Bila kita bincangkan topik cari leads melalaui iklan berbayar, funnel iklan adalah salah satu perkara yang perlu dititikberatkan untuk mencari prospek berkualiti.
Maksudnya, dari seseorang prospek itu “stranger”, kenal dengan produk kita, sehinggalah berminat untuk beli produk…
Semuanya perlu disusun strateginya dengan baik, agar kos iklan yang kita keluarkan tidak sia-sia hangus begitu saja.
Contohnya, ramai agent, stokis, mahupun HQ yang menjual produk kecantikan, kesihatan & etc, mengalami masalah:
Cost per lead mahal
Closing rate rendah
Prospek/ lead tak berkualiti, pm harga terus diam
Dan bila nak cari penyelesaian dari segi funnel iklan, ramai yang dilema sama ada untuk membawa prospek mereka dari iklan ke WhatsApp atau website.
Kedua-duanya mempunyai kelebihan tersendiri, tetapi mana yang boleh memberikan leads yang lebih berkualiti?
Jom kami jelaskan lebih terperinci 👇🏼
Iklan Bawa ke WhatsApp: Kelebihan dan Kekurangan
Apabila kita bawa traffic iklan terus ke WhatsApp, ia boleh memberikan sentuhan peribadi yang lebih dekat kepada prospek.
Prospek boleh terus bertanya soalan dan mendapat jawapan segera.
Secara tak langsung dapat membina kepercayaan dengan lebih cepat.
Lagi cepat mereka percaya, lagi cepatlah mereka membuat keputusan nak membeli.
Walau bagaimanapun, cara ini ada kekangan bagi mereka yang kekurangan tim sales/ customer servis.
Contohnya prospek baru masuk ramai, tapi tim yang ready nak reply pertanyaan prospek tak menang tangan.
Respond lambat.
Prospek pun dah sejuk.
Itu belum lagi masuk prospek yang masuk di luar waktu bekerja & hari bercuti.
Kadang-kadang limitasi inilah yang membuatkan kita rugi buat iklan ke WhatsApp.
Walaupun ia lebih dekat dengan prospek untuk kita pujuk mereka secara personal, tetapi ia perlukan komitmen team untuk bersedia respon pertanyaan prospek sepantas yang mungkin.
Cara terbaik untuk guna funnel iklan ke WhatsApp jika anda ada masalah kekurangan team:
a) Run iklan ke WhatsApp pada hari & waktu tertentu saja
Untuk kurangkan risiko prospek masuk pada waktu yang tidak sepatutnya, anda boleh off iklan pada luar waktu/ hari bekerja.
b) Invest untuk sistem WhatsApp automation
Anda boleh respond pertanyaan prospek dengan lebih pantas dengan bantuan sistem WhatsApp automation seperti Wabot.
Kelebihan bila ada sistem, kita boleh setup chatbot untuk auto reply pertanyaan prospek.
Tim sales tinggal pantau & balas jika perlu saja, senang.
Website: Kelebihan dan Kekurangan
Selain WhatsApp, ada jer kumpulan prospek yang lebih suka membeli terus di website.
Kelebihan bila kita bawa mereka ke website, kita boleh letak info yang lebih lengkap berkenaan produk sebelum prospek membeli.
Nak letak testimoni, sijil halal, sijil KKM, video, semua boleh.
Cuma walaupun segala info telah dimasukkan, tetap akan ada prospek yang belum yakin untuk membeli.
Ada yang dah masuk website, masih mencari butang WhatsApp untuk bertanya sebelum membeli.
Ada yang hanya add to cart dulu, tunggu gaji atau ada duit lebih baru beli.
Sebab setiap orang, ada cara yang berbeza untuk membuat keputusan.
Namun, kalau kita hanya bawak prospek masuk ke website, tanpa kita retarget balik mereka dengan iklan/ follow up…
Semuanya boleh jadi sia-sia sebab orang akan lupakan kita.
Tapi bila kita kejar mereka balik, mereka akan ingat & membeli dengan kita.
Cara terbaik untuk guna funnel iklan ke Website:
a) Konsisten Follow Up Abandoned Cart
Biasanya kalau menjual di website, kadar prospek yang add to cart & pending payment memang tinggi.
Itu normal.
Cuma apa yang bagusnya, kita dah tahu mereka ini memang dah berminat nak beli produk kita.
Apa yang kita perlu buat adalah, kejar, pujuk, sampailah mereka yakinkan mereka yakin untuk menjadi pelanggan kita.
Kadang-kadang 1, 2 kali follow up, mungkin masih tak meyakinkan mereka untuk bertindak.
Tapi, kalau kita konsisten follow up, tunjuk testimoni, kredibiliti, kualiti & nilai produk, lama-kelamaan mereka akan percaya & bersedia jadi pelanggan kita.
Nak lagi mudah follow up, setup automation. Tak ada isu terlupa atau terlepas pandang nak follow up.
b) Cari Leads Baru
Kalau di WhatsApp orang tinggal bluetick lepas tengok harga, itu juga biasa.
Tapi kita dah ada database mereka. Bila-bila boleh follow up semula.
Cuma bila guna website, kalau visitor hanya tengok tanpa add to cart, kita tak dapat database mereka untuk kita follow up kelak
Mungkin mereka rasa tak perlu nak add to cart sebab mereka belum berminat/ bersedia untuk membeli.
Jadi, cara lain yang kami galakkan adalah…
Berikan satu hadiah percuma berbentuk digital, sebagai “pop-up” untuk website visitor.
Tak kisahlah nak set condition popup after 50% scroll ke…
At least ada satu pop-up untuk kita dapatkan database mereka yang masuk ke website, walaupun mereka tidak membeli.
Yang penting produk yang diberi ada “nilai” dan relate dengan produk yang kita jual.
Contoh produk yang anda boleh berikan; ebook, video panduan, template percuma…
Apa nak buat bila dah ada group database ni?
Anda boleh fokus untuk spread awareness kepada mereka tentang info & value produk anda.
Selain itu, anda boleh upload database mereka untuk dijadikan custom audience bagi iklan anda.
Kesimpulan
Memilih antara membawa prospek ke WhatsApp atau Website bergantung kepada strategi dan kapasiti yang anda ada.
WhatsApp menawarkan interaksi yang lebih peribadi dan segera, manakala website menyediakan maklumat yang omprehensif dan mudah diakses.
Walau bagaimanapun, yang paling penting adalah memastikan prospek tidak sejuk dengan respond yang pantas serta follow-up mereka secara berkala.
Mungkin pada asalnya leads yang kita dapat kurang berkualiti.
Tetapi setelah kita follow up, tingkatkan awareness mereka akan produk , tak mustahil mereka jadi pelanggan kita kelak.
Dengan pendekatan yang betul, anda boleh mendapatkan leads yang berkualiti dan meningkatkan jualan produk anda.
Semoga bermanfaat 😊