Cara Mudah Untuk Automatik Pantau & Adjust Iklan FB Ads Tanpa Perlu Buka Ads Manager

Ramai orang cakap nak jaga iklan Facebook ni susah & memeningkan kepala.

Lebih-lebih lagi kalau kita urus dan run banyak iklan sekaligus.

Nak tak nak, kita wajib check performance semua iklan yang berjalan dengan konsisten dari semasa ke semasa.

Kalau terleka sekejap, mulalah iklan “ke laut”,

Last-last duit iklan “terbakar” dan keuntungan yang dicari pun lesap begitu saja.

Stress kan?

Tapi itulah adat bila buat iklan dan buat bisnes.

Bak kata salah seorang mentor saya…

Rugi dah hampir pasti, untung belum tentu…

Tapi jangan risau!

Dalam artikel kali ini saya akan kongsikan satu cara bijak dan mudah untuk pantau iklan secara automatik.

Ini adalah cara yang kami guna untuk urus dan pantai iklan-iklan client kami yang spend dalam RM1K ke RM6K sehari dan Alhamdulillah setakat ini ianya sangat membantu.

Pantau & Adjust Iklan Secara Automatik

Untuk memantau dan adjust iklan secara automatik ini, anda perlu menggunakan satu tools yang diberi nama “Automated Rules”.

“Tools ni berbayar ke?”

“Nak beli kat mana?”

Sabar…

Tools ini free jer and ianya dah lama tersorok dalam Ads Manager.

Cuma masih ramai yang masih tak tahu kewujudan dan cara menggunakan tools ni untuk bantu mereka monitor dan adjust iklan.

Automated Rules ini membolehkan anda untuk set KPI iklan mengikut target anda, yang mana secara automatiknya ia membantu anda menguruskan kos iklan supaya “maintain relevan”.

So, apabila kos iklan lebih terkawal, ROI pun pasti lebih meningkat.

Di dalam perkongsian saya kali ni, saya akan kongsikan kepada anda bagaimana nak gunakan tools Automated Rules ni.

Apa Sebenarnya Facebook Automated Rules ni?

Secara ringkasnya, ada 2 benda yang tools ini akan buat.

1# Monitor & Notify

Anda boleh menggunakan Facebook Automated Rules ini untuk mendapat maklumat atau notifikasi perubahan kempen iklan anda secara “automatik”.

Ini memudahkan kerja anda supaya tak perlu nak monitor semua iklan dengan kerap sepanjang masa.

2# Optimize / Adjust Iklan

Selain itu dari monitor iklan,  anda juga boleh set Automated Rules ini untuk automatik optimize atau adjust iklan mengikut tetapan yang anda nak.

Contohnya…

Kalau dah nak kos iklan mula mahal, anda boleh “suruh” Automated Rules ni untuk automatik rendah budget.

Tapi kalau iklan perform, boleh lah “suruh” dia naikkan budget.

Cara Setup Facebook Automated Rules

Ok, jadi sekarang saya harap anda dah faham sedikit sebanyak tentang Facebook Automated Rules.

Untuk lebih jelasn, jom kita tengok macam mana nak setup Automated Rules anda yang pertama.

Step #1 – Create Rules

Untuk create rules ini, pertama sekali anda perlu ke Ads Manager klik “Create a New Rules” seperti dalam screenshot di bawah.

Step #2 – Decide nak apply rule di mana

Sebelum anda nak create satu rules baru, anda perlu decide “Ad Sets” atau “Campaign” mana yang anda mahu apply rules ini.

“Kenapa kena pilih, kalau nak apply untuk semua ads tak boleh ke?”

Bukan tak boleh…

Cuma setiap objektif iklan yang berbeza (Engagement, Messages, Traffic, Conversion), data yang kita nak kena tengok adalah berbeza.

Step #3 – Pilih “Action” Yang Anda Nak

Next step adalah, anda perlu pilih apakah “Action” yang anda mahu Automated Rules ini lakukan bila “Rules” tersebut berlaku. 

Maksudnya…

Jika “Ad Sets” atau “Campaign” yang anda pilih dah meet “Condition” yang anda akan set dalam Step #4 di bawah nanti, apa yang anda nak Automated Rules ni buat?

Berikut adalah senarai “Action” yang boleh anda pilih setakat ini.

  • Turn off Ad Sets
  • Turn on Ad Sets
  • Send a notification
  • Adjust your budget
  • Adjust your manual bid

Sekiranya anda nak Automated Rules untuk adjust budget atau bid, anda kena set berapa kali anda nak “Action” tersebut dilakukan sekiranya Rules “triggered”.

Step #4 – Set Rules Condition

Ini antara bahagian yang penting sebab ia menentukan bila “Action” yang anda dah set di atas akan “trigger”.

Yang paling biasa digunakan adalah condition yang melibatkan “Cost per Result”,

Selain itu, ada beberapa condition tambahan yang biasanya elok dimasukkan sekali seperti:

  • Minimum Lifetime Impression
  • Minimum Spent

Ini contoh tetapan yang boleh dibuat.

Step #5 – Set Schedule

Seterusnya, anda perlu set “Schedule” rule anda.

  • Adakah anda nak Rules tersebut berjalan sentiasa (setiap 30 minit)?
  • Atau nak Run hanya sekali sehari (jam 12 malam)?
  • Ataupun anda boleh set schedule yang anda nak

Kalau nak mudah, guna “Continously” pun dah cantik dah.

Step #6 – Create!

Akhir sekali, anda perlu pilih jenis notification yang anda mahukan, sama ada melalui Facebook atau emel.

Kemudian, namakan rules anda pada “Rule Name” dan klik “Create”.

Settle!

Video Cara Setup Automated Rules

Saya harap anda berjaya setup Automated Rules anda yang pertama menggunakan panduan ringkas saya di atas.

Tapi kalau anda nak tutorial yang lebih detail, boleh boleh juga tonton video percuma di bawah.

Nak Belajar Secara Personal, 1 to 1 Dengan Team Saya?

Jika anda rasa iklan yang anda jalankan sekarang…

  • Selalu tak capai KPI yang anda nak
  • Perlukan strategi Facebook Ads yang lebih advance dan terkini

Saya cadangkan anda untuk dapatkan khidmat coaching one-to-one bersama kami.

Insya-Allah kami akan cuba bantu anda untuk rangka kempen yang lebih padu dan berkesan, berdasarkan pengalaman kami menguruskan beratus-ratus kempen iklan setiap bulan.

Klik jer butang di bawah untuk info lanjut tentang sesi Personal Coaching ini.

 

Belajar sesuatu dari artikel di atas? Jika ya, boleh klik butang di bawah untuk share dengan rakan lain @ tinggalkan sebarang soalan @ cadangan di bawah apa yang anda belajar. 👇🏻

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *