Pernah tak anda terfikir…
Apa yang membuatkan satu iklan tu perform dan menjadi?
Adakah sebab…
- Bajet besar untuk spend iklan?
- Guna video yang gempak?
- Ada free gift banyak yang best-best?
- Ada potongan harga “kaw kaw” sampai pelanggan tak sanggup nak lepas?
Tak dinafikan, perkara di atas boleh menjadi faktor iklan anda untuk perform lebih baik dan capai ROI yang anda mahukan.
Tapi, apa yang saya nak kongsikan hari ni adalah 3 perkara asas dalam sesebuah iklan yang mungkin anda terlepas pandang.
Berdasarkan pengalaman kami menguruskan iklan untuk client dari pelbagai niche, ada 3 kunci utama untuk menghasilkan klan yang insyaAllah berkesan.
Saya kongsikan lebih detail untuk setiap satu kunci tersebut di bawah.
Kunci #1 – Research
Mahu atau tidak anda kena buat kajian sebelum nak mula menulis ayat iklan atau menyediakan bahan iklan.
Pentingnya buat research dulu adalah supaya anda tidak “syok sendiri” tulis ayat iklan.
Yang penting, kita kena tulis “apa yang pelanggan nak tahu”, barulah tinggi engagement iklan.
Okay, ada dua jenis kajian yang saya buat sebelum mula buat ayat iklan.
1. Kajian Pelanggan
Okay saya mulakan dengan kajian pelanggan.
Semasa buat kajian pelanggan, pastikan ada dapat 5 maklumat penting yang saya listkan di bawah:
- Anda nak jual dekat siapa?
Siapa pelanggan anda?
Kenalpasti secara spesifik siapa pelanggan supaya iklan anda nanti sasar kepada orang yang lebih tepat.
- Bagaimana Kriteria mereka
Kriteria apa yang kita kena lihat lagi pada target customer kita?
Contoh:
- Bakal pelanggan anda kerja apa?
- Pendapatan bulanan mereka berapa?
- Mereka ada guna brand competitor anda yang mana?
- Dah berkahwin ke belum? Dan banyak lagi..
- Apa Masalah Utama Mereka?
Selepas kita dah tahu siapa dan apa kriteria target customer, kita perlu tahu apakah masalah yang dialami oleh bakal pelanggan kita.
Tunjuk dan yakinkan audien bagaimana produk/servis anda memenuhi dan menyelesaikan masalah mereka.
Sebagai contoh anda jual blouse ironless BF Friendly…
Keluarkan apakah masalah yang dihadapi oleh ibu yang ada anak kecil, seperti selalu tak sempat iron baju sebab siapkan anak nak hantar pengasuh dan banyak lagi.
Lagi banyak masalah anda boleh senaraikan lagi bagus dan lagi mencurah-curah idea nak tulis ayat iklan nanti selepas kita tahu apa yang pelanggan nak dari masalah yang mereka lalui.
- Apa Yang Mereka Inginkan?
Setiap pelanggan pasti ingin ubah hidup mereka menjadi lebih baik sebelum beli servis atau produk anda.
Daripada masalah yang anda senaraikan di atas tadi, isikan solusi untuk setiap masalah tersebut.
Contoh untuk Blouse Ironless BF Friendly tadi:
“Dengan material monocrepe uols tak perlu risau nak iron baju lagi. Sarung je terus siap, anak meragam pun takda masalah, 100% tak perlu iron”
- Apa Yang Pelanggan Dah Cuba Untuk Selesaikan Masalah Mereka?
Kita perlu ingat, produk atau servis kita bukanlah “yang pertama” penah dicuba oleh pelanggan.
So, jika mereka pernah guna produk atau servis lain, anda perlu cuba “korek rahsia”.
Siapakah pesaing anda?
Kenapa pelanggan baru anda masih mencari produk atau servis lain?
Cari jawapan kepada persoalan ini untuk setiap servis atau produk anda supaya nanti bila prospek tanya kita dah ready.
Prospek akan lebih percaya bila seller tahu details info produk yang dijual.
Kalau tanya itu ini tak boleh jawab, prospek pun fikir 10 kali sebelum beli mcm tu.
Tujuan kajian pelanggan ni dibuat sebab kita nak tahu apa yang audien fikirkan.
Bila dah tahu senanglah nak ‘convince’ pelanggan untuk buat tindakan.
Kalau boleh…
Biar bila prospek baca ayat iklan kita, mereka rasa kita memang tuju khas iklan kita kepada mereka!
2. Kajian Produk
Selepas kita dah kenal pelanggan, barulah kita buat kajian untuk produk kita.
3 perkara yang keluarkan dalam kajian produk :
- Produk Ini Untuk Apa & Selesaikan Masalah Apa?
Sebagai contoh:
Produk untuk kuruskan badan, bantu pelanggan menyelesaikan masalah dengan mengurangkan selera makan untuk mendapat berat badan yang lebih ideal.
- Apa Keunikan & Keistimewaan Produk Anda?
Unique Selling Proposition (USP) atau keunikan produk anda boleh menjadi sebab kenapa customer decide untuk beli produk anda.
Jika produk anda sama je macam pesaing, sorry to say, memang susah nak menang hati pelanggan.
