Orang kata headline main peranan 80% dalam sesebuah ayat iklan.
Itu bermakna, headline adalah part paling penting dalam copywriting iklan anda.
Headline inilah yang akan “tarik perhatian” audience untuk baca post kita.
Dan jika anda gagal hasilkan ayat iklan yang boleh “curi pandangan” audience, maka gagallah keseluruhan ayat iklan anda.
Headline yang bagus adalah headline yang diselit emosi di dalamnya.
Dan hari ini saya akan ajar 7 jenis headline beremosi beserta contoh.
Selepas anda baca artikel ini, anda boleh tarik lebih banyak audience singgah post anda.
Jenis Headline #1- Takut
Headline yang beremosi takut mampu “menyeramkan” audience anda sehinggakan mereka rasa tak sanggup kalau masalah/ risiko yang tak diingini berlaku.
Apabila mereka tak sanggup, takut, akhirnya mereka akan buat sesuatu untuk cari jalan menyelesaikan masalah mereka.
Sebagai contoh:
Produk: pelangsingan badan
Target audience & masalah: wanita bekerja yang sudah mempunyai pasangan/tunang, dalam perancangan mendirikan rumah tangga.
Contoh ketakutan yang dialami: takut pasangan akan tinggalkan mereka, tak jadi kahwin, takut baju kahwin tak muat, susah jumpa baju kahwin yang sesuai.
Headline:
“Tunang lari sebulan sebelum kahwin”
“Jangan sampai baju kahwin tak muat final fitting nanti!”
Jenis Headline #2- Marah
Anda mungkin pelik kenapa perlu buat headline marah, efektif ke?
70% daripada headline yang paling banyak engagement dan sales yang saya pernah hasilkan, mempunyai elemen emosi marah.
Apabila seseorang “marah” atau “dimarah”, tendency untuk seseorang itu mendapatkan solusi yang cepat itu tinggi.
Mereka akan sanggup melaburkan duit mereka beli produk/ servis anda dalam masa yang lebih singkat.
Contoh produk: Ebook Pengurusan Kewangan Bisnes
Target Audience: Owner bisnes yang dah lebih 3 tahun berbisnes tapi masih takda saving, sales cukup makan.
Headline:
“Baik tutup je bisnes kau ni”
“Dah bertahun-tahun bisnes tapi buat loan beli rumah pun tak lepas”.
Jenis Headline #3- Sedih
Sedih adalah satu emosi yang mampu membuatkan mood seseorang terganggu.
Headline sedih mampu membuatkan audience yang baca rasa mereka mengalami kesedihan yang sama.
Contoh produk: Roll on minyak angin untuk sakit sendi
Target market & masalah:
Warga tua, ibu bapa yang berumur 45 tahun ke atas, yang mengalami masalah sendi seperti sakit lutut dan sakit pinggang.
Headline:
“Mak malulah kena solat duduk”
“Ibu dah kembali solat seperti dulu”
Jenis Headline #4- FOMO (Fear of Missing Out)
Ada pelanggan yang akan rasa takut kehilangan atau takut tak sempat nak grab produk/servis anda.
Ada dua element yang boleh anda gunakan untuk kacau emosi FOMO ni.
So saya akan pecahkan dua contoh headline mengikut elemen ini.
Yang pertama adalah “scarcity”.
Scarcity ni bermaksud kekurangan, ataupun terhad.
Contoh:
Elemen scarcity: 50 orang pertama
Headline: [Terhad kepada 50 orang pertama saja] Beli satu Serum Diamond Glow PERCUMA satu cleanser Clay Clear yang bernilai RM 49!!
Kedua, elemen yang boleh digunakan adalah “urgency”, yang bermaksud kecemasan.
Macam mana nak bagi customer “cemas” nak cepat beli dan grab promo anda?
Lihat contoh di bawah:
Elemen urgency: promo hanya dibuka 48 jam
Headline:“Promo Haji Jubah Maya; diskaun 50%, promo hanya dibuka hanya 48 jam jer uols! Siapa cepat dia dapat!
Jenis Headline #5- Selamat dan Boleh Dipercayai
Untuk keluarkan duit beli produk/servis anda, terdapat customer yang perlukan “jaminan” sebelum membeli.
Di antara elemen biasa yang digunakan untuk buat klien rasa selamat dan percaya pada anda adalah, moneyback guaranteed, 30 hari return, lulus KKM dan banyak lagi.
Contoh Headline:
“Dapatkan ebook 100 resepi kuih traditional gerenti jadi hanya pada RM 50.”
Jenis Headline #6- Persaingan
Ada customer, mereka tak boleh “dicabar”. Mereka akan rasa tak tenang kalau mereka tak dapat grab promo anda.
Sebagai contoh headline boleh buat customer mudah rasa “tercabar”:
“Percuma goodies bernilai RM50 kepada 100 orang pertama yang datang ke Grand Launching Vendor Mia Vaniela esok”
Jenis Headline #7- Kepuasan segera
Yang terakhir, headline untuk customer yang nak cepat, nak immediate satisfaction.
Sebagai contoh elemen digunakan untuk headline jenis ini adalah perkataan “ready stock”, “Pos Hari Yang Sama”.
Contoh headline:
“100 kombo kek Coklat Berhantu ready stock dan dihantar terus ke depan pintu rumah anda!”
Itulah tujuh jenis emosi yang boleh anda guna pakai mengikut kesesuaian promosi yang anda jalankan.
Masih rasa susah nak hasilkan headline beremosi?
Jangan sedih kalau cuba anda tak dapat feedback dari pelanggan seperti apa yang anda harapkan.
Nak buat ayat iklan ni kena banyak praktis.
Dan kalau boleh kalau buat ayat iklan, sediakan 3-4 headline extra.
Supaya bila headline 1 tak jadi, anda ganti tukar headline yang lain.
Nak belajar tulis ayat iklan dengan lebih details secara one-to-one?
Team Fames sedia untuk semak, revise dan bantu betulkan ayat iklan anda.