Tahun 2017 sudah berlalu, kini tibalah masanya untuk kita bersama-sama membuka lembaran buku baru untuk tahun 2018.
Pastinya menjadi keinginan setiap peniaga online untuk membawa kejayaan dalam bisnes masing-masing tetapi masih ramai yang belum pasti kemana halatuju yang mereka bakal bawa pada tahun 2018 ini.
Untuk itu , di dalam artikel ini saya inginkan kongsikan 5 cara bagaimana anda boleh menetapkan matlamat anda supaya ianya dapat dicapai pada tahun 2018 ini.
#1. Spesifik
Apa yang dimaksudkan dengan spesifik?
Spesifik bermaksud sesuatu yang unik dan belawanan dengan umum.
Disebabkan itu matlamat yang spesifik akan memperincikan kemana anda ingin pergi.
Contoh matlamat yang Umum :
“Saya ingin pastikan jualan saya pada tahun 2018 lebih tinggi dari 2017”
“Matlamat bisnes tahun 2018 untuk mendapatkan keuntungan yang tinggi”
“Tahun 2018 ini saya ingin mencari lebih ramai Ejen Dropshipper untuk meningkatkan jualan”
Ini adalah contoh-contoh matlamat yang tidak spesifik. Anda perlu letakkan matlamat yang lebih spesifik seperti apa yang ingin dijual? Kepada siapa ianya akan dijual? Dan dimana ianya akan dijual?
Contoh matlamat yang spesifik :
“Saya ingin mencapai jualan serum rambut ini sebanyak 1000 unit sebulan menggunakan medium Facebook Ads”
“Raya 2018 kali ini aku nak pastikan jualan baju kurung khas untuk ibu mengandung ini berjaya terjual sebanyak 15000 unit dengan tanpa bantuan ejen”
Nampak perbezaaan antara matlamat yang umum dan matlamat yang spesifik?
#2. Boleh diukur
Apabila kita membuat sesuatu matlamat , perkara penting yang perlu kita pastikan adalah adakah ianya boleh diukur?
Boleh diukur disini bukan hanya merujuk kepada bilangan yang perlu dicapai , tetapi ianya bermaksud sesuatu bilangan yang boleh diukur secara objektif.
Contohnya :
“Matlamat saya untuk memastikan lebih 35% dari penduduk malaysia ini sedar akan kewujudan produk saya”
dalam matlamat di atas ianya masih lagi bersifat subjektif. Lebih 35% dari penduduk Malaysia masih lagi perkara yang sukar untuk dikira dan diukur.
“Matlamat saya untuk pastikan 50% daripada penduduk di Kuala Lumpur (1.58 Juta), dapat melihat iklan saya di Facebook setiap bulan”
Dalam matlamat di atas ini kita akan tahu聽 jika bilangan capaian (Reach) yang dicapai di dalam facebook > 500,000 ribu pengguna maka matlamat tersebut telah tercapai.
#3. Boleh dicapai
Dalam penetapan matlamat, pastikan ianya boleh dicapai dan berada pada kemampuan diri kita.
Cara yang paling mudah adalah dengan melihat data-data sebelum ini untuk menetapkan matlamat yang boleh dicapai.
Katakan pada akhir tahun 2017 anda melakukan YES (Year End Sales) dan jualannya adalah sebanyak RM 100,000 ribu.
Jadi penetapan matlamat yang anda聽 mampu ialah dengan meningkatkan jualan kepada RM 150,000 untuk YES bagi tahun 2018.
Ini adalah sangat penting kerana聽 jika matlamat adalah diluar kemampuan anda ,mungkin anda akan merasa kecewa apabila ia tidak dapat dicapai. Hanya anda yang tahu kemampuan sebenar diri anda.
#4. Relevan
Matlamat yang praktikal untuk pembangunan sesebuah bisnes adalah matlamat yang relevan.
Relevan bermaksud adakah sesuatu matlamat itu menyokong salah satu matamat utama yang ada untuk mencapai objektif.
Contohnya 2018 anda telah menetapkan matlamat untuk meningkatkan jualan, kemudian salah satu dari cara untuk mencapai matlat tersebut adalah dengan mempelajari Facebook Ads ataupun mendapatkan bantuan Konsultasi dari team kami bagaimana cara untuk menetapkan halatuju bisnes online anda.
Jadi matlamat yang anda tetapkan adalah relevan dan ada kesinambungan antara satu sama lain.
#5. Ada Masa ditetapkan.
Pastikan matlamat anda ada masa yang ditetapkan.
Ianya boleh jadi dibahagikan secara mingguan, bulanan ataupun tahunan.
Belajar Sesuatu daripada Artikel ini? Kongsikan dengan rakan-rakan anda.