Assalamualaikum dan Salam Ukhuwwah,
Alhamdulillah diberi kelapangan untuk mengemaskini blog FirdausAzizi.my selepas beberapa hari dibiarkan sepi tanpa entri baru. Diuji Allah dengan ditarik seketika nikmat sihat daripada kami anak-beranak.
Entri kali ini saya sekadar nak berkongsi kesyukuran kerana pada聽penghujung tahun lepas, saya telah terpilih sebagai salah seorang reviewer di bawah program Facebook Product Feedback.
Program ini adalah untuk pengiklan terpilih memberikan maklum balas tentang kemaskini terbaru servis pengiklanan di Facebook.
Setakat ini, saya telah memberikan maklum balas untuk tiga kemaskini berikut:
- Objective Base Ads (pemilihan jenis iklan berdasarkan objektif yang hendak dicapai)
- Facebook Offer (mengiklankan promosi di Facebook untuk laman sesawang)
- Facebook Insight (ala-ala Google Analytics untuk Facebook Page)
Ada lagi 3 kemaskini yang bakal dibuat oleh Facebook yang memerlukan saya memberikan maklum balas bebentuk kritikan membina.
Alhamdulillah rezeki saya sebab bagi setiap maklum balas yang saya berikan, Facebook akan hadiahkan kupon pengiklanan sebanyak USD 25. Cukup 6 maklum balas, Facebook akan hadiahkan lagi USD 100. Masyuk juga kan? Hehe…
Insya-Allah saya akan kongsikan dalam entri-entri yang akan datang tentang setiap satu kemaskini Facebook supaya para pembaca yang banyak menggunakan servis pengiklanan di Facebook boleh beroleh manfaat.
P.s. – Anda ada apa-apa persoalan tentang pengiklanan di Facebook? Jemput tinggalkan persoalan anda di ruangan komen yer 馃槈
12 Comments
memang insan terpilih je dapat nie kan… advantage la bro yang dah lama terlibat dalam dunia fb marketing nie..
waaaaahhhh, bro bodek Mark Zukenberg ni ek? hehhehe.. tahniah
Untunglah rezeki dari Facebook
terbaiklah bro mendapat perhatian mereka!
fuhh..banyak juga tu dapat. Leh main iklan la lepas nih.