Blog Firdaus Azizi

Takut Nak Buat Iklan Retargeting Sebab Risau “Tak Menjadi”? Ini 5 Checklist Untuk Elak Iklan Retargeting Gagal – WRM.

Istilah iklan retargeting ni mungkin bukan satu perkara baru bagi anda.

Namun, selama pengalaman saya bersama klien servis & coaching, tak ramai yang buatiklan retargeting.

Biasanya orang yang tak buat iklan retargeting ni ada tiga kategori:

Kategori 1: Pernah dengar iklan retargeting, tapi tak rasa penting & perlu buat pun.

Kategori 2: Nak buat iklan tapi tak tahu macam mana nak mula, apa perlu ubah, apa beza dengan setup iklan biasa.

Kategori 3: Pernah buat iklan retargeting tapi tak jadi, malah bertambah rugi, kos iklanmakin tinggi.

So, anda sendiri tahu anda di kategori yang mana.

Atas faktor inilah,saya nak kongsikan5 perkara asas yang perlu anda semak &ubah sebelum mulaiklan retargeting.

Dan 5 faktor ini jugalah bolehmenjadi faktor iklan retargeting anda menjadi atau tidak. Jom mula!

#1 MINDSET & AUDIENCE

Pertama sekali, apabila kita perlu faham adalah, iklan retargeting ni, tak sama macam iklan biasa yang kita target cold market.

Ianya berbeza kerana, audience yang kita nak target hanyalah:

+ Warm market (followers, likers, orang yang pernah engage, share, komen, tengok video iklan)

+ Hot market (previous & existing customer)

So bila kita faham temperature audience, baru kita boleh ubah cara kita berfikir, cara nak tulis copywriting, cara susun funnel kerana iklan kita hanyaakan dijumpai oleh dua jenis audience ini saja.

Setel bab audience, next kita tengok part offer.

#2 OFFER

Selain daripada audience, offer/ promo/ diskaun/ gift adalah salah satu faktor utama kejayaan sesebuah iklan retargeting.

Mungkin kebiasannya kita set offer hanya general saja & gunakan offer yang sama untuk iklan retargeting.

Persoalannya perlu ke ada offer berbeza untuk iklan retargeting?

Cuba faham konsep iklan retargeting semula.

Kita buat iklan retargeting sebab kita nak mereka yang pernah jumpa iklan kita, buat pembelian dan jadi customer.

So, pasti ada sebab kenapa “mereka ini masih belum bersedia” nak jadi customer kita.

Dan salah satu cara lembut untuk “paksa” mereka membeli adalah dengan menyediakan additional offer atau special offer yang merekaakan dapat khas dari iklan retargeting saja.

Contohnya:

+ Beli hari ni, tambah 5% off

+ Percuma postage untuk pembelihari ini saja

+ Percuma Brooch Nayla Exclusive kepada anda yang buat mana-mana pembelian hari ini.

So lepas ni, kalau nak set promosi, buat siap-siap promo apa nak letakkan depan & apa nak tambah untuk promo iklan retargeting nanti.

So part offer dah settle, next kita ke point seterusnya part copywriting.

#3 COPYWRITING

Kenapa?

Sebab audience dah kenal kita.

Dah tahu promo kita.

Malahkalau kita guna website, kita boleh remind mereka, untuk check out buat pembelian.

So, nak buat iklan retargeting nanti, buatlah ayat yang lebih customize, highlight urgency& scarcity supaya mereka ni cepat bertindak.

Contoh copywriting retargeting dengan additional offer:

>> [#LimitedTimeOffer] Untuk akak-akak yang dah lama riki-riki koleksiNayla ni, jangantunggu lagi please…..

>>Khas untuk hari ini saja, kami ada “Extra Offer” nak bagi .

>>Diskaun 5% tanpa minima pembelian

>>PERCUMA 1 xbrooch exclusive 3rd Nayla Anniversary bernilaiRM 29.90.

Jangan tunggu nanti, offer ni terhad hari ni je tau. Jom dapatkan koleksi Nayla sekarang!

—>>> Shop now : [link]

Untuk dapat gambaran lebih jelas, di antara jenis post iklan retargeting yang boleh dibuat adalah:

+ Updatebaki stock

+ Special Offer/ Additional limitedtime offer

+ Reminder promosi akan tamat

+ Remind checkout sebelum sold out (jika di website)

+ Testimoni produk/servis

So, lepas ni boleh susun siap-siap nak buat iklan retargeting yang mana satu, lagi baik test buat beberapa jenis posting terus.

#4 BAHAN KREATIF

Selepas copywriting, off course kita nak tahu, nak guna video & gambar yang sama boleh ke?

Jawapan dia boleh, takda masalah.

Cuma konsepnya sama macam apa yang perlu diubah di copywriting.

Perlulah highlight, OFFER, URGENCY & SCARCITY.

Contoh iklan yang gunakan video:

+ Boleh ubah header & footer yang berlainan version untuk iklan ke cold market & retargeting

+ Jika buat shooting ada spokeperson/influencer yang bercakap berkenaan promo, pastikan shoot sekali untuk video iklan retargeting

Berikut adalah contoh-contoh bahan kreatif retargeting:

#5 TEKNIKAL IKLAN

Last sekali, selepas kita dah ready semua point di atas, kita boleh proceed untuk setup iklan.

Di sebabkan kita nak buat iklan retargeting, kita akan “kejar semula” semua audience yang pernah engage dengan iklan kita,

contohnya:

+ Orang yang pernah tengok video iklan

+ Orang yang dah masuk website tapi masih belum buat pembelian. (ni perlu pastikan websitedah ada pixel)

+ Followers, likers, orang yang pernah komen & share post kita

Ataupun, jika anda ada database yang besar, anda boleh buat iklan Custom Audience daripada:

+ List customer yang sedia ada+ List leads/ prospek yang tak pernah membeli dengan kita

So, lepas settle audience, dah boleh ready setup iklan.

Penting sebenarnya untuk kita setup iklan retargeting ni, sebab kadang- kadang kita lupa:

Bukan semua orang nak terus beli produkkita bila jumpa iklan.Lain customer, lain cara mereka membuat keputusan untuk pembelian.

Tapi dengan iklan retargeting, kita boleh remind warm & hot audience kita untuk grab offer/promo semasa.

Sekian saja perkongsian saya, semoga ia bermanfaat buat anda lebih berani buat iklan retargeting.

PERLUKAN GUIDELINE LENGKAP MACAM MANA NAK RUN IKLAN RETARGETING?


Jika anda sedang alami masalah di bawah:

# ROAS iklan masih rendah
# Kos per jualan mahal
# Iklan tak stabil bila naikkan bajet.

Kemungkinan besar anda belum buat iklan retargeting yang berbaloi & menguntungkan.

Nak Video Panduan Facebook Ads Terkini? Percuma Sahaja!

Hanya Masukkan Nama & Alamat Emel Anda Dan Klik Butang 'Download Sekarang!'

artikel berkaitan