Cara Buat Split Test Dengan Mudah (Tak Perlu Buat Banyak Adset)

Okay…

Sebelum saya masuk ke point sebenar, saya nak maklumkan artikel ini agak berat dan sesuai dibaca kalau dah biasa buat FB Ads je.

Apa yang saya bakal kongsikan ni lebih kepada cara split test dengan mudah.

Hanya guna fungsi Dynamic Creative di Ads Managers sahaja.

Biasanya, bila buat split test untuk kreatif iklan (copywriting dan gambar/video), kita pelu buat pecahkan beberapa kepada beberapa ads set.

Dan proses ini agak leceh sebab kita kene buat ads secara satu demi satu.

Tapi dengan Dynamic Creative ini, Facebook mudahkan kita untuk split test.

Jimat masa!

Apa yang boleh di split test dengan Dynamic Creative ni ya?

Kita boleh masukkan max 30 komponen dalam:

  • Text : Boleh masukkan 5 post yang berlainan
  • Gambar/ Video: Boleh masukkan 10 gambar atau video
  • Headline: 5 headline serentak
  • Butang CTA: 5 pilihan butang
  • Link Description: 5 option yang berbeza

Mudah kan?

Kita boleh split test banyak-banyak elemen sekali gus.

Cuma, Buat masa ini, ia hanya boleh digunakan untuk 7 objektif ni je:

  1. Brand Awareness
  2. Reach
  3. Traffic
  4. Video View
  5. Conversion
  6. App Install
  7. Lead Generation

Ya, Post Engagement tak ada dalam senarai.

Anda tak boleh split test guna fungsi Dynamic Creative untuk iklan jenis Post Engagement.

Oh ya~! 

Satu perkara lagi, anda hanya boleh digunakan oleh “Auction” bidding sahaja kalau nak guna Dynamic Creative ni.

“Tuan, Macam mana nak buat ya? Saya tak sabar nak tau dah ni”

Okay-okay, baik ini caranya:

  1. Masuk Ads Manager, pilih objektif iklan dan namakan kempen, kemudian klik continue.



  2. Dalam bahagian ads set, klik butang Dynamic Creative.

  3. Masukkan setting audience macam biasa dan klik continue. Nanti akan masuk bahagian ads, ada sikit yang berbeza kalau guna Dynamic Creative.

  4. Format yang anda boleh guna ialah single image, single video dan slideshow. (Sebenarnya, boleh juga gunakan carousel. Saya kongsikan trick nya dibawah nanti)
  5. Dibahagian image/video, upload 10 gambar yang anda nak buat split test.
  6. Masukkan copywriting yang anda nak gunakan.
  7. Uji Headline pada sebelah butang CTA. Anda boleh uji sehingga 5 headline.
  8. Masukkan link description. 
  9. Letak Butang CTA. Paling banyak anda boleh masukkan 5 butang CTA serentak.
  10. View Variation dahulu sebelum confirm
  11. Setelah selesai, klik confirm.

Okay,  ni trick macam mana nak gunakan corousel untuk dynamic creative.

Caranya agak complicated sedikit sebab anda perlu buat ads carousel seperti biasa dahulu kemudian edit semula dalam setting dynamic creative. 

Detailnya seperti dibawah:

  1. Iklan masih sama seperti diatas, Cuma pada awalnya tidak perlu toggle butang Dynamic Creative.
  2. Pilih Carousel seperti biasa dan klik confirm.
  3. Bila dah confirm ads dibuat, pergi ke bahagian ads set dan duplicate ads set itu.
  4. Offkan ads set lama. 
  5. Kali ini edit duplicate ads set baru dan on kan dynamic creative
  6. Pergi ke bahagian ads dan kali ini paparan sedikit berbeza. Lihat gambar dibawah
  7. Anda boleh masukkan 10 set gambar dan semua gambar itu, Facebook akan susun secara random untuk tentukan mana gambar yang paling perform.
  8. Selepas itu, susun text, butang CTA, Headline dan description seperti biasa.
  9. Apabila selesai klik butang confirm.

Bila kita dah run iklan kita, sudah tentu kita nak tau macam mana prestasi ads kita betul? Mana headline yang perform dan tidak

Di ads manager pergi ke bahagian ads set atau ads level

Pergi ke bahagian Breakdown diatas reporting table.

Pilih By dynamic creative asset

  • Pilih pilihan anda sama ada : NoneCombinationImageVideoWebsite URLTextHeadlineDescriptionCall to Action.

Combination akan tunjukkan kombinasi iklan mana yang akan berikan cost per result paling rendah. Contoh kita bid untuk klik. Maka, Facebook akan tunjukkan ads mana yang beri kos per click terendah.

Kan banyak iklan ni, bagaimana pula saya nak lihat semua komen?

  1. Pergi ke bahagian Ads Manager.
  2. Pada ads level, tandakan pada kotak ads mana yang kita pilih.
  • Klik Edit Edit
  • Selepas itu, klik  diatas itu untuk preview ads kita.
  • Di drop menu, dibawah See post, pilih Facebook post with comments.
  • Facebook akan buka post kita dan anda boleh reply/delete/hide segala komen.

Secara umumnya…

Walaupun banyak yang boleh diuji pada masa yang sama, saya rekomen lebihkan kualiti dari kauntiti.

Contohnya, lebih baik anda uji 2 sahaja headline.

Pilih 2 headline yang anda rasa paling power.

Tak perlu test sampai 5-6 headline.

Ini akan memudahkan anda untuk buat analisis.

Bila banyak sangat benda yang  kita uji dalam satu masa, kita sendiri akan overload dan tak tau mana satu winning ads.

Baiklah sampai disini sahaja perkongsian kali ini.

Selamat mencuba fungsi Dynamic Creative.

Jangan lupa, share artikel ni ya? 😉

Belajar sesuatu dari artikel di atas? Jika ya, boleh klik butang di bawah untuk share dengan rakan lain @ tinggalkan sebarang soalan @ cadangan di bawah apa yang anda belajar. 👇🏻

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *