3 Cara Buatkan Prospek Teruja Baca Ayat Iklan Anda Sampai Habis!

 

Dunia online penuh dengan macam-macam berita, info, cerita viral dan gosip yang mengujakan. Ini semua adalah pesaing untuk iklan kita.

Jadi, bilamana kita mahu tulis iklan, kita kena tahu serba-sedikit ilmu psikologi untuk menarik perhatian manusia. Seterusnya membaca mesej yang kita ingin sampaikan.

“Iklan tak dapat perhatian. Orang tak baca tawaran. Maka, tiadalah jualan.”

Dalam artikel kali ini, saya kongsikan 3 jenis ayat yang buatkan mesej iklan anda dibaca sehingga habis.

Ayat 1# – Pertikai Fakta @ Kepercayaan Masyarakat

.
Manusia secara fitrah pantang ditegur.

Lagi-lagi berkait dengan fakta ataupun kepercayaan.

Bayangkan fakta yang dia percaya bertahun-tahun, tiba-tiba ada orang kata benda itu salah. Sudah tentu mereka TERTARIK nak tahu sebabnya. Setuju?

Ayat iklan jenis ini jika anda guna, ia akan mampu buatkan prospek melekat untuk tahu apa nak sampaikan.

Contoh dalam niche kecantikan. Fakta semasa yang mereka percaya selama ini mungkin;

“Sirip ikan yu terbukti melicinkan kulit kurang 7 hari”

Tiba-tiba kita buat tajuk seperti:

“Betul ke sirip ikan yu boleh licinkan kulit?”

Tajuk seperti ini akan buatkan prospek serba tak kena, lagi-lagi kalau mereka memang dah lama guna produk Sirip Ikan Yu.

Jadi tugas kita adalah mempertikai fakta sedia ada.

Selepas itu, kita kena lah terangkan fakta yang baru itu. Ceritakan betul-betul beserta bukti-bukti sokongan.

InsyaAllah selepas itu prospek akan teruja & automatik percaya dengan iklan kita.

Penafian:  Jika anda tak yakin dapat sampaikan dengan baik untuk lawan hujah fakta semasa, elok elakkan guna petua ini. Anda bakal dikecam! hihihi

Ayat 2# – Ayat Ingatkan Tentang ‘The BIG WHY’.

.
Setiap manusia pasti ada impian yang ingin dicapai.

Namun, disebabkan beberapa kali mencuba tidak berhasil, impian tersebut kian kabur.

Jadi sebagai orang bisnes, kita boleh gunakan kesempatan ini, untuk ingatkan mereka semula tentang “Big Why” mereka.

Contohnya kalau dalam niche kewangan atau bisnes

Saya percaya antara BIG WHY orang yang meminati niche ini adalah boleh bantu ibu ayah dari sudut kewangan.

Jadi kita hanya perlu ingatkan mereka semula tentang kenapa mereka nak kaya @ buat bisnes.

“Suka bisnes? Dah dapat bagi duit belanja dekat ibu di kampung?”

Kita perlu sedar bahawa manusia cepat lupa.

Jadi, tugas kita adalah mengingatkan & bantu mereka selesaikan masalah tersebut dengan segera.

Ayat jenis ini sebenarnya lebih selamat & bakal membuatkan prospek baca sehingga habis.

Tak mustahil mereka akan berterima kasih & beli penyelesaian daripada anda.

Stressed business man's head is burning

Ayat 3# – Info Yang ‘Ramai Orang Tak Tahu'

.
Selain daripada lupa, manusia ada lagi satu sifat iaitu; sukakan benda baru dan sifat rasa ingin tahu.

Jika mereka dapat tahu sesuatu info sebelum orang ramai tahu, mereka akan berasa bangga & suka @ seronok berkongsi info tersebut.

Inilah yang page-page viral suka selitkan pada tajuk artikel mereka.

Contoh dalam niche hartanah. Anda boleh tulis artikel seperti:

“7 tempat rahsia yang ada permintaan tinggi kadar sewa rumah”

Anda akan lihat perbezaannya selepas menambah ayat ini – “Ramai orang tak tahu” – ditengah atau dihujung tajuk iklan anda seperti di bawah:

“7 tempat rahsia yang ramai orang tak tahu ada permintaan tinggi kadar sewa rumah”

Nak jadi lebih spesifik?

Gantikan perkataan ‘orang’ dengan segmen market anda seperti Pelabur Hartanah.

“7 tempat rahsia yang ramai pelabur hartanah tak tahu ada permintaan tinggi kadar sewa rumah”

Secara tidak langsung anda telah menapis orang yang betul untuk baca info tersebut.

Suka 3 Tips Yang Saya Kongsikan Ini?

.
Baiklah, sampai disini sahaja perkongsian daripada saya.

Semoga anda dapat amalkan & tingkatkan kualiti mesej pengiklanan dimasa akan datang.

P.s. – Kalau anda suka 3 tips ini, janganlah segan silu untuk klik butang Share. Lagi ramai Share, lagi bersemangat saya nak kongsi lebih banyak tips dengan anda!

Nak belajar lebih sistematik hasilkan ayat iklan yang berkesan? Boleh dapatkan Panduan Copywriting Junior versi terbaru di sini.

Belajar sesuatu dari artikel di atas? Jika ya, boleh klik butang di bawah untuk share dengan rakan lain @ tinggalkan sebarang soalan @ cadangan di bawah apa yang anda belajar. 👇🏻

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *