Saya mulakan artikel kali ini dengan bertanya anda satu soalan:
“Anda rasa tulis headline ini, senang ke susah?”
Jawapannya, mestilah bergantungkan pada situasi kan?
Orang yang dah biasa menulis, mesti kata senang. Orang yang baru menulis, mesti kata susah. Setuju?
Cuma bagi saya yang memang dalam bidang copywriting. Jawapan untuk soalan ini, boleh jadi dua-dua betul;
- Senang, kalau sekadar nak tarik perhatian.
- Susah, kalau memang fokus dapat jualan.
Baru-baru ini, saya ada buat sedikit kajian.
Tahukah anda…
Dengan hanya ubah headline, lead & jualan anda boleh naik/turun secara mendadak? ??
Tak yakin?
Hari ini saya share hasil kajian yang terjadi dekat iklan klien kami.
Semoga memberi inspirasi kepada anda.
Tuan Que merupakan pemilik jenama fesyen muslimah popular di Malaysia.
Apa beza Tuan Que dengan pesaing dia?
Dia berani main website lebih awal. Di saat pesaing lain masih berkira-kira untuk beralih ke website. Dia dah mula.
“Yela, closing rate (CR%) Whatsapp kan tinggi Faris? Buat apa nak fokus website, orang susah nak beli…”
Betul ke tinggi CR% di Whatsapp? Dah tengok closing di website? ?
Jika anda masih takut-takut nak peruntukkan kos iklan ke website, jadikan kisah ini sebagai inspirasi.
Pada suatu hari, saya terfikir nak buat A/B Split Testing.
Saya nak kaji dua benda:
- “Adakah headline memberi pengaruh yang besar dalam meningkatkan sesuatu jualan?”
- “Antara headline masalah dengan headline keunikan produk, mana lebih banyak hasilkan jualan?”
Maka, setelah saya buat kajian tentang produk, pelanggan, dsb. Saya hasilkan copywriting pendek 2-4 baris sahaja.
Sebab, saya betul-betul nak ukur keberkesanan headline.
Maka, saya pun buat dua (2) copywriting. Copywriting itu hanya ada headline, intro & call to action untuk tonton video.
Video yang digunakan pula, ala-ala teaser tentang pakej yang ditawarkan seperti; “Dapat A, B & C.. bla..bla”. Erggh, dapat bayang tak? hihi
Dan kedua-dua iklan ini ditujukan pada Cold Market (iaitu kelompok strangers). Bukan customer sedia ada.
Headline 1# – Fokus pada masalah
Contoh: Nak cari tudung bawal tapi susah nak jumpa yang tak jarang?
Headline 2# – Fokus pada keunikan produk/offer
Contoh: Ini 3 benda yang buatkan tudung bawal ini berbeza dengan bawal lain!
Anda nampak gambarannya? Boleh ikut setakat ini?
Okay, sekarang.
Cuba anda teka dulu:
“Headline mana satu yang lebih bagi banyak hasilkan jualan di website?”
Headline 1 atau headline 2 lagi power?
Secara jujurnya, saya sebagai copywriter.
Saya teka headline 1 akan beri pulangan yang lebih banyak. Sebab, biasanya headline jenis masalah ini lebih menarik perhatian orang. Ini hipotesis awal.
Namun, ada suatu benda yang menarik saya dapat…
Headline 1# – Fokus pada masalah
Beri pulangan 12.42 kali ganda jualan berbanding kos iklan yang dibelanjakan.
Ibarat kita keluarkan RM1, kita dapat RM12
Anda boleh rujuk (gambar) ad name “ASAL”.
? Harga asal produk: RM169 – RM199
? Kos per jualan: RM15/pcs
? Nilai jualan: RM2850
Saya dah mula teruja. Wow! ?
Tinggi jugak pulangan tu. Saya target dalam 10 kali ganda sahaja.
Namun, apa yang memeranjatkan saya lagi…
Headline 2# – Fokus pada keunikan/offer
Beri pulangan 25.72 KALI GANDA jualan berbanding kos yang dibelanjakan.
Ini macam keluar RM1, dapat RM25.
Anda boleh rujuk gambar Ad name “CW 2”.
? Harga asal produk: RM169 – RM199
? Kos per jualan: RM12/pcs
? Nilai jualan: RM3824
Saya terus geleng kepala. Tinggi rupanya closing di website ni. Selama ini kita fokus Whatsapp jer kan.
Namun, perlu diingatkan…
#Disclaimer: Nak dapat hasil macam ini, bukan sekali klik boleh terus dapat. Perlukan usaha, keyakinan dan komitmen untuk monitor iklan setiap hari.
Kredit jugak kepada Tuan Que kerana berani bagi kami ruang untuk buat pelbagai split testing.
Kesimpulan daripada hasil kajian ini.
- Headline terbukti membantu meningkatkan sales minimum 2X kali ganda, jika dibuat dengan betul.
- Headline berbentuk keunikan/offer lebih banyak hasilkan jualan berbanding masalah.
- Tiada isu copywriting panjang atau pendek. Jika ia menarik pelanggan kelaparan, mudah nak convert.
Namun, ada satu rahsia yang saya belum bongkarkan di sini…
Jika sekadar tulis headline, semua orang boleh. Tapi nak tulis headline yang menjual tu…
Sebenarnya, anda kena pastikan betul-betul, siapa pelanggan kelaparan (desperate buyer) untuk produk tersebut.
Ini mungkin topik yang seterusnya;
Bagaimana nak tarik pelanggan kelaparan baca ayat iklan, sampai tak sabar-sabar nak beli dari kita?
Nantikan ya…
Soalan biasa ditanya!
1. “Faris ada ke ajar cara buat copywriting yang simple tapi berkesan step by step?”
Jawapan: Ada. Dalam Bootcamp Unboxing Funnel Master 5x.
2. “Kalau saya nak belajar secara praktikal. Ada ke kelas atau seminar yang terdekat?”
Jawapan: Disebabkan sekarang ini masih dalam fasa pemulihan daripada pandemik, maka segala kelas, seminar dan bootcamp dibuat 100% online. Info lanjut di sini
.
Nota akhir: Saya harap artikel ini membuka minda anda untuk kuatkan bahagian headline. Sebab ia memberi pengaruh 70%-90% keberkesanan sesuatu iklan.
Bagaimana pendapat anda pula tentang headline? Cuba kongsikan di bawah ya ?