5 Tips Naikkan Closing Rate di WhatsApp untuk Peniaga Online

Biarpun orang kata sekarang semua bisnes kena beralih ke marketplace & ecommerce untuk menjual…

Namun, option closing di aplikasi WhatsApp masih mempunyai target market sendiri.

Maksudnya apa?

Ini bermaksud bawa iklan ke WhatsApp masih relevan untuk kita gunakan.

Cuma bila bawa iklan ke WhatsApp ni ada cabaran-cabaran yang biasa kita akan hadapi.

Contohnya adakala leads masuk tak banyak…

Ada masa Cost Per Lead melambung.

Ada juga yang leads masuk banyak, tapi closing rate pulak rendah.

Itu normal.

Dan faktor setiap cabaran ini boleh berubah-berubah mengikut keadaan.

Contoh isu closing rate rendah.

Kenapa closing rate boleh rendah?

Kenapa prospek tak jadi membeli walaupun mereka dah WhatsApp kita?

Adakala sebab waktu mereka jumpa iklan kita, masa tu tengah bulan & niat mereka nak survey jer dulu.

Ada masa pulak prospek memang dah berminat & ready nak membeli.

Kita pulak yang respond WhatsApp lambat.

Untuk membantu peniaga online yang masih closing di WhatsApp seperti anda, jom follow 5 tips naikkan closing rate yang kami kongsikan ini.

#Tips 1: Cari Pain Point

Bila mana prospek baru masuk, pastikan anda tidak hanya menjual & menceritakan produk anda semata-mata.

Sebaiknya sebelum mula menjual, cuba kenal & dapatkan pain point (masalah) yang dihadapi oleh prospek.

Sebab ada prospek membeli untuk menyelesaikan masalah mereka sendiri.

Ada juga prospek yang nak membeli untuk kenalan mereka.

Jadi cara mereka memandang masalah & sebab kenapa kena beli produk yang kita jual berbeza.

At least bila kita tahu masalah, kita tahu macam mana nak sampaikan solusi dengan produk kita.

Jadi bila prospek baru masuk, boleh tanya soalan untuk ajak mereka kongsikan masalah seperti:

“Nak tanya sikit, akak beli ni untuk pakai sendiri atau untuk parents yer? Bkn apa, supaya sy boleh rekemen pakej/produk & cara pakai yg sesuai”

“Acik ada masalah sakit lutut yer. Boleh saya tahu sakit tu bila jalan jauh ke? Ke waktu lipat kaki masa solat?”

Bila dah tahu masalah, barulah mudah nak pujuk prospek untuk membeli.

Yang penting produk kita betul-betul boleh menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.

#Tips 2: Offer & Pricing Strategy

Selain daripada kenalpasti masalah yang prospek hadapi, Offer & Pricing Strategy juga boleh membuat prospek untuk bertindak membuat pembelian.

Saya bagi 2 contoh pakej harga.

Pakej 1

Pakej 2

Anda rasa antara dua pakej ini, mana nampak lagi menarik & berbaloi?

Pendapat kami pakej 2.

Walaupun pembelian pakej 1 & 2 bagi 3 botol baja harganya sama…

Tetapi lumrah manusia suka benda PERCUMA.

Jadi bila kita buat pakej beli 2 Percuma 1, ia nampak lebih berbaloi berbanding beli 3 botol dgn harga lebih jimat.


Belajar sesuatu?

Jadi, lepas ni kalau closing tak berapa okay, boleh cuba adjust sikit pakej/ offer produk kita dulu ya.

#Tips 3: Downsell

Kalau dah adjust offer prospek masih ragu-ragu nak membeli, anda boleh cuba teknik downsell.

Teknik downsell ni macam mana?

Teknik downselling adalah kita berikan option yang lebih murah kepada prospek, berbanding produk asal yang prospek berminat.

Sebab kadang-kadang ada yang dah niat nak beli, tapi mungkin ada isu dari segi bajet.

Jadi bila kita berikan option produk/pakej yang lebih kurang, tetapi pada harga yang lebih murah…

Barulah mereka nak membeli.

At least adalah jugak mereka membeli dengan kita dari tak jadi membeli apa-apa, betul?

Yang penting kita nak “close” prospek jadi pelanggan kita.

Kalau mereka puas hati, tak mustahil mereka akan repeat membeli produk yang lebih mahal pula di masa akan datang.

#Tips 4: Promise

Bila prospek berminat nak membeli produk kita, biasanya akan ada banyak persoalan dan pertimbangan yang ada dalam fikiran mereka.

Berbaloi ke beli produk ABC ni?

Perlu ke nak beli sekarang yer?

Nak beli kat sini ke usha seller lain dulu?

Kalau tengok kat Shopee/Tiktok agak-agak dapat murah lagi tak?

Semua ini antara soalan yang biasa pembeli akan fikir sebelum membuat pembelian.

Itulah skill yang setiap team sales anda perlu kuasai.

Skill decision making.

Bila kita tahu apa pertimbangan seorang customer sebelum membeli, tahu apa concern mereka…

Lagi mudah kita nak sediakan promo, jaminan atau bukti untuk menjawab persoalan mereka.

Sekaligus akan menguatkan “sebab” untuk mereka bertindak membeli dengan segera.

#Tips 5: Guna Chatbot untuk Jawab Soalan Ringkas

Last but not least, kekurangan team sales untuk menerima jumlah leads yang banyak jugak menjadi satu sebab kenapa closing rate anda rendah.

Bila leads banyak masuk, kadang-kadang kita tak larat nak jawab soalan yang sama berulang kali, kan?

Inilah masanya teknologi boleh tolong kita.

Contoh situasi: Anda jual kasut online dan selalu dapat soalan yang sama.

  • Set up chatbot yang boleh jawab soalan asas. “Berapa harga kasut ni?”, “Ada saiz 40 tak?”, “Boleh COD tak?”
  • Biar chatbot yang uruskan tempahan. Pelanggan boleh pilih model, saiz, dan warna melalui chatbot.
  • Guna chatbot untuk kumpul maklumat pelanggan sebelum team sales ambil alih. Senang nanti nak personalized-kan perbualan.

Dengan chatbot ni, team sales anda boleh fokus pada pelanggan yang betul-betul serius nak beli.

Respond pun pantas, tak adalah isu prospek sejuk sebab kena sidai tunggu kita reply WhatsApp mereka.

Nak lagi power guna chatbot yang boleh integrate dengan AI.

Fuhh, ini lagi best.

Kita prompt, train AI dengan info product, offer & FAQ yang biasa prospek tanya…

Silap-silap lepas ni AI boleh close terus prospek jadi customer.

Tak percaya boleh tengok contoh gambar chatbot AI yang kami pernah test ni.

Baik, sekian saja sharing pada kali ini.

Jadi ada 5 tips yang kami kongsikan untuk anda cuba & baiki closing rate di WhatsApp.

Cuba satu-satu, tengok mana yang berkesan untuk bisnes anda ya?

Ingat, dalam sales & marketing ni, kena sentiasa buat testing & improve.

Sampai masa jumpa yang winning, boleh scale & praktikkan.

Nak tahu lebih lanjut pasal macam mana nak guna chatbot untuk bisnes anda?

Jangan segan untuk hubungi kami ya.

Kami boleh advice automation atau tools mana yang sesuai ikut use case bisnes anda.

Belajar sesuatu dari artikel di atas? Jika ya, boleh klik butang di bawah untuk share dengan rakan lain @ tinggalkan sebarang soalan @ cadangan di bawah apa yang anda belajar. 👇🏻

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Nak Belajar Lebih Detail Pasal Follow Up Pelanggan Dengan Kami?

Memperkenalkan: