Cara Tulis Ayat Iklan Tarik ke Website

Kepada mereka yang belum ada website. Website adalah kedai online yang kita boleh kawal.

Ia tak seperti Facebook, Instagram, Linked in & Twitter. Semua platform ini dipanggil media sosial. Ia diwujudkan untuk kita tumpang berteduh, berborak & bersosial sahaja.

Anda boleh lihat banyak lagi kepentingan website di sini.

Bagi mereka yang baru memiliki website pula, sudah tentu salah satu cabarannya adalah jemput orang masuk & baca artikel anda.

Selain tulis konten yang berkualiti, jemput orang baca pun penting. Cuba bayangkan, bila website tiada pembaca. Bagaimana anda nak dapat jualan. Setuju?

Oleh itu, pada artikel kali ini. Saya akan kongsikan beberapa tip ringkas supaya prospek berebut nak masuk website anda.

Saya sudah susun secara tertib dari perspektif peniaga dan prospek.

1) Tentang Apa = “Apa aku dapat?”

Sebelum anda tulis iklan tarik ke website di Facebook, anda wajib tahu website atau artikel anda cerita tentang apa.

Apa yang prospek akan dapat setelah masuk ke website anda.

Contoh: Anda tulis artikel berkaitan dengan kereta.

“3 Cara Mudah Jimatkan Minyak Kereta”

Sebelum anda jemput orang masuk website anda, anda kena senaraikan dalam bentuk poin;

  • “Artikel ini cerita tentang apa?”
  • “Apa masalah yang anda ingin sentuh?”
  • “Apa nilai yang anda ingin kongsikan pada prospek?”

Kemudian, anda kena fikir juga. Kenapa artikel ini penting dibaca. Anda boleh jer sentuh isu semasa seperti:

  • Minyak makin mahal.
  • Bila minyak jimat, kereta boleh jalan jauh.
  • Biasanya 3 hari sekali isi minyak, kini seminggu sekali.

Senaraikan sebanyak mungkin.

2) Untuk Siapa = “Untuk aku ke?”

Selepas anda senaraikan kepentingan artikel anda dibaca.

Baru anda fikirkan, siapa patut baca artikel ini. Artikel ini selesaikan masalah apa? Siapa yang ada masalah ini? Bagaimana kriteria mereka? Contoh;

Tajuk: “3 Cara Mudah Jimatkan Minyak Kereta”

Senaraikan tiga golongan yang perlu baca artikel ini:

  1. Traveller.
  2. Pemandu teksi
  3. Pemandu UBER / Grabcar

Saya percaya. Bila kita jelas dengan masalah yang kita cuba selesaikan. Kita juga akan jelas kepada siapa artikel ini ditujukan.

Anda guna dua poin ini sahaja pun dah cukup untuk anda dapat idea menulis iklan.

Tapi, saya tak suka sorok-sorok.

Saya bagi lagi contoh headline yang boleh buatkan orang nak masuk website anda.

3) Headline

Selepas anda kenalpasti:

  • Masalah
  • Penyelesaian
  • Kepada siapa

Kemudian, mulalah fasa untuk anda tulis beberapa headline.

Headline yang bagus mampu menarik perhatian orang yang betul dan memiliki unsur seperti;

  • Spesifik
  • Unik
  • Baru
  • Curiosity (buatkan orang tertanya-tanya)

Anda cukup 4 unsur ini. Orang akan berebut-rebut masuk website anda.

Saya mulakan dari headline umum sampai penuh 4 unsur ini;

“Cara Jimatkan Minyak Kereta”

Ini headline umum. Kereta apa? Berapa cara? Untuk siapa? Tak diberitahu.

“3 Cara Jimatkan Minyak Kereta Myvi”

Lebih spesifik bilangan cara-nya. Jelas siapa pembaca-nya. Pemilik Myvi mesti ‘triggered’ nak baca.

“3 Cara Terbaru Jimatkan Minyak Kereta Myvi”

Lebih kurang headline kedua. Cuma ia lebih fresh. Nampak baru ditulis. Manusia sukakan benda baru.

