7 Cara untuk Tingkatkan “POWER” Copywriting Anda (Supaya Prospek Tak Sabar-Sabar Nak Membeli)

Penting ke copywriting ni?

Untuk jawab soalan ni, saya kena terangkan satu perkara ni.

Bila anda buat iklan FB Ads, anda bermain dengan 2 perkara ni:

  1. Teknikal FB Ads
  2. Psikologi

(Nota: Terima kasih kepada Ketua Copywriter Team FAMES, Tuan Faris Osman. Saya belajar perkara ni dari beliau)

Kita kuasai aspek teknikal FB Ads sebab nak pastikan iklan kita boleh disasarkan pada golongan yang betul.

Tapi, kita kena tau, walaupun iklan yang disasarkan tu kena pada golongan yang tepat, ianya masih tak menjamin iklan tu berkesan.

Sebab, apa yang penting adalah, aspek psikologi iklan tu sendiri, iaitu ayat iklan yang digunakan.

Tanpa ayat iklan yang menarik, prospek tak akan ada perasaan teruja untuk dapatkan produk/servis yang anda tawarkan.

cara buat ayat power sampai pelanggan teruja

Jadi, penting ke tak copywriting ni?

Ya!

Sangat penting!

Okay, kita masuk ke point sebenar.

#1 – Masukkan Track Record

“Track Record”?

Apa tu?

Maksud “Track Record” adalah, apa yang telah dicapai oleh produk/servis anda.

Ada tak apa-apa kejayaan yang produk anda dah capai?

Anda boleh nyatakan dalam copywriting berapa unit telah terjual.

Tapi, ni tak cukup “power”.

Copywriting anda akan jadi lebih berpengaruh kalau anda cerita berapa orang telah berjaya dapat “Positive Result”” lepas guna produk anda.

Contoh, kalau anda jual ubat gemuk.

Anda boleh nyatakan berapa orang dah berjaya gemuk lepas guna produk anda.

“1,426 orang telah berjaya kurus dengan amalkan Qu Gendut.”

Hey, ini hanya sekadar contoh, jangan ambil serius ya. 😉

Kalau nak masukkan track record dalam copywriting, pastikan anda guna angka yang tepat.

Contoh:

1,426 (jangan tulis 1,000)

Kalau anda tak pasti angka yang tepat. anda boleh follow ayat ni:

“Lebih dari 1,426 orang telah berjaya bla bla bla dengan produk X”

#2 – Gunakan Elemen Autoriti

kajian copywriting

Autoriti ni adalah elemen yang akan menguatkan kepercayaan prospek kepada produk anda.

Ada tak pakar yang iktiraf produk anda?

Atau, ada tak kajian dari saintis/pengkaji yang mengesahkan bahan yang ada dalam produk anda tu, boleh bantu prospek anda untuk capai impian mereka.

Kalau ada, anda boleh masukkan dalam copywriting.

Tapi, kalau tak ada, jangan pula reka-reka ya?

Masih ada 11 lagi cara yang anda boleh follow, teruskan baca.

#3 – Tonjolkan Kredibiliti

Macam mana nak tonjolkan kredibiliti produk anda?

Anda boleh kongsikan testimoni dalam iklan anda.

Selain tu, anda juga boleh jadikan kisah pelanggan anda sebagai ayat iklan.

Kalau nak gunakan teknik ni, anda boleh cuba interview pelanggan yang pernah repeat order lebih dari 3 kali.

Cuba korek kisah pelanggan tu.

Anda boleh tanya mereka 4 soalan ni:

  1. Apa yang terjadi dalam hidup dia?
  2. Apa usaha yang dia pernah cuba tapi gagal?
  3. Macam mana dia jumpa produk anda?
  4. Apa perubahan yang ketara berlaku dalam hidup pelanggan lepas amalkan produk anda?

Catit setiap point penting yang keluar dari mulut pelanggan setia anda tu.

#4 – Pastikan Headline Menarik Minat Prospek

“7 dari 10 iklan gagal sebab headline tak cukup menarik”

Pernah tak dengar kenyataan ni?

Ya, headline memainkan peranan yang besar dalam menentukan keberkesanan iklan anda.

Headline menarik ni, tak semestinya kena panjang dan guna perkataan power-power.

Saya pernah cuba headline pendek untuk iklan produk ubat gatal-gatal.

Ini headline yang saya guna:

“GATAL-GATAL CELAH KANGKANG”

Ya, hanya 3 perkataan je.

