Cara Buat Iklan Facebook Jenis “Click to Messenger”

Bila buat iklan di Facebook, ramai penjual yang akan minta prospek komen sekiranya berminat ataupun mereka akan suruh prospek Whatsapp.

Cara di atas setakat ini memang biasanya berkesan

Tapi cara ini juga biasanya sangat meletihkan sebab kita perlu respon secara manual dan layan setiap seorang sampailah mereka beli.

Kalau leads @ prospek yang respon pada iklan tersebut terlalu ramai, mesti ke laut kita punya closing (sebab lambat respon dan kita pun tak dapat beri layanan yang terbaik).

Dengan bahasa lain…

Bila guna Whatsapp untuk close sale, kita akan ada masalah untuk scale up kita punya budget.

Ini belum masuk nak handle staff close sale yang punya closing rate berbeza setiap seorang.

Memang mencabar!

Sebab itulah saya biasa syorkan untuk guna website.

Kalau yang ada website, boleh lah kita minta prospek terus baca detail di website dan buat tempahan secara atas talian sepenuhnya.

Apapun, sekarang ni kalau takde website sendiri pun takde masalah sangat sebab boleh guna banyak marketplace yang ada seperti Lazada, Shopee dan 11Street.

Tapi kalau anda rasa nak buat website dan masuk marketplace itu sesuatu yang mencabar dan memerlukan modal masa dan wang ringgit, anda boleh guna satu lagi cara beriklan iaitu menggunakan Messenger.

Dengan menggunakan iklan jenis Messenger ini, prospek akan terus dapat Private Message aka PM daripada kita sebaik sahaja mereka klik iklan tersebut di Facebook atau Instagram.

Kelebihan Iklan Jenis Messenger

Antara kelebihan menggunakan iklan yang dinamakan “Click to Messenger Ads” ini adalah:

1# Kita Yang Mulakan Perbualan

Bila prospek klik iklan tersebut, mereka terus dalam Private Message daripada kita.

Maksudnya masa mereka tengah berminat, kita boleh terus bagi info lanjut tanpa prospek perlu menanti respon kita (sampai kadang tu mereka terlupa dah kita ni jual apa).

Ini berbeza dengan Whatsapp di mana prospek yang perlu mulakan perbualan kemudian tunggu kita reply.

Fakta: Ramai prospek yang klik link untuk Whatsapp kita biasanya tak hantar pun Whatsapp tersebut!

2# Boleh Close Terus

Bila respon pantas, prospek suka.

Dan bila prospek suka, dan kalau kena gayanya, insyaAllah kita boleh terus close sale dalam Messenger.

Ramai juga sekarang yang suka terus close sale dalam Messenger, especially untuk barang-barang fast cash.

Tips: Ada juga yang gunakan iklan Messenger lepas tu minta nombor phone prospek untuk Whatsapp atau Call.

3# Boleh Automasikan

Haa, ini yang paling best sebenarnya.

Kalau anda buat iklan “Click to Messenger” ni ada ada guna Messenger Bot, anda boleh automasikan proses close sale ini tanpa bersusah payah respon manual.

Dengan menggunakan Messenger Bot, kita boleh:

  • Set automatik reply berdasarkan keyword apa yang prospek tanya (kita tak perlu mengadap phone atau laptop untuk reply PM dah)
  • Set automatik follow-up untuk pastikan prospek beli ataupun supaya customer beli lagi dan lagi (jimat lagi masa kita follow-up satu-satu)
  • Broadcast update dari semasa ke semasa (ala, macam broadcast guna Whatsapp tu, tapi ini guna Messenger).
Kalau anda nak belajar setup Messenger Bot anda sendiri, anda boleh rujuk Panduan Messenger Leads Pro saya di link ini.

4# Data Prospek Tersimpan Selamat

Bila guna Messenger, data perbualan kita dengan prospek semua disimpan dengan selamat dalam server Facebook.

Maksudnya kalau phone kita rosak atau hilang, kita masih boleh akses kesemua data tersebut melalui Page kita.

Tapi kalau guna Whatsapp, data perbualan semuanya disimpan dalam phone (kalau tak buat back-up).

Kalau phone rosak atau hilang, habislah burn semua data prospek dan pelanggan kita.

Macam Mana Nak Buat Iklan “Click to Messenger”?

Kalau anda tak pernah buat iklan ke Messenger, saya kongsikan cara step by step untuk buat iklan jenis ini dalam video ringkat di bawah.

Semoga ianya bermanfaat untuk anda!

Ada Belajar Sesuatu?

Kalau anda rasa artikel dan video di atas bermanfaat untuk anda sebagai usahawan online, mohon tolong klik butang Share di bawah dan kongsikan ilmu ini dengan rakan-rakan anda yang lain,

Belajar sesuatu dari artikel di atas? Jika ya, boleh klik butang di bawah untuk share dengan rakan lain @ tinggalkan sebarang soalan @ cadangan di bawah apa yang anda belajar. 👇🏻

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *