Dua hari lepas (10 April 2014), Facebook telah mengumumkan kemaskini terbaru mereka untuk News Feed yang disasarkan kepada Fanpage yang banyak menggunakan teknik SPAM untuk meningkatkan reach.
Kemaskini terbaru ini merupakan sebahagian daripada usaha Facebook untuk menapis News Feed daripada post-post yang tak berkualiti dan mendapat banyak rungutan daripada pengguna Facebook.
Jom baca apakah 3 jenis post yang bakal disekat daripada keluar di News Feed fans anda.
3 Jenis Post Yang Bakal Disekat Daripada Keluar di News Feed
Daripada info yang dikongsikan oleh Facebook, ada 3 jenis post yang akan terkesan dengan kemaskini terbaru ini. Pendek kata, 3 jenis post ini akan disekat daripada keluar di News Feed fans kepada Fanpage tersebut.
1. Post Yang Mempunyai Arahan “Like, Comment atau Share”
Antara teknik yang digunapakai oleh kebanyakan fanpage untuk mem'viral'kan post adalah dengan meminta supaya fan ataupun orang yang melihat post tersebut untuk “Like atau Share”.
Sejujurnya teknik ini memang berkesan sebab psikologi manusia adalah bertindak mengikut arahan yang diberi.
Walau bagaimanapun, Facebook melihat ini sebagai salah satu teknik untuk memanipulasi News Feed dengan post yang tidak berkualiti dan menyerabutkan pengguna Facebook yang lain.
Dengan kemaskini terbaru ini , fanpage yang masih menggunakan teknik “Like, Comment atau Share” akan menyaksikan reach dan virality post mereka merosot.
Adakah Call To Action Dilarang Sama Sekali?
Tidak.
Sekiranya post tersebut betul-betul untuk mendapatkan pandangan dan diskusi sesama fans, Facebook akan tetap memberikan post tersebut reach yang tinggi.
Hanya Fanpage yang kerap dilihat meminta “Like, Comment atau Share” akan di'denda' oleh Facebook. Kira adil la kan?
Tips: Pastikan post anda di Fanpage mempunyai content yang menarik & berfaedah supaya fans anda akan tertarik dengan sendirinya untuk Like dan Share
2. Menggunakan Content Yang Sama Berulangkali
Ada sesetengah Fanpage yang suka ‘recycle' content yang sama dan juga re-post content daripada sumber-sumber lain yang sudah viral.
Berdasarkan kajian yang dibuat oleh Facebook, post-post sebegini membosankan dan tidak disukai oleh pengguna Facebook.
Oleh itu, update ini yang menyebabkan Page yang menggunakan teknik ini akan diminimakan reach ke News Feed. Baca betul-betul, PAGE yang menggunakan teknik ini, bukan POST.
Excerpt asal berbunyi, “We are improving News Feed to de-emphasize these Pages…”
Baca Juga: 3 Teknik Untuk Memastikan Post Anda Mendapat Reach Yang Tinggi di Facebook
Tak Boleh Langsung Ke Nak Re-Post Content Yang Sama?
Boleh nak re-post content yang sama, tapi pastikan anda olah sedikit supaya ianya tidak 100% sama dengan post anda sebelum ini.
Kalau anda nak re-post gambar atau video produk; cubalah dapatkan gambar yang sedikit berbeza dan gunakan ayat penerangan yang berbeza.
Untuk yang mempunyai blog atau website sendiri, anda boleh teruskan untuk re-share link ke entri di blog anda asalkan ianya adalah content yang original (dihasilkan dan merupakan hak milik anda).
Tips: Pastikan anda meletakkan alamat website anda di ruangan bahagian setting Page supaya Facebook tau itu adalah website anda
3. Post Yang Mempunyai Link ke Website Yang Spam
Pernah tak anda ternampak link ke entri yang menarik dan sensasi (kadang-kadang 18SX), tapi bila anda klik, tiba-tiba anda dipaksa untuk Like dulu sebelum boleh baca?
Itu adalah contoh ‘spammy links' yang akan disekat daripada muncul di News Feed.
Saya sendiri pun menyampah dengan link-link begitu yang digunakan sebagai teknik kotor untuk mengumpul Like bagi sesetengah fanpage.
Lepas dah Like, baca entri tu takdelah best mana pun. Kan? (nampak sangat anda pun pernah terkena!)
Adakah Update Terbaru Ini Akan Menyebabkan Reach Untuk Page Semakin Merosot?
Facebook optimis bahawa kemaskini terbaru ini akan memberikan lebih ruang dan peluang untuk Page yang berkongsi post dengan content berkualiti dan kena dengan target audience untuk Page tersebut.
Adalah terlalu awal untuk kita rasa down and melihat ini sebagai salah satu cara Facebook nak memaksa kita menggunakan Facebook Ads yang dikatakan semakin hari semakin mahal.
Saya sendiri menyambut baik update yang dilakukan oleh Facebook dan berharap lebih banyak post-post yang berkualiti memenuhi News Feed saya.
Apa Pendapat Anda?
Adakah anda merasakan update terbaru untuk News Feed ini akan menyebabkan bisnes anda di Page semakin tertekan?
Kongsikan di ruangan komen.
Sumber Rujukan:
16 Comments
Habislah peniaga-peniaga script. padanlah sekarang ni banyak mat salleh dah bagi give away produk2 viral FB..
Terima kasih, perkongsian yang baik, baru tahu, kalau tidak tahu,
Bagus dia buat macam tuh.. Ada orang amik kesempatan nak boost up dia punya post
Facebook mencontohi google dengan mementingkan kualiti content, hooo mudahnya sekarang ialah menghasilkan content yang bagus macam blog abam firdaus