5 Formula Headline Untuk Tingkatkan Conversion Landing Page Anda

Dalam dunia pemasaran digital, landing page pegang peranan penting sebagai medium interaksi pertama antara pengguna dengan produk atau servis.

Salah satu elemen yang seringkali kita abaikan tapi ada impak besar ialah ‘Headline’ – tajuk besar yang diletakkan di bahagian atas (hero section) landing page.

Kenapa Headline Penting?

Sebab headline bukan hanya sekadar tajuk, tapi ianya jantung bagi sesebuah landing page!

Headline berfungsi untuk bantu kita menyampaikan mesej utama yang boleh mempengaruhi keputusan pengunjung untuk bertindak lebih lanjut.

Apabila headline landing page anda tak menarik, tak mustahil pengunjung keluar tinggalkan landing page anda tanpa teruskan pembacaan mereka.

Dan apabila dah jadi macam ni, conversion rate pun akan semakin rendah.

Biasanya kalau conversion landing page slow, di antara langkah awal penambahbaikan yang kami buat, kami akan ‘adjust headline’ dulu.

Tapi, headline macam mana yang bagus untuk landing page?

Headline panjang?

Atau headline pendek & ringkas?

Nak highlight masalah ke offer?

Untuk mudahkan anda hasilkan headline yang baik, kami nak share 5 formula headline yang anda boleh guna untuk bantu dapatkan conversion tinggi di landing page.

Dengan formula yang betul, anda boleh capai objektif pemasaran anda dengan lebih efektif.

Jom cuba formula-formula headline di bawah ini ya.

1) How-To Headline

Formula:
How-to (Bagaimana/ Inilah cara) + (Hasil yang Dicapai) + Dalam/Hanya/Tanpa (Jangka Masa/ Masalah/ Kos)

Formula yang pertama ni boleh kata yang paling senang nak buat sebab ianya lebih fokus kepada result / impak positif yang bisnes kita janjikan.

Contoh headline gunakan formula ini:

Bagaimana nak kurangkan paras gula dalam darah tanpa perlu cucuk insulin.

Bagaimana nak bayar duit kereta & rumah tiap bulan tanpa guna duit gaji.

Inilah cara terbaru & berkesan dapatkan berat badan ideal tanpa perlu berlapar.

Senangkan? Dengan pendekatan macam ini, pengunjung dapat gambaran jelas tentang manfaat dan solution untuk masalah mereka. 

Lebih straight to the point & ringkas, serta dapat tarik perhatian traffic yang masuk dalam landing page kita.

Namun, ada satu lagi elemen penting yang boleh meningkatkan tarikan landing page kita, iaitu Testimoni.

2) Testimoni Headline

Testimoni dari pelanggan boleh jadi salah satu sebab kenapa prospek yakin nak membeli dengan anda.

Sebab ia adalah bukti nyata tentang keberkesanan produk atau servis serta menunjukkan kepuasan sebenar pelanggan sedia ada.

Jadi, kalau anda stuck sangat nak tulis headline…

Bolehlah cari koleksi testimoni pelanggan sedia ada untuk dijadikan headline.

Tapi pastikan ianya ‘testimoni’ bukan ‘feedback’. 

Guna testimoni dalam formula headline seperti: [Result sebelum] + [Result selepas seseorang customer]

Contoh testimoni yang bagus boleh terus jadikan headline:

“Dari merangkak, sekarang si kakak siap ajar adik-adik mengeja dah” – Pn Hasnah

“Syukur & lega sangat! Bacaan gula stabil, doktor kata lepas ni tak payah cucuk insulin dah” – Pak Cik Hamid

“Ex terkejut tengok akak dah slim sekarang. Siap ajak get back balik 🤣”

Walaupun headline ni nampak ringkas, tapi apa yang bagusnya headline guna testimoni ni…

Ia lebih mudah untuk tarik perhatian dan trigger emosi bakal pelanggan yang lain.

Testimoni ni bukan sahaja bagi keyakinan kepada pelanggan, tapi berikan gambaran hasil sebenar yang boleh diperoleh jika mereka dapatkan produk/servis kita.

Sebab ianya daripada pengalaman orang yang mungkin ada masalah yang sama dengan mereka.

Namun, selain dari testimoni, terdapat satu lagi elemen yang dapat menarik perhatian pembeli dengan cepat, iaitu Tawaran Istimewa.

3) Special Offer Headline

Formula: [Aksi yang perlu dibuat] + [Main Offer]

Jika anda nak buat waiting list untuk launching atau special private offer, headline ni sesuai untuk anda guna dalam landing page.

