Ayat Iklan Panjang Atau Pendek Lebih Berkesan?

“Tuan, ayat iklan yang panjang atau pendek lebih bagus?”

Ini antara soalan yang saya selalu dapat tentang ayat iklan.

Soalan yang bagus. Anda rasa ayat iklan panjang atau pendek lebih berkesan?

Stop! Jangan teruskan lagi pembacaan anda. Cuba jawab soalan tu dalam hati dulu.

Simpan jawapan tu dalam hati, nanti lepas dah baca artikel yang saya tulis ni, anda fikir semula adakah anggapan anda selama ini adalah benar atau pun tidak.

Sebelum tu…

Brian Clark (pengasas Copyblogger) ada terangkan tentang teori tahap kesedaran prospek yang dikemukakan oleh Eugene Schwartz (Seorang Copywriter lagenda)… Ada 5 jenis tahap kesedaran pada prospek:

  • Sangat Sedar: Prospek jenis  ini dah tahu tentang dan memang sangat berminat dengan produk anda. Anda hanya perlu beri mereka tawaran yang meleleh untuk buatkan mereka membeli.
  • Sedar dengan Produk: Prospek jenis ini tahu dan kenal dengan produk yang anda tawarkan. Tapi tak pasti samada mereka nak atau tak dengan produk anda.
  • Sedar dengan Penyelesaian: Prospek jenis ini pula tahu apa yang ‘result'/'outcome' yang mereka nak, tapi tak tau apa produk yang mereka perlukan.
  • Sedar dengan Masalah: Prospek jenis ini sedar mereka ada masalah, tapi tak tau apa penyelesaian bagi masalah mereka.
  • Tiada Kesedaran: Langsung tak tau apa-apa tentang produk, masalah atau penyelesaian.

Anda dah mula pening?

Sabar, ni saya terangkan lebih lanjut.

Saya bagi satu contoh:

Ada 3 orang prospek Ali, Abu dan Ahmad. Ketiga-tiga ada masalah kulit terlalu putih.

Ali dah tahu yang dia perlukan produk KuHitam untuk dapatkan kulit yang sedikit hitam.

Abu pula tahu dia ada masalah kulit terlalu putih, dia nakkan penyelesaian untuk dapatkan kulit yang hitam.

Ahmad ni pula?

Hmmm…

Dia tau dia ada masalah kulit yang terlalu putih. Tapi dia langsung tak tahu yang masalah dia ni, ada produk yang boleh selesaikan.

Jadi, Ali adalah prospek dalam kategori yang Sangat Sedar.

Iklan untuk Ali ni simple je.

“Nak Dapatkan Produk KuHitam?

Sekarang ada promosi beli 1 percuma 3. Whatsapp sekarang untuk dapatkan promosi ini”

Abu pula adalah prospek dalam kategori Sedar dengan Penyelesaian.  Ni mungkin iklan yang sesuai untuk Abu.

“Anda mahukan kulit yang Hitam Legam?

Kalau macam tu, produk KuHitam ni sesuai untuk anda. 

Produk KuHitam ada Ekstrak ABC yang dapat membantu merangsang hormon yang boleh meninggkatkan kadar kehitaman kulit anda dengan mudah…”

Iklan untuk Abu ni kena panjang sikit sebab dia tahu apa ‘outcome'  yang dia nak, tapi dia tak tau apa produk yang dia perlukan.

Jadi, ayat iklan perlu lebih detail supaya dapat yakinkan Abu.

Iklan untuk Ahmad pula macam mana?

Sudah tentu ayat iklan untuk prospek yang macam Ahmad ni lebih panjang lagi. 

Kenapa? 

Sebab dia tahu dia ada masalah tapi dia sendiri pun tak tau apa ‘outcome' yang dia nak.

Jadi, Ayat Iklan Kena Panjang Ke Pendek?

Jawapan pada soalan ni, anda kena tahu siapa pelanggan anda dan apakah tahap kesedaran mereka?

Satu lagi, anda juga kena sedar setakat mana Populariti produk anda ni dalam pasaran?

Kalau produk baru je keluar dari kilang Isnin lepas, anda kena faham-faham la, iklan jenis macam mana yang lebih sesuai kan?

Saya menjawab soalan? Kalau masih belum, tinggalkan soalan anda pada ruang comment.

Nak Belajar Lebih Lanjut Tentang Teknik Penulisan Yang Padu & Berkesan?

Anda boleh dapatkan panduan Mazhab Copywriting Junior 3.0 yang dihasilkan oleh team saya, Tuan Faris Osman.

Klik jer gambar di bawah untuk info lanjut.

Belajar sesuatu dari artikel di atas? Jika ya, boleh klik butang di bawah untuk share dengan rakan lain @ tinggalkan sebarang soalan @ cadangan di bawah apa yang anda belajar. 👇🏻

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *