Blog Firdaus Azizi

5 Perkara Penting Anda Perlu Ambil Tahu Sebelum Mula Run Iklan Produk Guna Platform Ecommerce.

Sejak tahun lepas, transformasi owner bisnes ke arah medium jualan ecommerce semakin meningkat.

Untuk memastikan transformasi ini berjalan dengan lancar & membawa pulangan yang tinggi pada bisnes kita, sudah pasti persediaan kita dari segi teknikal dan strategi juga berbeza dari sebelum ini.

Contohnya untuk post kali ini, saya kongsikan khas untuk anda yang:

  •  Dalam consideration nak tukar platform closed sales Whatsapp > E-Commerce
  • Tengah setup website E-Commerce
  • Dah mula run E-Commerce tapi masih belum jumpa rentak yang sebaiknya

Jika anda salah satu orang di atas, ambillah masa 5 minit untuk hadam, belajar dan praktik apa yang saya akan kongsikan dalam artikel hari ini.

5 Persedian Penting Sebelum Mula Setup Iklan E-Commerce

Sebelum anda nak bertukar atau tambah channel jualan anda ke website E-Commerce, pastikan anda jelas dengan 5 perkara yang saya kongsikan di bawah:

  • Kira margin produk
  • Flow website
  • Lihat flow check out
  • Review salespage
  • Tengok speed

Okay jom kita go through satu per satu persediaan yang perlu dibuat.

1# Kira Margin Produk

Tahukah anda, salah satu kerugian dalam bisnes adalah disebabkan oleh salah dalam pengiraan kos bisnes?Pengiraan kos ini penting supaya kita boleh tahu:

  • Berapa harga yang relevan untuk beri kita untung
  • Rangka target sales dan kos operasi bisnes
  • Bagaimana nak elak dari kerugian yang tidak dijangka, contohnya produk rosak, salah post, customer mintak refund dan lain-lain.

Dan sebab itulah anda kena kira margin setiap produk/servis anda betul-betul.

Dapatkan breakeven cost, kemudian barulah kita tahu pulangan sales dari ads yang kita run (atau biasa kita panggil Return On Ads Spending – ROAS) berbaloi atau tidak.

Bayangkan jika pengiraan kos yang basic kita salah kira lebih rendah dari sepatutnya, mahu rugi lagi nak kena tanggung kan?

Margin produk/servis anda akan jadi berbeza apabila bertukar ke E-Commerce berbanding closed sales menggunakan team sales.

Yang mana lebih berbaloi?Ianya bergantung pada bisnes masing-masing kerana part ni subjektif.

So, pastikan sebelum anda nak buat promosi, nak launch produk baru atau produk sedia ada, anda tahu berapa margin anda mengikut target sasaran yang anda tetapkan.

Okay selesai part kos, sekarang kita ke bahagian flow website.

2# Flow Website

Baik, jika tadi saya tekankan berkenaan margin, next kita check flow website E-Commerce kita.

Check semula adakah flow website kita, sama ada ianya cukup kuat untuk menarik trafik menjadi customer kita.

Susunan gambar, info di website juga menjadi salah satu faktor conversion di website anda.

Selain itu, pastikan website anda ditanam “pixel” untuk fungsi retargetting ads di masa akan datang.

Plus, semak juga sama ada  pixel capture atau tidak di bahagian view product, add to cart and checkout di website anda.

Penting ke semua tu?Yes, barulah mudah anda nak track iklan nanti sebab Ads Manager boleh track setiap satu conversion yang berlaku di website anda daripada iklan yang datang dari Facebook.

Next, kita kena check flow di bahagian pembelian, iaitu checkout.

3# Lihat Flow Checkout

Selain flow website, flow checkout adalah faktor yang boleh membuatkan prospek terus membuat pembelian atau tidak.

Jangan pandang remeh part check out process kerana kita guna E-Commerce website.

Proses closing sales tak sama macam close di Whatsapp.Di bahagian ini, pastikan anda menggunakan plugin yang simple, dan user friendly.

Jangan biarkan flow pembelian yang terlalu panjang dan renyah.Lagi simple, lagi bagus, lagi mudah orang nak membeli.

Bukan apa, bila proses checkout terlalu renyah, nak isi form, signup itu ini, orang akan rasa menyampah, leceh, last-last tak jadi beli.

Okay next, anda perlu check salespage sama ada dah cukup “elok” mata memandang oleh prospek atau tidak.

4# Review salespage

Untuk di bahagian salespage, anda perlu banyak fokus pada size gambar, susunan text dalam website.

Pastikan websita kita, sedap mata memandang, baik view melalui mobile atau desktop.

Yang paling penting of course ianya perlu mobile friendly, kerana kebanyakan user akan lebih view website dan membeli terus dari smartphone mereka.

Selain tu, di bahagian salespage biasanya ada beberapa info yang perlu anda selalu update contohnya di bahagian banner di product page dan product description.

Adakala kita ubah bahagian ini mengikut promo tertentu, betul?

Pastikan setiap kali selepas promo tamat, masukkan checklist untuk edit dan adjust mengikut harga/promo semasa produk/servis anda.

Okay selesai bahagian salespage, kita ke bahagian terakhir, check speed website kita.

5# Tengok speed

Menurut statistik, sebaik saja trafik masuk ke website, kita hanya ada 3 saat untuk pastikan page website loading.

Jika website anda loading terlalu lama, ia akan membuatkan trafik yang masuk ke website anda keluar, dan tak jadi membuat pembelian.

Di anda yang masih baru nak setup website E-Commerce dan mencari platform yang lebih mudah, saya sarankan guna Shopify atas dasar speed yang lebih laju.

Namun, untuk anda yang menggunakan website sendiri, anda boleh check speed website anda contohnya di GT Metrix.

Jika indikator menunjukkan website kita lambat, double check balik website, pastikan gambar dan content kita audience boleh tengok dengan laju dan tak loading lebih dari 3 saat.

Okay, setakat itu saja perkongsian saya hari ini, semoga bermanfaat untuk anda perbaiki iklan E-Commerce anda di masa akan datang.


Takde idea nak main marketing angle yang berkesan untuk bisnes Anda?

Jangan risau, anda buntu kami bantu. Sekarang ini, kami telah melancarkan Bootcamp Unboxing Funnel Master 5x 2.0 khas buat anda.

Ia adalah kelas online praktikal berkonsepkan “Virtual Bootcampt” yang kami anjurkan selama 15 – 60 hari (bergantung pada pakej) supaya anda dapat kuasai ilmu:

✅ Copywriting
✅ Teknikal Facebook Ads
✅ Closing di website dan Whatsapp

Lengkap, sistematik & Intensif…

Bagi memastikan ia MUDAH & CEPAT DIBUAT, kami juga berikan execution plan (pelan tindakan untuk amalkan ilmu strategi), template, checklist, LIVE sesi Q&A & rakaman yang boleh ditonton berulang kali.

Nak tahu lebih lanjut? Klik jer butang di bawah :

Nak Video Panduan Facebook Ads Terkini? Percuma Sahaja!

Hanya Masukkan Nama & Alamat Emel Anda Dan Klik Butang 'Download Sekarang!'

artikel berkaitan

Early Bird: Panduan Video Retargeting Mastery Kini Dibuka! 24x Video, LIVE, dll (Terhad 4 hari sahaja: 29/11 - 2/12)

Early Bird: Panduan Video Retargeting Mastery Kini Dibuka! 24x Video, LIVE, dll (Terhad 4 hari sahaja: 29/11 - 2/12)