sesuatu dari artikel di atas? Jika ya, boleh klik butang di bawah untuk share dengan rakan lain @ tinggalkan sebarang soalan @ cadangan di bawah apa yang anda belajar. 👇🏻

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *