Beberapa hari lepas saya ada Share di wall Facebook saya tentang cara untuk tukar gambar untuk post yang dah dijadikan iklan di fanpage.
Sebenarnya, ini adalah antara soalan yang paling kerap saya terima dalam kelas Facebook saya dan juga Support Group alumni FATC (Firdaus Azizi Training & Consultancy).
Jadi insyaAllah dalam artikel kali ini, saya akan kongsikan dengan anda panduan step by step untuk edit ayat dan juga tukar gambar post yang dah dijadikan iklan.
Update 5 Mei 2016
Cara di bawah dah tak boleh guna untuk tukar gambar yang dah dijadikan iklan. Hanya ayat iklan sahaja boleh diubah guna cara di bawah.
Kenapa & Bila Nak Kena Edit Ayat Iklan?
[wpipa id=”8751″]Sebelum saya teruskan, mungkin ada yang tertanya-tanya soalan di atas 🙂
Ada beberapa situasi yang mungkin menyebabkan anda nak @ terpaksa edit iklan anda.
- Iklan anda kena reject dengan Facebook. Jadi anda nak betulkan mana yang salah supaya iklan boleh approve.
- Ada info yang anda terlupa nak masukkan, atau ada yang anda tersalah tulis.
- Iklan tersebut dah ada banyak engagement (Like, Comment & Share). Anda nak update dengan info @ promosi terbaru sambil mengekalkan jumlah engagement tersebut.
Itu antara sebab-sebab yang saya biasa hadapi. Lain orang mungkin lain tujuan.
Cara Edit Post Yang Dah Dijadikan Iklan di Facebook
Ada 9 langkah untuk anda edit mana-mana post yang telah @ pernah dijadikan sebagai iklan Facebook Ads.
1# Pergi ke Ads Manager & klik pada nama kempen untuk iklan tersebut
2# Klik butang pensil @ edit di bahagian Campaign Setting
3# Klik pada link ke “Ad Setting”
4# Tukar post yang diiklankan di bahagian “Boosted Page Post”
5# Klik butang “Save and Close”
6# Pergi ke Fanpage anda. Opsyen “Edit Post” akan muncul 🙂
7# Anda sekarang dah boleh edit ayat iklan dan tukar gambar
8# Tukar kembali “Boosted Page Post” di bahagian Ad Setting
9# Klik “Save and Close” dan selesai!
Nota Penting!
Selepas anda klik “Save and Close”, iklan anda akan melalui proses “Review & Approval” lagi sekali.
Jadi ayat iklan & gambar yang anda baru tukar masih perlu mematuhi panduan pengiklanan yang ditetapkan oleh Facebook.
Ada Belajar Sesuatu?
Jika anda rasakan artikel ini bermanfaat untuk anda, klik butang Share di bawah dan kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan anda.
31 Comments
Ilmu yg bermanfaat.terima kasih tuan kerana memberi pencerahan yg berguna ini.
Terima kasih sifu Firdaus…dah cuba berjaya 😀
salam tuan firdaus, let say saya dah boost iklan yg saya nk ubah. saya run dua ikla. sekali side bar dan mobile. perlu ke saya ad setting (langkah 4) untuk semua ad set saya? saya dahulukan dengan terima kasih
Salam Tuan,
Yups. Tuan kena tukar setting untuk kedua-dua Ad Set.
Terima kasih.
terima kasih..dah lama gak sy cari jalan untuk edit. biasa saya delete buat baru
Alhamdulillah 🙂 Gembira dapat membantu!
kalau x jumpe edit macm mna ye..
1 iklan run 2 ads.
Salam Cikpuan,
Maksud Cikpuan, 1 post ada digunakan dalam 2 ads yang berbeza ke? Kalau tak jumpa, tak dapat nak edit. Kena cari sampai jumpa 🙂
Harap membantu.
Terima kasih
Salam Tuan, says button edit post ada tapi bila klik takda apa-apa respond, berlaku di desktop.
Tapi bila pakai phone android, boleh edit copywriting dia..gambar langsung tak boleh tukar,
Kenapa ya.
Salam Tuan,
Boleh cuba Refresh lagi sekali ataupun guna browser yang berbeza?
Saya berjaya Edit guna browser Google Chrome.
Terima kasih
Masalah saya sama macam edzahrin.. ade butang edit post.. tp no respon.. saya cuba tukar browser google crome / firefox/dan internet explorer.. masih sama.. no respon..??
Salam Puan Jue,
Terima kasih atas soalan Cikpuan.
Maaf sebab saya tak pasti kenapa ada yang boleh dan ada yang tak boleh.
Mungkin sistem FB ada problem. Saya pun tak pasti…
terima kasih tuan firdaus atas curahan ilmu ?
tuan, kalau saya hanya boost post satu tu aja tiada post lain , saya x boleh edit la ye selain delete terus je ?
sebab saya x boleh tukar post mcm tuan buat tu
terima kasih tuan atas tunjuk ajar.. saya xpenah tau pon selama nih.. klu edit tu sharing sblm ni hilang x? boleh x edit melalui nset? kalu guna page melalui nset andoird
waa.baru tahu masih boleh edit walaupun dah upkan iklan tu, selalu saya terus buat iklan baru je..
betui jugak kan..kalau ada promo baru, just edit jer post yang dah banyak engagement.
selama ni kalau nak buat promosi, mesti update post baru..walaupun untuk produk sama 🙂
Betul betul betul 🙂
Cuma rasanya fungsi ni ada orang dapat, ada yang tak dapat.
Bergantung pada nasib jugak.
Perkongsian yang menarik. Terima kasih tuan
SALAM TUAN.. JIKA JUST NAK EDIT TEKS SAJA? SEBAB SAYA NAK EDIT UNTUK POST YG HANYA ADA SATU GAMBAR. SEPERTI YANG TUAN CAKAP POST ATAS HANYA UNTUK TUKAR POST YANG BNYAK GAMBAR
Salam Tuan,
Maaf lambat reply.
Kalau nak edit text sahaja pun boleh guna cara yang sama. Takde masalah 😉
Terima kasih
Salam tuan..saya cuba edit gambar di post tetapi tidak boleh..utk edit ayat boleh pula.. ada cara lain tak..mohon pencerahan..
Salam Cikpuan,
Maaf sebab Facebook dah update diorang punya sistem. Sekarang hanya tulisan jer boleh edit.
salam tuan..
kalau guna unpublished post boleh edit ke?
Salam Tuan,
Kalau unpublished post, kena publish dulu baru boleh edit.
Terima kasih
salam tuan… ada cuba cari tapi xdpt, adakah dah bertukar rulesnya?
Salam Tuan Faiz,
Maaf sebab cara ini dah tak boleh digunakan lagi sebab FB dah ubah policy.
Terima kasih
Alhamdulillah.. terima kasih tuan.. Patutlah puas saya mencuba nak edit gambar tapi tak boleh jugak.. rupanya FB dah tukar policy lagi…
Tuan, kalau nak tambah gambar bagaimana? Sekarang tak boleh ubah gambar, hanya ubah teks.
Saya baru follow tips tuan masa post ni dikeluarkan, selang 1-2 minggu sudah berubah.
Salam tuan firdaus, terima kasih di atas perkongsian ilmu. Saya cuma nak tukar teks sahaja sbb mmg post saya guna 1 shj gmbr. Saya dah cuba ikut step by step tapi still x blh..yg ade cume view edit history. cara ni mmg dh x blh digunakan lg ke tuan?
Skrg ni bila kita delete campaign kita dah bole edit kan? Malah boleh juga tukar gambar dgn iphone.
Comments are closed.