“Pemandu Myvi: Ini 3 Cara Jimatkan Minyak Kereta Anda”

Lebih kurang sama. Hanya tambah perkataan ‘ini’. Ia bakal buatkan orang tertanya-tanya.

Rahsianya, terletak pada perkataan.

Baca juga: 3 Ilmu Psikologi Yang Anda Boleh Masukkan Dalam Headline"

Nota: Pastikan konten dalam artikel pun mantab & lazat. Baru orang tak rasa cliché. Boleh dapat setakat ini?

Ok, seterusnya kita pergi kepada deskripsi.

4) Deskripsi & Intro

Deskripsi fungsinya buatkan orang rasa artikel kita ini berbaloi untuk dibaca.

 

Tugas anda hanya perlu beri sebab kenapa artikel ini perlu dibaca. Biasanya, saya akan fokus kepada:

  • Masalah/Keinginan?
  • Terangkan: Kenapa ia perlu diselesaikan?
  • Beritahu saya ada penyelesaian!

Selitkan 3 poin ini sudah cukup untuk anda buat deskripsi yang bagus pada ayat iklan.

Tajuk: “3 Cara Jimatkan Minyak Kereta Myvi”

Minyak kereta makin mahal? Gaji pulak tak naik-naik. Takut duit habis sebelum akhir bulan.

Habis tu macamana? Jangan risau! Saya ada cara nak jimatkan minyak kereta khas untuk Myvi. 

p.s: Tag & Share member anda yang pakai Myvi.

Selesai bahagian deskripsi!

Selain daripada sentuh masalah. Kita juga boleh sentuh tentang keinginan prospek.

Tajuk: “3 Persediaan Sebelum Bergelar Isteri”

Ingin hidup bahagia bersama suami? Suami suka wanita yang faham mereka. Dengar kata.

Nak tahu apa lagi yang bakal suami anda inginkan? Nah! Saya ada kongsikan dalam artikel di bawah.

p.s: Tag & share member anda yang tengah bertunang.

Jika and abaca deskripsi di atas, cuba teka saya nak panggil siapa baca artikel ini?

Bijak. Ya, saya nak panggil wanita yang bakal berkahwin.

Kalau anda ada website memang cukup bertuah.

Anda boleh kumpul ‘custom audience’ dan retarget semula dengan iklan menjual. Sebab website boleh pasang ‘pixel’.

Baca juga: Apa bestnya website berbanding jual terus di Facebook?

5) Arahan untuk masuk ke website.

Dalam bahasa copywriting, kami gelarkan ia sebagai CTA – Call To Action.

Ayatnya pendek. Tapi beri pengaruh besar untuk orang klik atau tidak iklan anda. Contoh ayat:

  • Klik Sini
  • Baca Sekarang
  • Picit Sini
  • Sila tag & share.

Sebab manusia ini secara fitrah suka diberitahu ‘apa perlu buat’.

Saya ada pengalaman terlupa letak CTA dalam copywriting.

Semasa kempen #Mycybersale tahun 2016, saya diberi tugas jalankan kempen iklan untuk syarikat buku.

Hanya terlepas pandang bahagian ini sahaja…

Jumlah klik ke website klien jatuh teruk. Seingat saya, jatuh 30% – 35% dari jumlah pelawat biasa. Misalnya:

  • Dengan CTA: 10000 pelawat
  • Tanpa CTA: 7000 pelawat
  • Hasil: Pelawat kurang 30%

Jadi, pesanan terakhir saya. Sila pastikan iklan anda ada CTA yang betul dan jelas.

Jika CTA nombor Whatsapp, pastikan nombor itu betul ya. Ini pun saya ada pengalaman. Segan nak cerita. Hihihi

Akhir kata.

Saya harap artikel ini dapat membantu anda sedikit-sebanyak buat ayat iklan tarik ke website.

Sebarang komentar boleh kongsikan di bawah ya.

Bagi mereka yang nak belajar secara mendalam bab copywriting, boleh lah masuk group coaching team fames.

Insyaallah, harga berpatutan. 🙂

Belajar sesuatu dari artikel di atas? Jika ya, boleh klik butang di bawah untuk share dengan rakan lain @ tinggalkan sebarang soalan @ cadangan di bawah apa yang anda belajar. 👇🏻

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *