Case Study NGO: Bagaimana Tukar Konsep Design Gambar, Dapat Naikkan ROAS Iklan ke 4.XX

Selaku agensi pemasaran yang banyak uruskan klien NGO…

Jujur cakap, nak capai Return On Ads Spend (ROAS) lebih dari 3 untuk NGO sekarang bukan senang.

Dengan isu yang tular berkenaan ketidak telusan NGO yang tidak bertanggungjawab…

Bukan mudah nak ajak orang ramai percaya & menyumbang melalui NGO sekarang ni.

Jadi kami kena sentiasa split test supaya iklan dapat ROAS yang baik.

Dan baru-baru ni kami ada test satu kreatif bentuk gambar & berjaya mendapat ROAS 4.02

Berikut adalah hasil kajian dari gambar ini di paparan dashboard ads manager kami:

Bagaimana tercetusnya case study ni?

Pada asalnya kami baru terima video iklan baru dari klien.

Tapi, disebabkan hanya satu video baru diterima, kami nak variasikan lagi kreatif untuk run kreatif iklan baru ni.

Jadi apa kami buat, kami screenshot moment yang “beremosi” dalam video ini.

Dan dari gambar screenshot itu kami tambah design ringkas sebelum run iklan.

Sebenarnya tiada style design baru pun kami guna untuk gambar ni.

Kami hanya adaptasi design ini daripada posting blog “berita” seperti mStar, Siakap Keli, Oh Bulan…

Anda boleh rujuk gambar di bawah sebelum & selepas kami buat design:

Kenapa kami pilih untuk apply design style macam ni?

Kalau dulu orang cari surat khabar, tengok tv, dengar radio untuk dapat info terkini…

Tapi sekarang digital media ni, main peranan besar menyampaikan info-info terkini kepada pengguna social media.

Jadi kami terfikir, why not sampaikan mesej kempen klien kami melalui style berita macam digital media ni?

Perspektif kami, bila guna style berita ini lagi mudah nak capture attention sebab audience akan rasa ianya adalah “berita”.

Hasil design gambar style berita ini: 

Kos Iklan: RM2,989.15

Click-through Rate (CTR): 3.85%

ROAS Ads Manager: 3.54

ROAS Sebenar (setelah semak sumbangan di website): 4.02

ROAS Kempen Sebelum Run Iklan dengan gambar berita: 1.44

Tempoh case study: 4 hari

Apa yang kita boleh belajar dari case study ni?

Kesimpulannya, kreatif iklan perlu divariasikan & sentiasa ditambah.

Jangan tunggu iklan tak perform baru nak design gambar baru, rekod video baru. Lambat.

Kalau sumber kreatif kita terhad, variasikan dengan style design berbeza, caption berbeza, dan banyak cara lagi sebenarnya.

Once jumpa kreatif yang perform, bolehlah scale up iklan & monitor!

Belajar sesuatu dari artikel di atas? Jika ya, boleh klik butang di bawah untuk share dengan rakan lain @ tinggalkan sebarang soalan @ cadangan di bawah apa yang anda belajar. 👇🏻

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *