5 Cara Dapatkan Prospek Hartanah Guna FB Ads (Ejen Hartanah Wajib Tau)

Bidang hartanah ialah bidang yang sangat kompetetif.

Dekat Malaysia ni, ada lebih dari 18,000 orang REN di seluruh Malaysia.

Bayangkan, ada ribu-riban orang yang bersaing untuk jual rumah.

Apa yang membezakan antara ejen yang berjaya dengan ejen yang biasa-biasa ialah kebolehan dapatkan kepercayaan prospek.

Nampak macam senang, tapi hakikatnya proses untuk meyakinkan itu panjang.

Kalau buat FB ads dan sasarkan pada golongan yang tak betul, agak susah nak dapat prospek yang betul-betul berminat.

Di Amerika Syarikat, dilaporkan 80% dari pelanggan yang nak beli rumah akan buat kajian di internet.

Kemudian, baru akan hubungi ejen.

Trend ni juga dah mula terjadi di Malaysia secara perlahan-lahan.

Jadi,  sebab tu rugi kalau tak mulakan SEKARANG.

Kalau nak tunggu lagi, kemungkinan nanti peluang itu akan diambil orang lain.

Jadi, bertindak segera,s iapa cepat dia dapat. =)

Macam mana nak dapatkan prospek dari internet?

Di internet, ada banyak sangat channel yang kita boleh guna untuk beriklan.

Contohnya, di website hartanah seperti Propertyguru.com, Iproperty.my, atau di marketplace seperti Mudah.my.

Selain itu, anda juga boleh gunakan sosial media seperti Facebook dan Instagram untuk cari prospek.

Cuma dalam artikel ini , saya hanya fokuskan pada pengiklanan di sosial media iaitu di Facebook dan Instagram.

Saya akan kongsikan 5 Objektif Iklan berbayar dalam Facebook dan juga Instagram yang boleh digunakan untuk dapatkan sasaran pelanggan hartanah dengan tepat.

#1 Traffic

Objektif trafik

Objektif trafik ini sesuai digunakan untuk bawa prospek ke website atau direct ke WhatsApp kita.

Tapi, saya lebih rekemen bawa prospek masuk ke website.

Gunakan website untuk bina trust dengan prospek.

Masukkan segala info dan penerangan dengan detail dan jelas.  Jika prospek berminat boleh terus hubungi kita.

Lepas tu, pilih siapa yang kita nak sasarkan.

Ada 5 jenis kreatif yang anda boleh gunakan.

format kreatif

 

  1. Carousel – Kita boleh masukkan sehingga 10 jenis gambar/video.
  2. Single Image– Masukkan hanya 1 gambar sahaja.
  3. Single Video – Sama seperti image, cuma kita boleh masukkan video.
  4. Slideshow – boleh gabungkan 10 gambar jadikan ia sebagai video.
  5. Collection (canvas) – Macam website, tapi bila prospek klik masih berada dalam FB .

Apa kelebihan gunakan objektif trafik?

Jika guna website yang sudah ditanam pixel. Anda boleh retarget semula siapa yang pernah mengunjungi website anda.

#2 Messenger

Selain terus direct ke website dan whatsApp, anda boleh juga boleh bawa prospek masuk ke Messanger.

Caranya, buat iklan guna Objektif Messenger.

Dalam Ads Manager pilih objektif Mesenger. Dengan objektif ini, Facebook akan cari orang yang biasa berinteraksi dalam mesenger.

mesenger ads

Seterusnya, kita perlu pilih sama ada mahu terus ke Facebook mesenger atau direct ke WhatsApp.

Nota: Hanya boleh digunakan setelah link FB Page dengan akaun Whatsapp Business. Tapi, bukan semua orang ada fungsi ni lagi. Dijangka, Bulan 12 ni baru semua pengguna FB akan dapat fungsi link FB Page dengan Whatsapp Business.

 

destinasi mesenger

Pilih audience kita macam biasa.

Lepas klik butang “next”, kita kena pilih format kreatif.

Kalau objektif traffic ada 5 pilihan, tapi di mesenger ada 4 je (tiada collection).

format mesenger ads

 

Apa yang paling best… kita dah boleh tapis hanya prospek.

Caranya, kita set siap-siap soalan yang nak ditanya dalam custom template dan sambungkan dengan chatbot seperti manychat dan chatfuel.

Chatbot ini akan filter sama ada prospek kita layak atau tidak.

Jadi takde la kita buang masa layan prospek yang tak berkualiti kan?

custom templete mesenger ads

 

Lagi best, siapa yang pernah pm kita, kita boleh terus follow up secara automatik. Semua ni dibuat dengan chatbot sahaja.

Untuk belajar lebih lanjut, Tuan Firdaus ada buat panduan khusus untuk chatbot. Anda boleh dapatkan disini.

#3 Lead Generation

Objektif yang ketiga ialah Lead Generation.

Lead generation ini memang dibuat khusus untuk mendapatkan leads seperti email dan no phone dari prospek.

leads generation

Pilih lead generation dan isi bahagian audience. Di bahagian ads, kita boleh create form.

Apa yang menarik disini, kita boleh berikan soalan untuk prospek jawab.

Dengan objektif Lead Generation ini, Facebook terus siapkan form untuk kita. Kita hanya senaraikan soalan yang perlu prospek jawab.

Lepas prospek jawab, kita akan dapat data prospek.

form leads generation

Kelebihan beriklan gunakan objektif ini adalah, kita lebih mudah dapat maklumat prospek pada sebab Facebook dah tolong pre-filled kan maklumat.

Prospek hanya perlu klik submit sahaja dan kita terus dapat.

#4 Video Views

Objektif seterusnya boleh gunakan Video Views.

 

video view objektif

Video macam mana yang sesuai digunakan sebagai bahan kreatif?

Anda boleh ambil video kawasan, rumah contoh dan mockup rumah yang dijual.

Video ni biasanya berkesan untuk tarik minat prospek. Sebab, prospek boleh nampak reka bentuk rumah secara visual.

TIPS: Video tak perlu panjang sangat. Cukup 30 saat – 1 minit. Just keep it simple and precise.

#5 Engagement

Cara ke-5 ialah gunakan objektif Engagement. Dalam objektif engagement pilih Post Engagement.

Sama seperti boost post di FB.

Kita perlu faham, tak semua orang suka untuk tengok video dan isi form, jadi sebab tu kita gunakan juga objektif engagement ini.

post engagement

 

Anda boleh gunakan Post Engagement sebagai retargeting.

Contohnya, iklan post ini di target kepada orang yang pernah mesej, engage dengan post atau pernah masuk ke dalam website kita.

Kesimpulannya

Ini 5 objektif ads yang anda boleh gunakan untuk dapatkan prospek yang berminat dengan hartanah yang ingin dijual.

Apa yang penting, setiap duit yang kita laburkan untuk ads boleh bagi return on investment (ROI) yang positif.
Saya percaya, dengan strategi dan targeting yang betul, pemasaran berbayar boleh bagi ROI yang tinggi untuk bidang hartanah.

Selamat mencuba!

Nota Kaki:

Team FAMES ada buat servis run Facebook Ads untuk ejen dan developer hartanah. Kalau berminat, boleh dapatkan detail dan buat permohonan  disini.

Atau, anda boleh terus masuk ke website >> https://fames.my/servis/

Belajar sesuatu dari artikel di atas? Jika ya, boleh klik butang di bawah untuk share dengan rakan lain @ tinggalkan sebarang soalan @ cadangan di bawah apa yang anda belajar. 👇🏻

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *