Hasil broadcast Makin Drop? Mungkin Ini 5 Penyelesaian Yang Anda Cari

Kalau anda biasa buat broadcast, perasaan tak result yang kita dapat dah tak tinggi macam dulu?

Sama nasib macam iklan juga, spend banyak pun ROAS setakat 1 ke 2 jer…

Mahal yang amat nak dapat satu purchase.

Dan lebih menyedihkan, bila kita buat broadcast sebagai backup pun, hasilnya semakin menurun dari hari ke hari.

So, apa perlu kita buat?

Mahu atau tidak, kita perlu ubah strategi broadcast sebelum nak blast kepada database sedia ada.

Jadi hari ini kami akan kongsi 5 strategi yang kami sendiri gunakan di Team Fames, setiap kali nak broadcast untuk klien.

Kami tak janji yang keputusan broadcast anda akan naik mencanak…

Tapi inilah strategi yang kami guna dan ianya terbukti berkesan untuk tingkatkan hasil broadcast.

Baik broadcast emel, WhatsApp mahupun SMS.

Semua kami guna strategi asas yang sama.

Nak tahu apa 5 strategi tersebut? Jom teruskan membaca…

STRATEGI 1: GROUPING DATABASE

Sebelum anda plan nak buat broadcast apa, dan nak hantar bila…

Perkara penting yang perlu anda tentukan adalah group database mana yang anda nak broadcast.

Ada beberapa group broadcast yang boleh disusun, antaranya ialah:

  • Life time value (LTV) – Berapa banyak duit yang telah dibelanjakan oleh seorang customer
  • Average Order Value (AOV) – Berapa kadar purata pembelanjaan yang akan dibelanjakan
  • Purchase frequency – Berapa kerap seseorang customer membeli dari kita

Kesemua group diatas boleh dibahagikan kepada dua:

1) Tertinggi (paling berkualiti dan biasanya menghasilkan conversion yang lebih tinggi)

2) Terendah (kurang berkualiti namun masih boleh menghasilkan conversion dengan offer yang tepat)

Sebenarnya masih banyak jenis group yang boleh disusun.

Contohnya seperti mengikut demografi prospek, dan jenis produk yang pernah dibeli.

Anda boleh baca lebih lanjut tentang sususan grouping ini pada blogpost yang lepas.

Meskipun banyak, namun group yang kami sering gunakan dan memberikan impak yang paling besar kepada keputusan broadcast ialah group LTV dan AOV.

Kenapa?

Sebab dari group ini, kita tahu berapa nilai duit yang telah dibelanjakan & boleh agak berapa transaksi “mampu milik” bagi mereka.

STRATEGI 2: PILIH TARIKH YANG SESUAI

Bila dah tahu group mana yang kita akan blast, baru kita boleh tentukan tarikh broadcast.

Katalah, nak broadcast dekat LTV lowest/terendah pada pertengahan bulan.

Memang tak sesuailah nampaknya.

Ye lah, tengah bulan kebanyakan orang akan kurang berbelanja.

Jadi, kalau broadcast kita tu memang aim nak dapatkan sales, memang tipislah harapan nak dapat pulangan tinggi.

Sebab tu grouping dan waktu blast ini amat penting dalam menentukan keputusan broadcast yang dijalankan.

Jadi bilakah tarikh yang sesuai untuk broadcast?

Sejujurnya, tiada jawapan yang spesifik sebab selagi belum cuba, kita tidak akan tahu.

Tapi waktu kebiasaan yang akan menghasilkan keputusan broadcast yang tinggi ialah pada:

1) Waktu gaji

Waktu ni memang waktu paling sesuai untuk hantar broadcast.

Nak promosi produk ke, atau nak launch produk ke…

Lebih baik broadcast ketika musim gaji.

Bila duit tengah banyak, customer pun lebih “pemurah” untuk berbelanja.

Terutamanya kalau produk kita tu dah lama mereka niat nak beli. Kebarangkalian mereka nak beli, lebih tinggi.

Jadi kalau boleh, jangan lepaskan peluang untuk hantar broadcast pada setiap kali waktu gaji, plan siap-siap masuk dalam calendar.

2) Menjelang tarikh perayaan besar dalam Malaysia

Kenapa menjelang?

Sebab apabila tibanya hari perayaan, semua akan sibuk dengan keluarga masing untuk persiapan raya dan cuti.

Jadi manfaatkan waktu sebelum tibanya perayaan untuk buat broadcast.

Tambahan pula, orang biasanya memang dah sediakan bajet untuk musim perayaan ni.

So, boleh sesuaikan tarikh perayaan itu mengikut niche atau produk anda.

3) Menjelang tarikh penting dalam Islam

Jika produk yang anda tawarkan itu memang khusus untuk pelanggan beragama Islam…

Contoh kalau anda NGO atau buat bisnes seperti kelengkapan ibadah, makanan sunnah atau buku agama…

Memang tarikh-tarikh seperti 10 malam terakhir Ramadan, hari Arafah dan juga hari Jumaat adalah waktu sesuai untuk anda selit masuk slot broadcast untuk database anda.

Kenapa?

Sebab biasanya tarikh-tarikh penting ni ada “vibe” tersendiri yang boleh mempengaruhi keputusan seseorang untuk membeli.

#Tips tambahan

Bila dah pilih tarikh, mesti kena tentukan waktu broadcast betul tak?

Jadi kalau boleh, waktu anda broadcast itu bukan waktu peak hour atau waktu bekerja.

Supaya bila broadcast tu diterima, mereka ada peluang untuk buka dan lihat tawaran yang anda berikan.

Jangan silap hantar pukul 2 ke 3 pagi pula ya. (melainkan memang pattern pembeli anda banyak membeli pada waktu ini)

Silap haribulan, anda terus kena report sebagai SPAM. Naya huhu!

STRATEGI 3: TAWARKAN PAKEJ ATAU OFFER YANG SESUAI

Ini adalah kesilapan yang banyak orang buat bila broadcast.

Semua orang yang terima broadcast akan di-promote pakej yang sama, produk yang sama…

Ehmm…

Mana boleh macamtu…

Setiap group mempunyai kemampuan dan cara berbelanja yang berbeza.

Untuk group dengan kemampuan membeli yang besar, jangan segan untuk letakkan minimum pakej dengan harga yang lebih tinggi.

Dan jangan pula salah masukkan pakej yang murah untuk group ini.

Sebab mereka ni “mampu”.

Jadi sayanglah kalau mereka ambil pakej murah.

Padahal mereka ini tak kisah pun untuk berbelanja lebih banyak dengan kita.

Kesannya apa akan jadi?

AOV akan jadi rendahlah.

Dan bila AOV rendah, ROAS pun rendah…

Padahal kalau kita susun pakej yang lebih tinggi kepada customer AOV tinggi, besar kemungkinan dapat hasil yang positif tu lebih tinggi.

Praktis yang sama juga untuk group yang rendah AOV.

Jangan pula letak pakej yang mahal di luar kemampuan mereka.

Kalau mereka tak mampu, macam mana nak beli?

Senang cerita, pakej yang disusun haruslah mesra dengan poket group database yang kita pilih.

Dan jangan pukul rata broadcast dengan promo sama untuk semua group database.

STRATEGI 4: CUSTOM KONTEN SALES PAGE

Bila dah setel bab pakej, dah boleh mula untuk draf konten sales page.

Sebenarnya cara kita susun ayat pada landing page juga akan mempengaruhi kumpulan target kita.

Nak susun konten untuk promote offer kepada orang yang biasa belanja RM500 sekali membeli…

Beza dengan strategi konten nak bagi offer kepada orang yang had belanja dia RM100, betul tak?

Ada beberapa aspek di dalam sales page yang perlu diberi perhatian dan disesuaikan mengikut target market kita.

Pecahan dibawah adalah mengikut kumpulan belanja tinggi dan rendah:

Aspek Pada Sales PageKumpulan Belanja TinggiKumpulan Belanja Rendah
Tona MesejFokus kepada eksklusiviti, kemewahan dan kualiti premium produk.
Fokus kepada nilai, harga yang mampu milik dan praktikal untuk kegunaan harian.

Berikan contoh bagaimana produk anda membantu mereka menjimatkan wang, menyelesaikan masalah, atau meningkatkan kualiti hidup mereka.
Testimoni
Tunjukkan testimoni daripada individu berpengaruh atau influencer dari lingkungan sosial yang sama untuk membina kredibiliti dan kepercayaan.


Gunakan testimoni pelanggan/orang ramai yang berpuas hati dengan produk anda.
Pakej harga
Gunakan struktur harga yang berperingkat yang menunjukkan perbezaan antara tawaran biasa dan premium.

Boleh gunakan ayat seperti “Bermula dari” atau “Harga akan disesuaikan mengikut kehendak anda” untuk menunjukkan ada pakej yang di-custom khas buat mereka.


Gunakan struktur harga yang berpatutan dengan nilai yang sepadan.

Boleh gunakan ayat seperti “Pilihan mesra bajet” atau “Harga yang termurah di pasaran” untuk tekankan elemen pembelian berbaloi di situ.
Call To Action (CTA)Cipta CTA yang mengajak mereka kepada eksklusiviti dan faedah premium.

Contohnya: “Dapatkan akses eksklusif” atau “Nikmati faedah premium”.

Fokuskan kepada CTA yang menunjukkan harga yang berpatutan, nilai tinggi dan menjimatkan.

Contohnya: “Dapatkan harga promo sebelum terlambat” atau “Jangan lepaskan tawaran istimewa ini”.

Tapi ingat!

Yang kami kongsikan ini hanyalah contoh.

Anda boleh sesuaikan aspek-aspek di atas mengikut kehendak dan target market bisnes anda.

STRATEGI 5: PERSONALISE SKRIP MESEJ

Poin yang terakhir ialah personalise mesej.

Macam mana kita susun pakej, macam tu juga cara kita tulis skrip mesej untuk dihantar kepada customer.

Sebaiknya, jika customer baca skrip broadcast kita tu, biar mereka rasa kita sedang bercakap depan mereka.

Contoh kalau anda broadcast emel atau di WhatsApp, masukkan personalise nama customer di dalam skrip broadcast.

Ataupun jika anda memang kenal lebih mendalam group database yang dipilih, gunakan bahasa yang lebih mesra dengan mereka.

Contohnya kita tahu group database yang dipilih, lingkungan umur mereka 45-60 tahun.

Boleh gunakan skrip dengan panggilan “Pakcik/ Makcik”…

Atau kalau kita pilih customer perempuan saja, bahaskan dengan “Cik Puan/Akak/Sis”…

Simple, kan?

Walaupun simple, tapi sebenarnya ia secara tak langsung memberi keselesaan kepada penerima, kerana mesej yang lebih santai.

Contoh anda baca skrip di bawah…

Manakala untuk CTA, sebolehnya sediakan hanya satu CTA saja.

Supaya prospek tidak ‘melencong' ke tempat lain selain sales page yang kita sediakan.

Ini bagi mengelakkan berlakunya kebocoran pada funnel yang kita dah susun untuk broadcast kita.

Insya Allah, apabila semua sudah custom mengikut karakter sesebuah grouping database…

Lebih tinggi peluang untuk broadcast anda menghasilkan keputusan yang lebih baik.


Jadi sekian sahaja perkongsian dari kami tentang strategi broadcast.

Semoga anda boleh aplikasikan strategi ini untuk broadcast anda yang akan datang!

Kalau sekali buat tak berjaya itu normal lah kan?

Boleh try & error sampailah anda jumpa strategi broadcast yang paling sesuai untuk bisnes anda.

Yang penting tengok & compare data bagi setiap kumpulan atau strategi yang test.

Selamat mencuba!

Belajar sesuatu dari artikel di atas? Jika ya, boleh klik butang di bawah untuk share dengan rakan lain @ tinggalkan sebarang soalan @ cadangan di bawah apa yang anda belajar. 👇🏻

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *