Terpaksa Guna No WhatsApp Baru Lepas No Lama Kena Ban? Ikut 3 Langkah Ini Untuk Elak Masalah Sama Berulang!

Kalau cerita pasal WhatsApp broadcast, mesti biasa dengar isu kena banned ni, betul?

Sebenarnya kalau nombor anda kena ban, anda memang boleh cuba ‘appeal' untuk dapatkan balik.

Tapi kalau nasib tak berpihak, tak ada harapanlah nak dapat nombor kita balik Kenalah beli nombor baru.

Yang paling penting, pastikan anda bagitau customer yang anda ada perubahan dari nombor lama ke nombor baru.

Kalau tak, mereka boleh ingat anda scammer, mesej anda pulak jadi spam, lepas tu kena report dan ban lagi. Mesti serabut!

Jadi, kami nak kongsi tips dan langkah berjaga-jaga yang anda kena ambil, terutamanya kalau anda guna nombor baru, supaya tak kena ban lagi.

1) Nombor Baru Perlu Warm-Up

Nombor baru tak boleh terus guna buat broadcast.

Jadi, kena warm up untuk selalu terima & hantar mesej dengan customer dalam 1 – 2 minggu dulu untuk matangkan nombor.

Kalau nombor dah matang, baru boleh sedia untuk broadcast.

Mungkin sebelum ni anda pernah buat perkara yang sama dengan menghantar mesej broadcast kepada semua orang dalam database. 

Tetapi selepas kena ban, anda perlu berhati-hati dengan β€˜saiz’ database yang akan menerima broadcast anda.

Kalau anda ada 1,000 orang dalam database, jangan terus menghantar mesej kepada semua sekaligus.

Apa yang anda kena buat ialah bahagikan database kepada bahagian yang lebih kecil, supaya strategi broadcast anda pun akan jadi lebih efektif.

Ada banyak kategori yang kita boleh susun untuk dibuat sebagai database group. Antaranya ialah:

a) Demografik: Merujuk kepada informasi mengenai pelanggan seperti jantina, umur, lokasi tinggal, pekerjaan, dan status mereka. 

b) Produk Dibeli: Memantau corak pembelian dengan lebih terperinci. Sebagai contoh, terdapat kumpulan pelanggan yang sentiasa memilih produk yang hampir sama setiap kali mereka membeli.

c) Kualiti Pembeli: Mengelompokkan pelanggan mengikut empat ciri utama seperti Average Order Value (AOV) dan Lifetime Value (LTV)

Jadi, sebelum hantar broadcast, pastikan kita tahu kumpulan mana yang akan terima mesej kita dan bila kali terakhir mereka membeli.

Itu pasti akan buat broadcast kita lebih berkesan!

2) Gunakan Skrip Softsell, Jangan Hardsell

Selain pecahkan kumpulan database, skrip juga main peranan penting.

Skrip yang anda gunakan, janganlah terlalu berat sebelah dengan menjual secara agresif. 

Jangan terus-terang mengatakan, “Beli hari ini juga!” atau β€œSaya ada jual barang X, beli lah sekarang sebelum terlambat”

Lepas tu kita asyik spam banyak-banyak mesej ajak beli. 

Fuh, cerah peluang nak kena ban kalau buat macam tu

Sebaliknya, ajak mereka engage dengan anda dengan hantar mesej yang bersifat β€˜soft selling’ dulu.

Soft sell sesuai dihantar pada waktu-waktu yang tidak mengganggu pelanggan, seperti tengah hari atau petang selepas jam kerja, contoh seperti:

  • Kongsikan tips & panduan
  • Testimoni produk customer
  • Artikel blog yang relevan
  • Atau, apa sahaja info terkini untuk beri nilai tambah kepada customer

Dengan cara ini, anda membina kepercayaan sebelum ada selitkan mesej bersifat hardsell.

Hardsell biasanya berbentuk tawaran atau promosi istimewa yang terhad pasa masa-masa tertentu.

