Betul Ke Tak Boleh Letak Link Dalam Ayat Iklan Sebab Nanti Reach Jadi Rendah?

Boleh Ke Letak Link Dalam Iklan di Facebook

Saya tak pasti kenapa…

Tapi ramai betul yang tanya soalan yang sama sejak minggu lepas.

“Betul Ke Reach Akan Jadi Slow Kalau Letak Link Dalam Ayat Iklan?”

Jadi saya nak cuba jawab persoalan tersebut di sini secara telus.

Sebelum tu ada sedikit disclaimer…

Kebanyakan jawapan-jawapan ini adalah berdasarkan pengamatan serta pengalaman saya dan #TeamFAMES menguruskan 12 akaun iklan client ketika ini.

Disebabkan setiap akaun iklan dan Page adalah berbeza, ada kemungkinan yang jawapan saya ini tersasar.

Untuk membincangkan tentang perkara ini, saya akan pecahkan kepada beberapa kes.

  1. Link dalam Post di Facebook Personal
  2. Link dalam Post di Page (yang tak dibuat iklan)
  3. Link dalam Post Iklan

Jemput teruskan membaca untuk faham macam mana kesan ‘link' untuk ketiga-tiga kes di atas.

1. Link Dalam Post di Facebook Personal

Untuk Facebook Personal, sebenarnya agak susah untuk anggarkan berapa “Reach” untuk setiap post sebab Facebook hanya provide data tersebut untuk Page.

Tapi ini apa yang saya perhatikan daripada Facebook Personal saya sendiri;

Kalau status ditulis menggunakan ‘Text Only' dan diletakkan link dalam post tersebut, saya tak nampak sebarang perbezaan yang ketara dari segi ‘Engagement' berbanding status “text only” tanpa link atau status bergambar / bervideo.

Engagement lebih kurang sama dan ia tetap dipengaruhi oleh kualiti posting.

Tapi…

Kalau saya Share link dengan memaparkan link preview seperti di bawah…

Biasanya ‘Engagement' akan berkurang tapi jumlah ‘Link Click' jauh lebih tinggi berbanding letak link tanpa preview.

Jadi kesimpulan yang saya buat dan saya praktiskan;

  1. Kalau nak banyak ‘Engagement' aka Like, Comment dan Share; takde masalah untuk letak link dalam post tersebut (tak kisahlah jenis ‘Text Only', bergambar ataupun bervideo).
  2. Kalau nak ramai orang klik link kita, lebih baik Share link sambil memaparkan link preview seperti yang di atas tu.

Sebab itu saya biasa menggabungkan kedua-dua jenis post di atas; ada yang untuk dapatkan ‘Engagement' dan ada yang untuk tarik ke website (boleh ‘tangkap' masuk Website Custom Audience untuk Retargeting).

2. Link Dalam Post di Page (Tanpa Iklan)

Untuk Page pula, memang Facebook pernah bagitau secara jelas bahawa Facebook akan utamakan post yang Share link dengan preview (sebab itu adalah cara yang betul).

Kalau letak link dalam post jenis “Text Only”, bergambar atau bervideo, ada kemungkinan Reach akan direndahkan.

Boleh baca artikel yang saya pernah tulis sebelum ini yang bertajuk “Dari Facebook – Kurangkan Text Update, Banyakkan Share Link“.

Ada lagi 3 artikel berkaitan dengan Reach di Page yang saya syorkan untuk anda baca juga iaitu:

  1. Amaran Dari Facebook – Jangan Minta Fans ‘Like, Comment & Share’
  2. Lima Cara Untuk Tingkat Reach Post Anda Di Facebook
  3. Cara Pastikan Post Anda Selalu Keluar Di News Feed Facebook

Cuma, ada juga masa yang Reach untuk post dengan link boleh jadi tinggi.

Ini biasanya kalau post tersebut memang berkualiti dan kena dengan minat fans anda.

Contohnya seperti post di bawah ini (post bergambar dan ada link).

Jadi…

Cara yang terbaik untuk lihat kesan link pada ‘Organic Reach' adalah dengan membuat ujikaji di Page anda sendiri.

3. Link Dalam Post Yang Dijadikan Iklan

Rasanya ini yang paling ramai nak tau sebenarnya kan?

“Ada tak kesan bila letak link dalam ayat iklan dari segi kos dan juga Reach?”

Kenapa ramai tanya?

Mestilah sebab sekarang hampir semua iklan akan ada link ke website ataupun link terus ke Whatsapp.

Kan?

Sebenarnya takde masalah pun untuk letak link dalam ayat iklan; tak kisah lah link ke website ataupun Whatsapp.

Benda ini saya sendiri dah sahkan dengan Facebook beberapa bulan lepas (rujuk screenshot daripada salah satu emel balas yang saya terima daripada Facebook).

Link Dibenarkan Dalam Iklan FB Ads

Cuma…

Sejak Facebook mula memperkenalkan Low Quality Ads Policy pada bulan Oktober 2018, ada beberapa pantang larang yang perlu dipatuhi.

Salah satu daripada polisi tersebut ialah tidak boleh ada unsur “Engagement Bait” dalam ayat iklan atau gambar yang digunakan.

Antara “Engagement Bait” yang dilarang adalah:

  1. Tak boleh minta prospek Like, Comment atau Share
  2. Tak boleh bagi insentif atau hadiah untuk prospek bertindak

Link dalam ayat iklan akan terkesan dengan point #2 di atas; insentif untuk bertindak.

Kalau nak letak link sebagai “Call to Action” aka CTA, pastikan anda tak beri sebarang insentif untuk orang klik link tersebut.

Contoh CTA yang tidak dibenarkan:

“Nak dapatkan harga diskaun? Klik link…”

“Nak free gift? Klik link…”

“Nak kami tanggung kos penghantaran dan bagi hadiah istimewa? Klik link…”

Semua CTA di atas tidak boleh digunakan sebab ia seakan-akan “memancing” prospek dengan insentif (free gift, diskaun, etc.) tersebut.

Yang dibolehkan hanyalah CTA yang simple seperti:

“Berminat nak order? Klik link…”

“Nak dapatkan Produk XYZ hari ini? Klik link…”

“Klik link ____ untuk order sekarang…”

Jadi berbalik pada persoalan asal artikel ini.

Boleh ke letak link dalam ayat iklan?

Jawapan ringkas; boleh!

Jawapan panjang; boleh, dengan syarat tidak memberikan sebarang insentif untuk prospek yang klik link tersebut.

Info Tambahan Tentang Low Quality Ads @ Poor Ads Experiance

Biasanya kalau iklan anda dijatuhkan hukuman “Low Quality”, anda akan mendapat notifikasi daripada Facebook seperti dalam gambar di bawah.

Poor Ad Experiance Notification Dalam Ads Manager Desktop

Screenshot dari tab “Ad” dalam Ads Manager (rujuk column “Delivery”)

Low Quality Ads Notification dalam Ads Manager Mobile

Screenshot notifikasi dari Ads Manager Mobile

InsyaAllah saya akan ceritakan lebih lanjut tentang “Low Quality Ads” dalam artikel yang lain sebab ianya topik lain yang memerlukan penerangan lebih panjang dan terperinchi.

Cukuplah sekadar saya nyatakan dulu 3 bahaya kalau iklan anda jatuh kategori “Low Quality” atau “Poor Experiance” ini.

  1. Reach untuk iklan tersebut akan dikurangkan (atau dengan bahasa lain, kos iklan akan jadi mahal)
  2. Reach untuk iklan-iklan lain dalam Ad Account yang sama akan dikurangkan (kiranya semua iklan lain yang patuh polisi akan dikenakan penalti juga)
  3. Kalau masih berterusan run dan buat iklan yang “Low Quality”, akaun anda akan disekat aka “Flag”.

Nampak tak betapa bahayanya kalau anda ter-buat iklan yang “Poor Experiance” ini?

Nantikan artikel saya tentang topik tersebut untuk tahu bagaimana cara mengelakkan iklan daripada dijatuhkan hukuman-hukuman di atas.

Adakah Soalan Anda Sudah Terjawab?

Kalau soalan anda sudah terjawab dan anda belajar sesuatu dari artikel ini, mohon tolong bantu saya dengan menekan butang “Share” di bawah.

Semoga dengan bantuan anda, lebih ramai usahawan terselamat daripada melakukan kesilapan di atas (link dengan insentif untuk bertindak).

Belajar sesuatu dari artikel di atas? Jika ya, boleh klik butang di bawah untuk share dengan rakan lain @ tinggalkan sebarang soalan @ cadangan di bawah apa yang anda belajar. 👇🏻

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *