Blog Firdaus Azizi

Kenapa Saya Mula Berblog Dan Kurangkan Bergantung Pada Facebook

Saya mula belajar cara macam mana nak buat blog yang mesra SEO dan jadikan Facebook sebagai salah satu medium untuk promosi kan blog sahaja.

Sejak kos pengiklanan di Facebook semakin mahal dan ‘Reach' di Fanpage semakin rendah, ramai yang mula sedar betapa pentingnya untuk setiap bisnes online mempunyai blog ataupun website sendiri.

Cuma persoalan yang biasanya timbul adalah…

“Macam mana cara nak buat blog?”

Untuk yang dah berjaya buat blog, cabaran lain pula muncul. Antaranya…

“Kenapa takde orang baca pun blog aku? Page view dalam 100 lebih jer sehari.”

Atau…

“Awat blog aku tak keluar pun dekat Google bila aku search?”

Eh, macam sama jer soalan yang bermain di fikiran kita kan?

Saya Pernah Berada Di Tempat Anda…

Jangan risau.

Jangan stress.

Jangan panik.

Saya juga pernah berada di tempat anda suatu ketika dahulu.

Saya mula berniaga di Facebook sejak tahun 2010 dan mula menggunakan Facebook Ads sejak tahun 2011.

Rasanya dah lebih RM50K saya ‘bayar' Mark Zuckerberg untuk tolong jaja iklan saya di Facebook.

Tapi…

Nak dijadikan cerita, bermula Ogos 2013, salah satu bisnes online saya di Facebook jatuh merudum tanpa sebab musabab yang jelas.

Saya buntu.

Saya stress.

Saya down.

WTF sungguh! (Baca sebagai – What The Facebook!)

Sebelum ini kalau saya laburkan dalam RM2K sebulan, saya boleh kaut hasil lebih RM10K (dengan tersenyum girang!).

Sekarang (masa bulan Ogos 2013) bila saya laburkan RM2K sebulan, sales yang masuk hanyalah dalam RM5K sebulan. Itu SALES, bukan PROFIT tau!

Memang pening kepala fikir di mana silapnya.

Dan mujurlah saya bukan keseorangan. Orang lain pun ramai menghadapi masalah yang sama.

Puncanya…

Hasil kajian, pembacaan dan juga perbincangan berjaya mendedahkan punca kenapa banyak bisnes yang bergantung 100% kepada Facebook tiba-tiba sales down mendadak.

Antara teori-teori yang muncul:

  1. Layout Facebook yang berubah menjadikan iklan tak comey dan memukau
  2. Algorithm Facebook menyebabkan organic reach bagai jatuh ditimpa tangga
  3. Lambakan iklan-iklan di Newsfeed sampai orang menyampah nak baca iklan
  4. Persaingan & peng'Sailang' yang semakin ramai di Facebook
  5. Bilangan pengiklan di Facebook yang semakin ramai dan suka main bid tinggi (ke tak tau cara nak dapat kos per klik yang rendah?)

Banyak lagi teori-teori lain yang muncul. Kalau ditaip, memang tak tidur malam lah saya nanti.

Apapun, ada teori yang betul. Ada yang melalut dan mengarut.

The Point Is…

Walau apapun punca sales di Facebook drop, point penting yang saya nak sampaikan sebenarnya,

“Jangan bergantung harap pada 1 channel pemasaran sahaja!”

Apatah lagi kalau channel tersebut adalah FACEBOOK; channel percuma yang dimiliki oleh orang lain.

Disclaimer:

Saya tak bermaksud pemasaran melalui Facebook sudah tak valid, cuma teknik dan strategi kena betul. Macam mana teknik Facebook Marketing yang betul?

Boleh dapatkan Pakej Video Facebook Ads 101 saya atau Pakej ViPER Reloaded untuk belajar strategi yang betul.

Mulalah Saya Belajar Buat Blog & Main SEO

Disebabkan salah satu bisnes saya menghadapi cabaran di Facebook, saya mula berjinak-jinak dengan blog.

Sangkaan saya, buat blog ini mudah. Taip entri dan share di Facebook. Kalau nak trafik tinggi, tulislah entri dengan tajuk yang menarik (baca = sensasi, hot, konspirasi, etc.) dan jadikan ia viral!

Alhamdulillah, memang menjadi!

Contoh trafik daripada entri yang viral boleh baca dalam casa study bagaimana saya gandakan trafik sebanyak 18x dengan hanya menukar tajuk dan gambar.

Tapi…

Rupa-rupanya buat blog bukan semudah itu!

Tak kan lah semua entri di blog kita kena jenis sensasi dan meletup-letup?

Tak kan lah setiap hari kita nak kena schedule 5 ke 8 entri untuk keluar di Facebook supaya Fans saya dan kawan-kawan kita boleh baca?

Letih la bila trafik ke blog bergantung kepada Facebook semata-mata (80% trafik daripada Facebook).

Baru jer tadi sebut tak nak bergantung kepada Facebook, tapi last-last masih bergantung kepada Facebook untuk mendatangkan trafik ke blog.

Rupanya-Rupanya…

Bila saya kaji-kaji balik, rupa-rupanya saya ada kureng satu ilmu penting bila nak buat blog, iaitu ilmu SEO ataupun nama panjangnya, Serch Engine Optimization.

Sebab tak pandai SEO lah saya punya trafik 80% daripada Facebook.

Susah sangat (atau hampir mustahil) untuk entri di blog saya pada waktu itu untuk muncul di Google bila orang search.

Jadi tak hairanlah kenapa trafik saya sangat bergantung kepada kekerapan dan kehebatan saya share entri di Facebook.

Janganlah Jadi Seperti Saya Yang Dulu

Nasihat saya kepada yang nak belajar berjinak-jinak buat blog, silalah belajar cara buat blog yang betul dan juga ilmu SEO untuk memastikan blog kita mudah untuk keluar di Google.

Jangan menulis dengan syok sendiri tapi akhirnya takde pun orang yang sudi baca.

Lama kelamaan anda pasti bosan dan letih sebab hasil tulisan anda sekadar menjadi ibarat coretan diari peribadi.

Anda tulis dan anda jugalah yang baca (kadang-kadang berulang kali).

Belajarlah Cara Yang Betul Untuk Buat Blog & Ilmu SEO

Untuk yang serious nak berblog, laburkanlah sedikit wang ringgit untuk belajar teknik yang betul untuk berblog supaya blog anda nanti mudah orang nak cari di Google.

Contoh hasil daripada salah satu blog saya yang telah berjaya di-SEO-kan (dan masih dalam proses) adalah seperti di bawah.

Belajar Cara Buat Blog Untuk Bisnes Guna WordPress
Sumber Trafik Ke Salah Satu Blog Saya

Anda Berminat Untuk Belajar Cara Buat Blog?

Saya ada sediakan satu video panduan cara mudah untuk anda bina website anda sendiri dengan kos tak sampai RM100.

Jika anda betul-betul berminat nak belajar cara buat blog yang betul, klik butang di bawah.

 

Ada Belajar Sesuatu?

Tolong klik butang “Share” di bawah supaya kawan-kawan anda juga boleh mendapat manfaat daripada entri ini.

Nak Video Panduan Facebook Ads Terkini? Percuma Sahaja!

Hanya Masukkan Nama & Alamat Emel Anda Dan Klik Butang 'Download Sekarang!'

artikel berkaitan

Orang utara boleh belajar cara buat blog dengan menghadiri Kelas Blog saya

Kelas Belajaq Buat Blog, Khas Untuk Orang Utara

Dah hampir 5 tahun rasanya tak balik beraya Haji di Kedah. Biasanya hanya beraya di Kerteh atau Shah Alam sebab dapat cuti hanya 1-2 hari saja. Punyalah lama tak balik beraya Haji sampai Tok Wan di Perlis tanya baru ni… “Firdaus bila nak balik Raya Haji kat kampung?” Jadi, ok lah… Tahun nih saya decide untuk balik

Read More »
Anda wajib belajar cara buat blog dan gunakan blog untuk bisnes anda. Facebook tak sepatutnya dijadikan kedai online anda.

Kenapa Bisnes Dalam Bahaya Kalau Hanya Bergantung Dengan Facebook

Sekarang dah jadi semacam satu trend di mana ramai yang buat bisnes online menjadikan Facebook sebagai ‘kedai’ mereka dan bergantung sepenuhnya kepada Facebook sebagai tempat mendapatkan jualan. Kalau Facebook tutup kedai, mereka pun terpaksa tutup kedai sekali bersama dengan Mark Zuckerberg yang dah kaya raya. Adakah Anda Juga Salah Seorang Daripada ‘Mereka’? Kalau jawapan anda untuk soalan di

Read More »

41 Comments

    1. Tuan duduk di Borneo kan? Jauh sangat nak berjumpa. Kalau Tuan organize kelas di sana, boleh la saya terbang gi Borneo 🙂

      P.s. – Rasanya saya lagi newbie dari Tuan 😛

  1. assalamualaikum… sesiapa yang ingin hantar anak ke kelas mengaji boleh singgah di blog sy untuk maklumat berkenaan dengan kelas mengaji..

  2. ada blog, sukati kita sendiri nak buat apa. tak perlu risau. Semua kuasa pada kita sendiri.

  3. Bagus Entri Tuan Firdaus Azizi. Kami sudah lama berkecimpung dalam menaikkan trafik & SEO. So far alhamdulillah…setakat ini semua customer datangnya dari blog yang selalu kami update. Cer tuan browsing tentang hotel kucing di puchong….hehehe

  4. saya pernah berguru dgn tuan…tahniah tuan kini saya tahu apa itu blog tapi tak cukup ilmu lagi rasanya..insyallah ada kelapangan waktu dan di izin Allah ingin saya hadirkan diri lagi..
    Jom baca entri terbaru Rozelcoway.com ,Pakar produk coway terpantas dengan easy payment.

  5. Hehe.. teknik yang saya sangat suka sejak dulu lagi.. ramai sangat yg terlalu bergantung dgn facebook. Sekali page kena unpublish?? Menangis tak berlagu la.. tapi kalau blog? Hehehe.. i ? google..

  6. Mcmana nk join klas one to one yg nk belanja chendol tu? Akak tk mampu byr sbb cuma seorg surirumah yg berminat nk buat duit tambahan.

  7. Sy juga telah alaminya tuan..selepas itu sy gigih upah pakar blog untuk buatkan website..dh siap buat website iklankan semula menggunakan fb..masih juga bergantung dgn fb..bagaimana nk ber seo ye..sy di kk sabah..boleh tuan buat kelas seo do disini? Frust sy dgn fb..

    1. Terima kasih sebab berkongsi kisah & pengalaman Cikpuan.

      Maaf sangat sebab di KK nanti saya hanya sempat adakan kelas Facebook selama 2 hari. Kelas Blog memang tak sempat.

    1. Salam Tuan Yusri,

      Terima kasih sebab berminat nak join kelas Blog saya.

      Maaf sebab buat masa ini takde perancanan untuk kelas Blog lagi.

      Boleh follow Facebook saya & juga blog ini untuk sebarang update terbaru.

      Terima kasih

Comments are closed.