Contohnya,

β€œHanya hari ini! Dapatkan diskaun 50% untuk pembelian pertama anda!”

Apabila customer merasa selesa berbual dengan anda, ia akan lebih mudah untuk anda mendapatkan jualan. Lagi penting, tak kena report or ban!

Tapi, berapa banyak mesej anda perlu hantar kepada customer supaya tak dianggap β€˜spam’?

Lebih baik hantar mesej dengan sederhana dan berdasarkan keperluan. Elakkan hantar mesej berturut-turut dalam masa yang singkat. 

Secara umum, pastikan untuk tak menganggu customer dengan lebih dari satu atau dua mesej dalam satu hari. 

3) Jangan Paksa Customer, Beri Pilihan

Walaupun broadcast list anda adalah customer sendiri, tapi tak semestinya anda boleh broadcast sesuka hati.

Jadi, nak mudah anda kena bagi pilihan kepada customer.

Setiap kali hantar broadcast, bagi mereka pilihan untuk “opt out” atau unsubscribe jika mereka tak suka terima broadcast dari anda.

Mungkin anda rasa macam sayanglah nanti ramai customer nak β€˜opt-out’

Tapi sebenarnya lebih baik anda fokus kepada customer yang ingin terus bersama dengan anda dari customer terus menyampah, kemudian report anda sebagai β€˜spam’

Sebab ini langkah yang lebih beretika, dan membantu anda jaga hubungan baik dengan pelanggan.

Selain dari 3 Langkah Ini, Ada Lagi Tips Penting!

Ingatlah untuk sentiasa memeriksa undang-undang dan terma penggunaan WhatsApp. 

Jangan lakukan perkara yang melanggar undang-undang atau boleh mengakibatkan ban. 

Selalu update diri dengan perkembangan terkini dan selalu komunikasi terbuka dengan pelanggan.

Ini adalah kunci kejayaan dalam penggunaan WhatsApp sebagai alat pemasaran.

Jadi, itulah tiga langkah mudah yang boleh membantu anda mengelakkan masalah yang sama berulang kena ban dengan WhatsApp. 

Tapi, saya juga nak cadangkan kepada anda untuk guna WhatsApp Automation (Wabot).

Wabot ni boleh dijadikan macam β€˜kawan baik’ anda dalam mengendalikan database dan penghantaran mesej. 

Dengan Wabot, anda akan lagi senang nak buat pecahan database yang besar kepada database yang lebih kecil saiznya, mengikut tujuan broadcast anda.

Wabot juga boleh tolong anda masukkan skrip mesej dan schedule kan hari dan masa siap-siap untuk dihantar pada customer.

Dan lagi menarik, Wabot boleh reply mesej customer secara automatik, samada ikut keyword dan gunakan integration bersama ChatGpt AI

Robot boleh tolong respon chat dalam bahasa Melayu boleh, bahasa Inggeris boleh, bahasa rojak boleh, sebab robot ni sudah dilatih.

Semua komunikasi chat dengan customer pun menjadi smooth dan pantas je.

Jadi, jangan risau kalau nombor WhatsApp anda kena ban seperti dulu.

Dengan Wabot dan langkah-langkah tadi, anda boleh mengelakkan masalah yang sama berulang dan terus expand perniagaan anda dengan lebih efisien.

Belajar sesuatu dari artikel di atas? Jika ya, boleh klik butang di bawah untuk share dengan rakan lain @ tinggalkan sebarang soalan @ cadangan di bawah apa yang anda belajar. πŸ‘‡πŸ»

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hai kawan! Ada terfikir nak broadcast & follow up Whatsapp guna sistem? tapi tak tahu nak cuba yang mana satu? Jom la guna Wabot. “its super easy” – Kata Tn Faris RasulΒ  🌟🌟🌟🌟🌟

Jom Sertai Kelas WhatsApp Broadcast Secara PERCUMA!!

Jom Sertai Kelas WhatsApp Broadcast Secara PERCUMA!!