Blog Firdaus Azizi

3 Langkah Monitor Iklan UNTUNG ATAU RUGI? Nombor 1 jer dah ramai yang tak buat..

Bila buat iklan berbayar ni, apa yang penting kita kena tahu iklan yang kita buat ni, untung atau rugi.

Nak-nak lagi dengan keadaan iklan yang makin mencabar..

Lead makin mahal.

Conversion Rate semakin rendah.

ROAS makin kecik.

Jadi, kita kena cari solusi pantas supaya kos iklan yang kita keluarkan, tidak “hangus” begitu saja.

Untuk tahu iklan kita untung atau rugi, kita kena pandai buat keputusan dengan “cepat”. 

Cepat untuk apa?

Nak kena scale up iklan..

Nak kena scale down iklan..

Nak kena off iklan ke..

Semuanya dapat dibuat pada masa yang betul jika kita monitor rapat iklan-iklan yang berjalan dengan analisa data semasa.

Jadi, untuk hari ni, kami kongsikan 3 langkah untuk tahu iklan yang kita run ini untung ataupun rugi sebenarnya.

3 Langkah Nak Tahu Iklan Kita Untung Atau Rugi:

  • Kenal Pasti Matriks 
  • Rekod Data Setiap Hari
  • Analisa Data Dalam Bentuk Visual

#Langkah 1: Kenal pasti Matriks

Untuk step pertama, nak tahu iklan untung ke rugi, kita kena tahu apa matriks yang perlu kita ukur.

Bila kita tahu matriks apa, baru kita tahu iklan sebenarnya dalam keadaan “sihat” atau “sakit”.

Dan bila cerita pasal matriks ni, ia bergantung kepada iklan apa yang kita run.

Kita buat iklan dekat mana?

Google? 

Facebook? 

Tiktok?

Kita buat iklan guna objektif apa? 

Conversion? 

Traffic?

Lead generation?

Iklan kita tu nanti akan bawak ke mana? 

Website?

Shopee?

Team sales?

Kenapa kena tahu semua ni? Sebab semua di atas ni akan ada matriks yang berbeza untuk kita ukur performance iklan.

Dan kami tahu, ada juga di antara anda yang sedang baca perkongsian ini, memang dah ada matriks iklan yang dirujuk.

Cuma perasan tak….

“Fakta: Matriks lama yang kita guna mungkin sudah tidak relevan lagi.”

Apa yang kami maksudkan dengan matriks lama sudah tidak relevan untuk kita rujuk?

Okay, kita tahu performance iklan sekarang, memang tak sama macam apa yang kita pernah dapat 2-3 tahun lepas.

Kalau dulu CPL kita mungkin RM 5 per lead.

Tapi kalau sekarang, tak mustahil CPL kita RM 10 per lead.

Memang kalau nak terima hakikat CPL makin mahal tu “sakit”, tapi itulah kebenaran yang kita kena telan.

Mungkin ada yang cakap..

“Habis tu, takkan nak terima jer CPL naik sampai double macam tu?”

Okay, sebab tu bila buat iklan kita kena monitor.

Kalau matriks kita dah melebihi KPI yang ditetapkan, maksudnya iklan kita rugi.

Kesimpulannya, janganlah pegang satu matriks yang kita tetap sekali tu, ia akan valid sampai bila-bila. 

Setiap 6-12 bulan, revise semula matriks yang kita set kan.

Okay, next kami akan explain bahagian tracking pula.

#Langkah 2: Rekod Data Setiap Hari

Lepas matriks, perkara kedua yang penting untuk kita perlu buat adalah rekod data.

Dan kerja merekod data ini perlulah dibuat SETIAP HARI, selagi mana iklan kita masih berjalan.

Bila kita buat rekod data, barulah kita boleh track prestasi iklan.

Kalau di Facebook, sejak isu polisi IOS 14. Nak track iklan jadi lagi susah sebab data di Ads Manager, ada yang jauh beza dari performance sebenar.

Kalau dulu senang nak track iklan perform ke tak. Tengok Ads Manager jer dah boleh terus plan nak kena scale up ke, optimize ke.

Itu belum lagi yang masih ada di antara kita yang rekod & update data harian dalam whatsapp jer.

Bila nak cari data kelmarin, dah kena scroll atas balik.

Jika anda masih lagi berharap ads manager, atau update di group Whatsapp untuk check prestasi iklan, jom kita ubah cari kita merekod data & tracking iklan.

1st sekali, nak buat rekod & tracking ni kita kena ada satu dokumen yang centralize, contohnya seperti di atas iaitu guna Google Sheets./ Microsoft Excel.

Segmenkan dokumen kita ikut platform yang kita guna untuk iklan, susun cantik-cantik supaya tak bercampur dan pening kita nak cari data nanti.

Insya-Allah kalau kita dah hari-hari rekod & centralize data kita dalam satu tempat, lebih mudah kerja kita nak buat reporting.

Nak review performance minggu lepas ke..

Nak review performance  6 bulan lepas ke.. 

Tak ada masalah sebab kita dah simpan dalam satu tempat, tinggal nak tengok balik & analisa jer.

#Langkah 3: Analisa Data Dalam Bentuk Visual

Bila kita dah centralize data untuk track performance iklan, next kita perlu generate reporting untuk present data yang kita dah dapat.

Bila sebut nak present data ni, report kita perlulah jelas & mudah dibaca. Baru senang nak buat analisa.

Even kami buat reporting klien sekalipun, cara kami present report kepada klien memang sentiasa ditambah baik dari masa ke masa.

“Habis tu, boleh ke kalau kita guna Google Sheets / Microsoft Excel data dari tracking saja sebagai reporting?”

Boleh, cuma..
Nak baca data kalau di sheet, akan jadi renyah, susah nak baca kerana data itu di-present dalam bentuk nombor.

Sebab itulah kami galakkan anda untuk buat reporting/analisa dalam bentuk visual.

Dan kami cadangkan anda visual-kan data reporting anda dengan Google Data Studio. 

Apa Google Data Studio (GDS) ni?

GDS ni adalah satu platform untuk visualkan data kita.

Dengan GDS, kita boleh gabung beberapa set data dari dokumen-dokumen sheet kita kepada satu paparan untuk kita analisa data.

Dan apa yang paling best, GDS ni kita boleh guna PERCUMA jer.

Seperti gambar di bawah, kami tunjukkan contoh kepada anda bagaimana reporting yang kami present kepada klien untuk setiap minggu dan bulan.

Nampak lagi mudah bacakan?

Bila guna GDS ni, nak generate reporting satu tahun ke, nak analisa trend bisnes kita ke, semua jadi lebih mudah. 

Siap boleh set tarikh data mana kita nak, data keluar tak sampai 2 minit.

Bayangkan kalau kita keluarkan data secara manual, betapa banyak masa yang kita akan ambil kalau nak check data dalam setahun.

Bila data reporting kita kemas, jelas, nak buat analisa pun cepat.

So, lepas ni bolehlah explore GDS ni, try buat dekat bisnes kita pulak.

InsyaAllah jimat masa, jimat tenaga, tak penat mata nak tengok data berjela-jela.

Sekian saja untuk perkongsian hari ini, semoga bermanfaat.


“Kalau saya nak belajar buat report GDS ni dengan Team Fames boleh tak?”

Ehhh boleh, takkan tak  boleh..

Kebetulan memang kami baru je open kelas ajar GDS ni.

Nak join untuk diri sendiri boleh.

Nak hantar tim boleh.

Nak ajak geng-geng marketer pun sangat dialu-alukan.

Nak tahu detail kelas GDS dengan kami?

Klik butang di bawah:

Nak Video Panduan Facebook Ads Terkini? Percuma Sahaja!

Hanya Masukkan Nama & Alamat Emel Anda Dan Klik Butang 'Download Sekarang!'

artikel berkaitan

Cara Analisa Data Jualan Dengan Cepat Guna Google Sheet & Google Data Studio

Pejam celik pejam celik, nampaknya kita dah menghampiri penghujung 2022, cepat betul masa berlalu. Fuhh..banyak betul dugaan marketer/bisnes owner tahun ni. Mana yang run iklan mesti lagi terasa dengan cabaran performance iklan yang tak menentu. Cuba check balik sepanjang tahun 2022 ni… Ada tak kempen yang berjaya? Kempen yang tak berjaya? Kempen mana yang berbaloi

Read More »