Ramai yang garu kepala bila habis fasa launching, tak tahu nak tulis copywriting jenis macam mana.
Takkan lepas launching, tetap nak tulis copywriting hardsell jugak?
Mesti audience boring, asyik jual-jual-jual je kerja, cuba la adjust copywriting bagi menarik dan tertusuk kepada hati audience.
Ok jom saya tunjukkan 5 Jenis Copywriting Selepas Fasa Launching.
#1 UNIQUE SELLING POINT (USP)
Masa launching, biasanya copywriting yang kita tulis mesti panjang berjela, maklumat semua ada dekat situ, FAB juga semua lengkap.
Sekarang, tiba masanya kita pecahkan USP kepada beberapa copywriting.
Contohnya,
—->>>> 1 USP 1 Copywriting.
So, kalau ada 5 USP maknanya kita boleh buat 5 Copywriting.
Dengan cara ini, copywriting yang kita iklan lebih fokus, ringkas dan padat!
Diikuti dengan bahan creative yang sesuai, pasti iklan kita membuahkan hasil!
#2 PROBLEM
Part ni mesti ada yang tanya
” macam mana nak tahu produk saya tu ada masalah?”
Mudah jer, terbalikkan FAB produk anda dan jadikan dalam bentuk masalah.
Sebagai contoh:
anda jual baju muslimah, FAB – Ada Zip Sorok 14 inci Untuk Brestfeed Terbalikkan –
” Ibu-ibu susah hati pipi baby calar sebab kena Zip baju? Dengan Zip Sorok 14 inci ni pasti pipi gebu2 baby tak calar dah, ibu-ibu pun tenang je nak menyusukan baby dimana sahaja.”
#3 TESTIMONI
Copywriting ini paling mudah nak dibuat, caranya dapatkan feedback dan testimoni dari pembeli.
Kemudian tulis sahaja apa pujian dari mereka tentang produk kita pada headline.
Diselangi juga dengan penerangan produk berkaitan dengan testimoni tersebut.
Nak lebih meyakinkan, karang copywriting seperti bentuk Storytelling, pasti lebih convert!
#4 TARGET MARKET
Ramai yang saya jumpa, dia cakap produk dia jual tu untuk semua orang guna, saya pun tepuk dahi saya (bukan dahi dia, kurang ajar pula nanti)
Saya suka bagi analogi ‘saiz spender'.
Semua orang pakai saiz spender berlainan kerana faktor ukur lilit pinggang, perut, pinggul dan sebagainya berbeza antarsa satu sama lain.
Oleh sebab itu, dalam menulis copywriting yang betul-betul menusuk, kita perlu menulis kepada 1 target market sahaja, barulah orang yang baca copywriting kita tu akan cakap:
“Eh ni macam aku je ni.., ni macam masalah aku..”
Jika dicampur dan digaul dalam 1 copywriting, bila orang baca copywriting kita, dia tak boleh nak relate dengan diri dia.
Anda jelas? kalau anda jelas, maknanya saya sedang tulis copywriting ni untuk anda! ya untuk anda sahaja!
#5 FREQUENT ASK QUESTIONS (FAQ)
Saya pasti ramai antara kita akan cakap,
” Oh baru aku tahu, FAQ pun boleh jadi modal buat copywriting juga..”
Ok, objektif copywriting FAQ ni biasanya kita nak jawab soalan-soalan audience yang biasa tanya kita dalam wasap/pm atau sebagainya.
Jadi, sebelum prospek tanya melalui wasap, kita dah jawab sesiap dekat copywriting supaya tiada lagi keraguan / kemusykilan dihati mereka.
Contohnya,
1/ ” Kalau sampai nanti, tapi saiz tak ngam, boleh tukar ke?”
2/ ” Kalau saya dah guna seminggu tapi tak jadi, ada money back guarentee ke?”
3/ ” Saya risau la bayar-bayar kan tak pos, boleh ke COD dekat tempat saya?
“Alhamdulillah semoga hasil perkongsian ini, saya doakan anda tidak lagi kering idea dan garu kepala untuk hasilkan copywriting-copywriting yang power selepas pelancaran produk. Amin
PERLUKAN GUIDELINE LENGKAP MACAM MANA NAK RUN IKLAN RETARGETING SELEPAS LAUNCHING?
Jika anda sedang alami masalah di bawah:
# ROAS iklan masih rendah
# Kos per jualan mahal
# Iklan tak stabil bila naikkan bajet.
Kemungkinan besar anda belum buat iklan retargeting yang berbaloi & menguntungkan.
Sebelum ini kita ada buat bootcamp LIVE, cuma kita perasan tak ramai yang boleh konsisten duduk 2-3 jam bertalaqi. Jadi, kali ini kita rakam siap-siap.