Walaupun nampak hardsell, tetapi bila kata anda nak buat launching/ special offer ni, fokus anda adalah jualan.

Jadi tak salah untuk kita gunakan headline yang terus highlight offer.

Contoh headline guna formula ni:

Daftar sekarang & dapatkan diskaun RM50 pada pembelian pertama!”

“Masuk nama ke list menunggu & rebut peluang memenangi sebuah Iphone 15 Pro Max kepada pembeli pertama!

“Isi borang di bawah untuk dapatkan ebook resepi cromboloni viral bernilai RM 99 percuma!”

Cara ini mungkin klasik & biasa digunakan, tapi formula headline ‘Special Offer' sentiasa berkesan untuk tarik perhatian orang dengan offer anda.

Lagi menarik offer yang kita tawarkan, lagi mudah untuk kita tarik leads yang banyak.

Setelah melihat bagaimana kekuatan ‘Special Offer' dapat mempengaruhi keputusan pembelian…

Anda boleh juga guna strategi lain yang lebih menekankan pada emosi pembeli, iaitu FOMO atau rasa takut untuk terlepas peluang.

4) FOMO Headline

Formula: [Tindakan yang segera diperlukan] + [Apa yang hilang jika tidak bertindak]

Kita semua pernah ada perasaan takut untuk terlepas peluang atau rasa takut ketinggalan info terkini. Itulah yang dimaksudkan dengan FOMO (Fear Of Missing Out).

Sebagai marketer atau usahawan, rugi kalau anda tidak manfaatkan ‘kelemahan’ ini dan tukarkan ia menjadi satu cara untuk trigger emosi pengunjung.

Contoh seperti…

 “Daftar webinar sekarang & jangan lepaskan peluang untuk dapatkan diskaun sebanyak 20%. Hanya tinggal 10 seat saja lagi!”

“Jangan tunggu lagi! Hanya hari ini, beli 1 percuma 1 untuk koleksi terbaru kami. Stok terhad”

Dalam contoh-contoh headline yang kita tengok untuk elemen FOMO, yang paling kerap digunakan adalah unsur masa dan ‘kuantiti'.

Tujuan kita letak masa & kuantiti yang terhad supaya pelanggan rasa perlu bertindak cepat-cepat sebelum peluang berakhir.

5) Kelebihan Produk Atau Servis Headline

Formula: [Manfaat utama produk/servis] + [Mengapa ini penting untuk pelanggan]

Setiap kali kita jual produk atau servis, mesti ada ‘sebab' kenapa orang membeli dari kita kan? 

Apa yang buat produk atau servis kita lebih unik dari usahawan luar sana? 

Macam mana ianya memberi manfaat kepada pelanggan?

Contoh mudah,

“Dapatkan koleksi baju raya baru dari kami dengan 50 design terbaru! Sesuai untuk seisi keluarga pakai tampak lebih menawan”

“Hidangan katering dengan sentuhan masakan istimewa dari Chef Zubir. Daripada majlis perkahwinan hingga acara korporat, kami pastikan setiap menu makanan memikat selera anda”

Ini untuk bantu beri gambaran awal keunikan produk anda lain dari yang lain, dan tepat dengan nilai yang anda tawarkan.

Jadi, Apa Pendapat Anda?

Simple & senang je kan nak follow 5 formula headline ni?

Setiap formula headline yang dinyatakan di atas ada keunikan dan boleh disesuaikan untuk keperluan dan objektif anda.

Nanti ada masa anda boleh juga try buat & test kat landing page anda sendiri. 

Framework Landing Page Yang Convert

Nak guideline hasilkan Landing Page yang “padu”?

Content yang betul & tersusun akan hasilkan landing page yang convert.

Tapi content apa, nak letak kat mana. Itu semua kami dah letak dalam framework ni.

Anda tinggal follow jer struktur content dalam framework ni & suaikan ikut produk/servis anda.

Isi info di bawah & download Framework Landing Page Yang Convert secara PERCUMA!


Belajar sesuatu dari artikel di atas? Jika ya, boleh klik butang di bawah untuk share dengan rakan lain @ tinggalkan sebarang soalan @ cadangan di bawah apa yang anda belajar. 👇🏻

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Framework Landing Page Yang Convert

Nak guideline hasilkan Landing Page yang "padu"?

Content yang betul & tersusun akan hasilkan landing page yang convert.

Tapi content apa, nak letak kat mana. Itu semua kami dah letak dalam framework ni.

Anda tinggal follow jer struktur content dalam framework ni & suaikan ikut produk/servis anda.

Isi info di bawah & download Framework Landing Page Yang Convert secara PERCUMA!