Apa yang penting, headline tu boleh tarik perhatian prospek yang kita sasarkan.

Kalau tengok headline yang saya guna tu, agak-agak orang yang ada masalah gatal-gatal celah kangkang akan baca tak iklan tu?

Mulai hari ni, ubah mindset anda.

Kebanyakan masanya, tak perlu pun fikir terlalu “complicated”.

Kadang-kadang yang simple tu la yang power.

#5 – Cadangkan Masa yang Sesuai untuk Guna Produk Anda

Okay, tips #5 ni paling sesuai untuk iklan fesyen dan makanan.

Kalau anda jual jubah, cuba masukkan dalam copywriting, bila jubah tu sesuai dipakai?

masa sesuai pakai produk

Mungkin anda boleh cuba buat iklan yang target kepada perempuan yang nak jadi bridesmaid wedding BFF dia.

Dalam copywriting, anda boleh cerita yang jubah tu sesuai untuk bridesmaid dan berikan sebab kenapa ianya sesuai.

Kalau anda jual snek makanan ringan, boleh juga bagi cadangan bila snek tu sesuai dimakan.

Tak semestinya cerita dalam copywriting, anda juga boleh gunakan gambar.

Contoh, gambar model makan snek anda masa tengah tengok wayang.

#6 – Peratusan VS Orang

orang

Okay, tips #6 ni anda boleh gabungkan dengan tips #1.

Saya pernah juga guna teknik ni.

Berapa peratus pelanggan anda yang berjaya capai impian mereka lepas guna produk anda.

Katakan, dalam 100 orang yang beli ubat gemuk anda, 80 orang berjaya gemuk.

Anda boleh masukkan statistic ni dalam copywriting.

Tapi, jangan guna ‘peratusan’, tapi gunakan “ORANG”.

Tak faham?

Ini contohnya:

“8 dari 10 orang yang amalkan Qu Gemuk berjaya gemuk dalam masa 3 bulan.

Gunakan ‘8 dari 10 orang’, bukan ‘80%’.

Kenapa?

Sebab ianya akan mewujudkan visual yang jelas dalam kepala prospek yang baca iklan tu.

80% ni susah otak nak bayangkan, tapi kalau tulis ‘8 dari 10’ orang’  otak akan mudah bayangkan.

Prospek yang baca tu akan fikir macam ni:

“Eh… senangnya nak gemuk. Aku rasa aku pun boleh jadi salah seorang dari 8 orang tu”

Kalau perasan, iklan kempen kesihatan dari KKM suka guna teknik ni.

“2 dari 5 rakyat Malaysia ada sakit bla bla bla…”.

#7 – Split Test Offer

split test copywriting offer

Biasanya, ramai yang buat split test audience.

Tapi, secara peribadi, saya berpendapat apa yang lebih penting untuk kita split test adalah offer.

Sebab, offer ni yang akan menentukan samada prospek rasa teruja atau tak nak buat pembelian.

Jadi, pastikan anda sentiasa ada offer yang menarik untuk dimasukkan dalam iklan.

Kalau anda tak tau offer apa yang meleleh, anda boleh cuba brainstorm 2-3 offer.

Kemudian, buat 3 variasi iklan dengan offer yang berbeza.

Letak bajet RM30 pada setiap iklan dan buat ‘Split Test’ selama 3 hari.

Lepas tu, kaji semula, offer apa yang berjaya dapatkan banyak leas?

Offer mana satu yang berjaya naikkan closing rate?

Inilah 7 Cara untuk Powerkan Lagi Copywriting Anda

Sebenarnya, ada 13 rahsia yang simpan.

Tapi, saya dedahkan 7 jer dulu buat masa ni. Yang lain saya hanya share kepada peserta kelas online Copy Master 2.0.

Kalau nak tau, boleh join Copy Master 2.0 ya.

Tapi, jangan risau!

Kalau anda amalkan betul-betul 7 cara ni pun, anda boleh buat iklan yang memukau dah.

Dan satu perkara lagi yang anda kena tau, 7 cara ni tak akan mengubah nasib bisnes anda kalau anda tak amalkan.

Lepas dah berusaha, berdoa dan bertawakallah.

Kerja kita hanya berusaha, yang lain semua kerja tuhan.

Belajar sesuatu dari artikel di atas? Jika ya, boleh klik butang di bawah untuk share dengan rakan lain @ tinggalkan sebarang soalan @ cadangan di bawah apa yang anda belajar. 👇🏻

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *