Beberapa hari lepas saya ada Share聽di wall Facebook saya tentang cara untuk tukar gambar untuk post yang dah dijadikan iklan聽di fanpage.
Sebenarnya, ini聽adalah antara soalan yang paling kerap saya terima dalam kelas Facebook saya dan juga Support Group alumni FATC (Firdaus Azizi Training & Consultancy).
Jadi insyaAllah dalam artikel kali ini, saya akan kongsikan dengan anda panduan step by step untuk聽edit ayat dan juga tukar gambar post yang dah dijadikan iklan.
Update 5 Mei 2016
Cara di bawah dah tak boleh guna untuk tukar gambar yang dah dijadikan iklan. Hanya ayat iklan sahaja boleh diubah guna cara di bawah.
Kenapa & Bila Nak Kena Edit Ayat Iklan?
[wpipa id=”8751″]Sebelum saya teruskan, mungkin ada yang tertanya-tanya soalan di atas 馃檪
Ada beberapa situasi yang mungkin menyebabkan anda nak @ terpaksa edit iklan anda.
- Iklan anda kena reject dengan Facebook. Jadi anda nak betulkan mana yang salah supaya iklan boleh approve.
- Ada info yang anda terlupa nak masukkan, atau ada yang anda tersalah tulis.
- Iklan tersebut dah ada banyak engagement (Like, Comment & Share). Anda nak update dengan info @ promosi terbaru sambil mengekalkan jumlah engagement tersebut.
Itu antara sebab-sebab yang saya biasa hadapi. Lain orang mungkin lain tujuan.
Cara Edit Post Yang Dah Dijadikan Iklan di Facebook
Ada 9 langkah untuk anda edit mana-mana post yang telah @ pernah dijadikan sebagai iklan Facebook Ads.
1# Pergi ke Ads Manager & klik pada nama kempen untuk iklan tersebut
2# Klik butang pensil @ edit di bahagian Campaign Setting
3# Klik pada link ke聽“Ad Setting”
4# Tukar post yang diiklankan di bahagian “Boosted Page Post”
5# Klik butang “Save and Close”聽
6# Pergi ke Fanpage anda. Opsyen聽“Edit Post” akan muncul 馃檪
7# Anda sekarang dah boleh edit ayat iklan dan tukar gambar
8# Tukar kembali “Boosted Page Post” di bahagian Ad Setting
9# Klik “Save and Close” dan selesai!
Nota Penting!
Selepas anda klik “Save and Close”, iklan anda akan melalui proses “Review & Approval” lagi sekali.
Jadi ayat iklan & gambar yang anda baru tukar masih perlu mematuhi panduan pengiklanan yang ditetapkan oleh Facebook.
Ada Belajar Sesuatu?
Jika anda rasakan artikel ini bermanfaat untuk anda, klik butang Share di bawah dan kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan anda.
31 Comments
salam tuan..
kalau guna unpublished post boleh edit ke?
Salam Tuan,
Kalau unpublished post, kena publish dulu baru boleh edit.
Terima kasih
salam tuan… ada cuba cari tapi xdpt, adakah dah bertukar rulesnya?
Salam Tuan Faiz,
Maaf sebab cara ini dah tak boleh digunakan lagi sebab FB dah ubah policy.
Terima kasih
Alhamdulillah.. terima kasih tuan.. Patutlah puas saya mencuba nak edit gambar tapi tak boleh jugak.. rupanya FB dah tukar policy lagi…
Tuan, kalau nak tambah gambar bagaimana? Sekarang tak boleh ubah gambar, hanya ubah teks.
Saya baru follow tips tuan masa post ni dikeluarkan, selang 1-2 minggu sudah berubah.
Salam tuan firdaus, terima kasih di atas perkongsian ilmu. Saya cuma nak tukar teks sahaja sbb mmg post saya guna 1 shj gmbr. Saya dah cuba ikut step by step tapi still x blh..yg ade cume view edit history. cara ni mmg dh x blh digunakan lg ke tuan?