Sebagai contoh USP yang anda boleh jadi tarikan adalah dari segi:
- Offer
- Harga
- Servis khidmat pelanggan
- Polisi pembelian dan banyak lagi.
- Apa Kesan Ketara Yang Pelanggan Akan Dapat Lepas Guna Produk Anda
Setiap pelanggan yang membeli pasti meletakkan sesuatu harapan pada bisnes anda.
Jual harapan dan keinginan mereka selepas menggunakan produk atau servis anda.
Jika anda rasa susah je nak dapat info-info ni, janganlah diam sorang-sorang.
Tanya mereka yang lebih tahu, lebih berpengalaman untuk bantu anda.
Ataupun anda boleh tanya juga pembeli-pembeli anda sebelum ini, apa perubahan ketara yang mereka rasa dan suka sangat.
Insyaallah, anda lebih yakin nak menjual nanti.
Kunci #2 – Bahan Visual Iklan
Selepas buat kajian produk dan pelanggan, elemen seterusnya yang saya akan tekankan kepada klien adalah, bahan visual iklan.
Bahan visual ni merujuk pada gambar ataupun video.
Saya akan pastikan setiap gambar dan video yang diberi bersesuaian dengan kempen yang nak dijalankan.
Jangan pandang remeh dengan bahan marketing seperti gambar dan video.
Setakat buat posting, letak gambar seketul, lepastu ulang pakai gambar sama, siapa nak singgah baca iklan anda?
Ramai yang lupa…
Video dan gambar boleh membuatkan audien lagi percaya dengan produk atau servis kita.
Jadilah buatlah design gambar atau video yang cantik, barulah bakal pelanggan nak tertarik untuk tengok.
Kalau tak tahu nak design gambar, upah bayar designer atau hire mereka terus jadi team anda.
Ataupun kalau nak lagi jimat dan mudah, anda boleh hasilkan poster promo secara percuma menggunakan laman web seperti Canva.
Dah la percuma, kalau anda takda idea sangat boleh je gunakan template yang ada, tinggal edit je.
Anda boleh juga tengok iklan pesaing, gambar dan video macam mana yang mereka guna dan cari idea dari mereka.
Lepastu kalau ada design yang anda berkenan, bagi pada designer sebagai contoh.
Baru mudah kerja designer, tak perlu nak edit banyak kali sebab tak faham apa yang kita nak.
Kan mudah gitu?
Oh, sebelum terlupa, jangan curi design pesaing sudah yer!
Dan lagi satu…
Untuk gambar poster promo, thumbnail video, pastikan tulisan tak terlalu banyak sebab ianya akan memberi kesan pada kos iklan.
Ada juga kemungkinan iklan akan disapprove atau jadi run terlalu slow.
Anda boleh semak gambar-gambar yang anda nak guna dalam link ini.
Akan ada 3 result yang akan dikeluarkan daripada text overlay ni:
- Okay: Ini bermaksud gambar yang diupload selamat digunakan untuk run iklan.
- Medium: Berkemungkinan performance iklan akan terganggu, mungkin anda boleh adjustkan text pada poster samada kurangkan text atau kecilkan size text.
- High: Bahaya! Jangan proceed gambar yang resultnya “high”.
Nanti kalau iklan tak approve, bukan kempen anda je lari, possibilities akaun kena flagged pun tak mustahil!
Next, kita discuss bagaimana nak susun offer yang buat audience “terliur” tak sanggup terlepas promo anda.
#3 Brainstorm Offer
Kalau gambar dah ayat iklan dah power, tapi offer sendu pun tak function jugak.
Nak pastikan pelanggan berebut-rebut nak beli produk anda? Offer kena power.
Macam mana offer yang power tu?
- Offer yang pelanggan tak boleh nak tolak.
- Offer yang pelangggan sampai rasa apa yang dia dapat, lebih dari apa yang dia bayar.
- Offer yang pesaing tak buat, tapi anda buat.
Sebagai panduan untuk offer, anda boleh tengok offer anda sekarang, ada tak ciri-ciri macam kat bawah ni:
- Memenuhi keinginan pelanggan
- Nilai offer lebih tinggi berbanding harga
- Boleh buang keraguan dia
- Boleh hapuskan kerisauan dia
- Boleh buatkan dia rasa untung, kita rugi
- Buatkan mereka tak fikir panjang nak dapatkan
Sebagai contoh, saya tak nafikan Air Asia sentiasa mendapat sambutan setiap kali offer tiket penerbangan murah yang mereka buat.
Jika anda boleh brainstorm offer yang macam ini, insyaallah tiada isu pelanggan asyik bertangguh buat pembelian.
Semoga dengan perkongsian saya kali ini, anda dapat hasilkan iklan yang lebih perform dan capai setiap target yang anda sasarkan.
Nak Kami Bantu Secara Personal Bagi Cadangan Offer Produk Anda?
Jom luangkan masa 1 jam anda secara personal bersama TEAM FAMES. Kami akan review iklan anda , kenalpasti puncanya dan terus kongsikan secara praktikal.
Ini antara topiknya:
✅ Copywriting
✅ Teknikal Facebook Ads
✅ Closing di website dan Whatsapp
Jangan risau, anda buntu kami bantu
Klik jer butang di bawah untuk info lanjut :