Isu nombor WhatsApp di-banned, tetap menjadi masalah utama untuk yang broadcast menggunakan applikasi ini.
Ada yang kena temporary banned, lepas appeal dapat guna balik nombor.
Ada pula yang kena permenant banned, terus termenung sebab tak dapat balik dah nombor kita.
Kalau ikutkan, isu nombor WhatsApp kena banned ini banyak puncanya.
Cuma untuk sharing kali ini, kami nak fokus untuk kongsi kepada anda…
Bagaimana nak menulis skrip broadcast WhatsApp yang selamat & kurang risiko untuk nombor kita di-banned.
Tapi, kenapa skrip broadcast?
Sebab adakala skrip kita yang menjadi punca penerima tidak selesa.
Dan apabila penerima tidak selesa, tak mustahil mereka report atau block nombor kita.
Dari isu sekecil inilah biasanya akan membuatkan nombor kita di-banned.
Jadi untuk hebahan di WhatsApp yang akan datang, pastikan anda ikut 5 cara tulis skrip broadcast WhatsApp yang kami kongsikan di bawah ini terlebih dahulu, okay?
#1 Perkenalkan Diri
Bila mana anda ingin hantar skrip broadcast, jangan expect pelanggan kenal/ingat anda.
Jadi setiap kali mesej broadcast, pastikan anda ada mention siapa anda supaya customer anda boleh recall & tahu kenapa mereka menerima mesej dari anda.
Dengan memperkenalkan diri kita semula, ia nampak lebih “proper” & sopan di mata penerima.
#2 Gunakan Bahasa yang Santai dan Mesra
Penggunaan gaya bahasa dalam skrip broadcast haruslah bersifat santai dan mesra.
WhatsApp adalah platform yang lebih “personal”.
Jadi pendekatan yang formal mungkin tidak sesuai digunakan dalam skrip anda.
Malah apabila bahasa formal digunakan, adakala skrip yang dihantar seakan ditulis oleh “robot”.
Tiada human touch.
Human touch penting untuk membuatkan penerima rasa selesa.
Maksudnya“tak berat” baca mesej yang kita hantar.
Tapi ingat, dalam ayat kita yang santai, kita masih perlu menjaga ayat & perkataan yang digunakan.
Jangan sampai ia “terlebih” santai sehingga tak menjaga sensitiviti penerima mesej.
Contoh skrip:
- Salah:
- “Salam Sejahtera, Tuan/Puan. Saya ingin memaklumkan mengenai promosi terbaru…”
- “Salam kak, dah bayar ke? Kalau dah nanti bgtahu eh”
- Betul:
- “Hai! Ada promosi best untuk awak hari ni. Nak tahu lebih lanjut?”
- “Salam sis, hari ni kami ada launching satu collection bawal baru tau 😍. Sis nak tengok tak design collection baru ni?”
#3 Berikan Pilihan untuk Opt-Out
Walaupun kita blast mesej kepada customer kita sendiri, tetapi bukan semua customer “suka” terima mesej yang berbentuk promosi.
Jadi dengan memberikan pilihan kepada penerima untuk berhenti menerima mesej, sekaligus menunjukkan rasa hormat terhadap privasi mereka.
Cara ini juga secara tidak langsung dapat membantu mengurangkan aduan spam.
Mungkin anda ada concern kalau letak pilihan Opt-Out ini, nanti ramailah orang nak stop, kan?
Jangan risau, sekurang-kurangnya database yang masih berbaki itu lebih berkualiti & berpotensi lebih besar untuk membeli lagi dengan anda.
Itu yang kita nak sepatutnya.
Sebab kalau kita masih blast mesej kepada mereka yang tak berminat, besar kemungkinan user akan report nombor anda lebih tinggi.
Untuk opt out ini, anda boleh letakkan di bahagian post script mesej anda.
Maksudnya, sampaikan mesej yang anda nak hantar kepada customer anda terlebih dahulu, di hujung skrip barulah letak pilihan opt-out ini.
#4 Kirim Mesej pada Waktu yang Sesuai
Menghantar mesej pada waktu yang tidak sesuai seperti lewat malam atau awal pagi boleh menyebabkan penerima merasa terganggu dan melaporkan mesej anda sebagai spam.
Nampak macam isu kecik, kan?
Tapi kalau tersilap hantar kepada penerima yang cerewet bab-bab privasi ni…
Tak mustahil jadi punca nombor kena banned.
Nak selamat, kami sarankan waktu yang paling sesuai untuk menghantar mesej adalah antara jam 9 pagi hingga 9 malam.
Sebagai contoh klien NGO kami.
Salah satu waktu paling aktif penderma menyumbang adalah pada waktu subuh.
Jadi masa broadcast yang ideal dalam waktu subuh adalah sekitar jam 5-7pagi.
Apa yang kita boleh faham dari contoh ini adalah, waktu ideal untuk broadcast perlulah mengikut objektif & siapa penerima mesej anda.
#5 Personalize Mesej Anda
Personalization boleh mengurangkan risiko mesej dianggap sebagai spam.
Macam mana nak bagi mesej broadcast yang kita hantar nampak lebih personalize?
Untuk hasilkan skrip lebih personalize, anda boleh masukkan:
- Nama pelanggan
- Recall bila & produk yang pernah dibeli/ pernah ditanya
- Custom offer ikut keperluan/ siapa penerima mesej
“Tapi macam susah jer nak buat personalize mesej ni, nak kene edit satu-satu info…”
Jangan risau, sekarang ni ada banyak sistem kat luar sana yang boleh bantu anda hantar personalize message ni dengan mudah…
Contohnya sistem Wabot.
Dengan Wabot anda bukan saja boleh broadcast personalize message dengan mudah…
Malah anda boleh extract contact dari label WhatsApp Business/ WhatsApp Group dengan 1 klik jer.
Senanglah kalau anda nak buat hebahan kepada prospek.
Kalau dah ada label prospek dekat dalam WhatsApp Business, anda tinggal connect WhatsApp dengan Wabot & download semua contact dalam label Prospek.
Tapi, kalau anda simpan contact/database dalam Google Sheets/ Excel pun tak ada masalah.
Yang penting ada rekod.
Nanti tinggal upload & boleh hantar broadcast kepada database kita.
Berikut kami kongsikan macam anda nak setup broadcast di WhatsApp yang boleh personalize nama & info-info lain.
Tutorial Setup Personalize Message WhatsApp:
Kesimpulan
InsyaAllah dengan lima cara di atas, anda boleh menulis skrip broadcast WhatsApp yang lebih berkesan dan mengurangkan risiko akaun anda dibanned.
Selamat mencuba dan semoga berjaya broadcast di WhatsApp dengan lebih efektif dan selamat!