3 Strategi “Soft Selling” Yang Buatkan Orang Suka Nak Beli Dengan Anda

Cuba bayangkan kita sedang berjalan di shopping mall.

Saya yakin mesti ada di antara kita yang pernah alami situasi di mana tiba-tiba ada seorang salesman menyapa, entah datang dari mana ketika kita berjalan. 

Ataupun dari jauh bila kita lihat ada salesman, cepat-cepat otak kita fikir mana jalan nak lari dan elak jumpa dengan mereka.

Lagi-lagi yang jenis terus sapu produk di tangan, memang terasa nak peleku kepala.

Biasanya ketika ini terjadi, kita tolak saat mereka jual sesuatu bukan? Itulah hard selling dalam dunia realiti atau secara offline.

Sibuk jual atau promote produk tanpa kita ambil tahu siapa target market yang betul dan apakah masalah pelanggan yang kita nak bantu selesaikan. 

Kita sendiri pun tak suka dengan cara hard sell sebegitu, betul? Akan tetapi, begitulah yang kita buat tanpa sedar dalam marketing online.

Terus nak menjual.

PROSPEK KINI MENJADI EDUCATED

Zaman kini, kita perlu faham prospek kita sudah educated, bijak memilih dan selalu buat survey kerana dihimpit dengan lambakan iklan.

Dunia sekeliling dikatakan bingit seperti mana yang dikatakan oleh Michael Hyatt, penulis buku Platform To Get Noticed In A Noisy World.

Jadi, apa yang kita boleh buat supaya orang terasa suka nak membeli produk yang dijual?Dari awal hingga akhir, manusia tetap suka layan, dengar, baca dan tonton cerita yang best.

Sebab itu kita perlukan content dan story yang bertindak sebagai soft selling supaya prospek nampak nilai serta trigger nak dapatkan produk atau servis yang kita tawarkan. 

#1 – Fahami Sasaran Market Yang Tepat

Okay, ingat ini.

Menjual produk bukan semata-mata bergantung pada ayat power gila atau teknik yang umph!

Ianya terletak pada segmen pelanggan yang betul, yang memang tergila-gilakan solusi produk yang dijual dan pilihan perkataan yang tepat untuk tarik perhatian mereka.  

Bila kita dah tahu faham customer behaviour (sikap, kemahuan dan pattern thinking pelanggan), lagi mudah kita dapat pengaruh mereka untuk beli melalui soft selling. 

Mungkin ada yang tertanya-tanya, customer behaviour ni macam mana? Ia lebih kepada umur, lokasi, situasi gaya hidup mereka, bahasa apa yang dipakai, apa yang mereka suka buat, hobi, masalah, rutin, ketakutan dan impian mereka.

Sebagai contoh, saya nak jual DVD dan buku tentang Instagram. Iaitu bagaimana dapat tingkatkan followers dan ubah followers jadi pelanggan di medium Instagram.  

Jadi, segmen pelanggan produk saya adalah wanita yang buat bisnes online, umur 27 hingga 33 tahun, lokasi Selangor, mahu fokus jana duit dengan free marketing di Instagram dan nak belajar namun ada kekangan nak keluar rumah sebab kena jaga anak-anak.

Spesifik kan? Lagi spesifik, lagi mudah kita kuasai soft selling.

#2 – Gunakan Perkataan Berpengaruh

Okay, sebelum saya pergi lebih lanjut mungkin ada juga yang belum tahu dan faham apa itu NLP.

N = Neuro berasal dari perkataan neurology yang bermaksud sistem saraf. 

L = Linguistic yang merujuk kepada bahasa.

P = Programming adalah bagaimana bahasa otak atau saraf berfungsi. 

Dalam erti kata lain, pembelajaran NLP adalah bagaimana kita belajar bahasa minda kita sendiri.

Bagi kes ini iaitu dalam menulis soft selling, NLP digunakan untuk menarik perhatian target pelanggan kita. 

David Ogilvy, seorang pakar Copywriting memperkenalkan 3 perkataan yang berpengaruh dalam menulis ayat iklan iaitu : 

+ Cepat, mudah
+ Sekarang
+ Tawaran istimewa

Antara 10 perkataan lain yang turut sama berpengaruh dan boleh dimasukkan dalam kategori NLP adalah baru, percuma, sebab, jimat atau diskaun, rahsia, inspirasi, membantu, meningkatkan, tiba-tiba dan bestnya (Sumber : Buffer).

Gunakanlah perkataan-perkataan berpengaruh ini dalam content, story dan copywriting kita.

#3 – Formula BAB

BAB ini adalah Before > After > Bridge.

Ini antara formula ringkas top soft selling yang saya suka pakai. 

Simple setup yang cetuskan high respons dalam kalangan audience. 

Teknik yang dipinjam daripada Kevan Lee, content marketer Buffer Blog. 

Before : Nyatakan situasi, harapan atau impian target pelanggan
After : Beritahu hasil yang akan diperoleh
Bridge : Terangkan cara untuk dapatkan hasil.

Nak lebih jelas, begini saya tunjukkan contohnya:

KESIMPULAN

Harapnya, artikel ini mudahkan anda kuasai soft selling dan dapat boostkan sales bisnes online anda.

Selamat mencuba!

Nak Tahu Cara Kuasai Soft Selling untuk Boostkan Sales Bisnes Anda?


Panduan Terbaru Video Retargeting Mastery: Lengkap dengan 24x Video, LIVE, E- Workbook, dll

*** Rebut Promo Launching Sepanjang Bulan Disember 2021

Adakah anda sedang alami masalah di bawah:

# ROAS iklan masih rendah
# kos per jualan mahal
# iklan tak stabil bila naikkan bajet.

Kemungkinan besar anda belum buat iklan retargeting yang berbaloi & menguntungkan.

Sebelum ini kita ada buat bootcamp LIVE, cuma kita perasan tak ramai yang boleh konsisten duduk 2-3 jam bertalaqi. Jadi, kali ini kita rakam siap-siap.

Belajar sesuatu dari artikel di atas? Jika ya, boleh klik butang di bawah untuk share dengan rakan lain @ tinggalkan sebarang soalan @ cadangan di bawah apa yang anda belajar. 👇🏻

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *