Cara Dapatkan Nombor Telefon Prospek Dengan Mudah

Beberapa hari lepas, ada perbincangan menarik dalam salah satu support group saya.

Seorang student saya yang jual produk kesihatan tanya tentang聽macam mana beliau boleh perbaiki prestasi iklan聽beliau yang sedang berjalan.

Saya berikan beliau beberapa cadangan untuk perbaiki prestasi iklan tersebut.

Saya kongsikan salah satu cadangan tersebut dengan anda dalam entri ini.

Semoga ianya bermanfaat 馃檪

Support group ini khas untuk sapa yang dah pernah join kelas saya atau sudah mendapatkan pakej video saya聽(yang basic ataupun yang advance.

Cara聽Dapatkan Nombor Telefon Prospek Dengan Mudah

Tips Dapatkan Nombor Telefon Prospek Dengan Mudah

Iklan beliau yang sedang berjalan tu adalah iklan Page Like.

Jadi saya sarankan beliau jangan terlalu fokus nak dapatkan jumlah Likers yang banyak, sebab ia kurang membantu kalau beliau menjual produk kesihatan.

Bukan langsung tak penting, cuma kurang membantu untuk menghasilkan jualan.

Saya cadangkan kepada beliau untuk buat iklan Post Engagement dengan objektif untuk mendapatkan leads, atau dalam bahasa lain, database. Bahasa yang lebih mudah, nombor telefon prospek.

Ini screenshot daripada thread tersebut.

Cara Mudah Dapatkan Nombor Telefon Prospek

Bahagian Headline

Kalau anda perasan, saya mulakan skrip tersebut dengan soalan.

“Ada Masalah ___________?”

Headline berbentuk soalan sangat mudah untuk menarik & menapis prospek.

Hanya prospek yang betul-betul ada masalah tersebut akan teruskan membaca.

Saya beri contoh mudah di bawah.

“Kak, Anak Ada Masalah Eczema?”

Headline simple ini聽hanya akan menarik perhatian…

  1. Wanita (sebab saya guna perkataan ‘Kak')
  2. Dah ada anak
  3. Anak ada eczema

Itu bahagian headline.

Dulu boleh guna headline macam ini. Sekarang Facebook dah tak benarkan headline fokus pada masalah prospek.

Jadi boleh guna idea headline jenis konten (ada saya kongsikan di bahagian akhir artikel ini.

Bahagian Content

Dalam skrip ini, saya tak terus jual produk, tapi saya cadangkan kepada beliau聽untuk berikan konten yang bermanfaat.

Pastikan konten tersebut聽relevan dengan masalah yang dihadapi prospek.

Lagi bagus kalau ianya boleh bantu selesaikan masalah prospek dengan segera.

Mungkin anda terfikir…

Kalau anda dah berikan tips percuma yang boleh selesaikan masalah prospek dengan segera, buat apa prospek tu nak beli produk atau servis anda.

Betul?

Biar saya jelaskan 馃檪

1# Orang Dah Bosan Tengok Iklan

Ini fakta yang anda harus terima.

Orang sekarang nih dah bosan tengok macam-macam iklan di media sosial.

Kebanyakan聽iklan adalah jenis聽yang hard selling atau sangat聽menjual.

Kalau anda buat iklan yang sama macam orang lain, iklan anda ‘tenggelam'.

Sebab tu kita buat iklan yang lain macam sikit 馃檪

Teknik ni sebenarnya dipanggil teknik ‘Content Marketing'.

2# Buktikan Kita Ikhlas Nak Membantu

Bila kita berikan tips percuma yang boleh membantu selesaikan masalah prospek, diorang tak terasa macam kita adalah聽seorang ‘penjual'.

Prospek akan nampak kita sebenarnya ikhlas nak bantu selesaikan masalah yang mereka hadapi.

Prospek akan nampak kita memang betul-betul nak bantu mereka capai impian mereka.

Ala, macam bila kita gi klinik dan jumpa doktor.

Doktor akan bagi nasihat itu ini dan ubat untuk kita makan.

Doktor sebenarnya jual ubat tu kat kita, tapi kita tak terasa macam doktor tu tengah menjual.

Setuju?

#3 Tonjolkan Diri Kita Sebagai Pakar

Dengan berkongsi tips-tips yang bermanfaat, prospek akan nampak kita ni sebagai pakar dalam bidang tersebut.

Kita bukan sekadar salesmen, tapi kita betul-betul faham tentang masalah yang prospek sedang hadapi.

Dan kita tau macam mana nak bantu selesaikan masalah tersebut.

Dalam bahasa canggih, ini dipanggil strategi “Brand / Online Positioning”.

Dah Faham?

Sekarang dah faham kenapa saya cadangkan skrip yang agak unik ini?

Kita bergerak ke bahagian yang terakhir…

Bahagian Call-To-Action (CTA)

Dekat bahagian CTA, saya takde sebut tentang apa produk yang saya nak jual, tapi saya offer untuk berikan lebih banyak tips.

Bila buat gini, prospek lebih terbuka nak contact kita sebab dia tak terasa nak kena komit apa-apa.

Kenapa Guna Whatsapp?

Dalam skrip ini, saya suruh prospek Whatsapp sebab…

  1. Bila prospek Whatsapp kita, dia kena save nombor kita. Dalam masa yang sama, kita dapat nombor telefon prospek.
  2. Orang lebih mudah nak Whatsapp sebab ianya PERCUMA. Takdelah nak berkira sangat.
  3. Bila prospek dah Whatsapp kita, mudah untuk kita follow up ramai-ramai sekaligus menggunakan fungsi ‘Broadcast'.

Sekarang anda boleh juga Share link untuk invite prospek masuk ke Whatsapp Group (tapi mungkin akan ada yang berapa selesa kalau join group).

Fungsi ‘Broadcast' ni tak sama dengan ‘Group Chat'. Bila kita hantar ‘broadcast', prospek akan dapat Whatsapp dari kita secara personal.

Dan paling best, fungsi ‘broadcast' ini PERCUMA!

Pastikan kita ‘broadcast'聽pada senarai prospek yang dah聽save nombor kita. Kalau tak, ada kemungkinan message kita tak sampai dan nombor kita akan di ‘blacklist' oleh Whatsapp.

Tunggu…

Cara Mudah Buat Jualan di Facebook Guna Database

Ada beberapa perkara聽penting yang anda kena faham bila menggunakan strategi ini.

1# Ia Bukan Untuk Semua Bisnes

Skrip yang saya kongsikan ini BUKAN聽skrip yang boleh di copy paste untuk semua jenis bisnes.

Kalau anda jual barang fast cash, yang tak perlukan penerangan panjang lebar, strategi untuk mendapatkan nombor telefon prospek boleh diubah.

Contohnya:

Harga satu set hanya RM150.

Kos penghantaran saya belanja 馃槈

Nak Diskaun RM30?

Whatsapp <NamaAnda> “XYZ30” ke 011 1948 1730 sekarang.

Contoh:

“Firdaus XYZ30”

2# Bukan Semua Yang Whatsapp Akan Beli

Skrip ini tak menjamin semua yang contact anda akan beli (sebab anda offer TIPS, bukan produk / servis).

Yang pasti, mereka ada masalah yang anda boleh tolong selesaikan.

Jadi…

Sales akan bergantung kepada sejauh mana skill follow up dan close sale anda 馃檪

Nak Belajar Formula聽Close Sale Yang Terbukti Berkesan?

Klik gambar di bawah untuk mendapatkan Formula Close Sale dalam bentuk video dan skrip Whatsapp daripada Tuan Aqif Azizan yang terbukti berkesan (insyaAllah).

cara mudah close sale dengan prospek

3# Skrip Boleh Diubah Mengikut Kesesuaian

Skrip yang saya kongsikan itu sekadar contoh.聽Anda boleh modify skrip mengikut kesesuaian bisnes anda.

Contohnya,聽anda boleh cuba ubah聽Call-To-Action menjadi seperti di bawah;

Tips…

1. _____________

2. _____________

3. _____________

Nak Tau Cara Yang Lebih Mudah?

–> Whatsapp XYZ ke 011 1948 1730 sekarang

atau

–> Komen “Nak tahu!”

Teknik suruh prospek komen ni ada Pro & Cont.

Pro:

  1. Mudah untuk prospek
  2. Post tersebut akan menjadi viral
  3. Engagement akan tinggi (Like, Komen & Share)

Cont:

  1. Kalau ada pesaing nampak, dia boleh sailang
  2. Anda terpaksa respon secara manual kepada setiap komen
  3. Kalau banyak sangat yang komen, anda akan pengsan 馃槢

Nak Belajar Cara Tulis Ayat Iklan Yang Berkesan?

Saya banyak belajar ilmu penulisan daripada 3 orang sifu dalam entri ini. Anda juga boleh belajar dari mereka 馃檪

Ada Belajar Sesuatu?

Saya harap anda belajar sesuatu daripada perkongsian saya kali ini.

Jika anda merasakan ianya bermanfaat, saya alu-alukan anda untuk klik butang Share di bawah.

Belajar sesuatu dari artikel di atas? Jika ya, boleh klik butang di bawah untuk share dengan rakan lain @ tinggalkan sebarang soalan @ cadangan di bawah apa yang anda belajar. 馃憞馃徎

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

49 Comments

    1. Salam Tuan Jai,

      Maaf sebab saya belum ada perancangan untuk buat kelas di JB lagi. Kelas secara online pun belum ada plan nak buat.

      Mungkin tuan boleh dapatkan pakej video saya untuk belajar lebih lanjut.

      Terima kasih

  1. salam tuan firdaus..sy sangat suka mengikuti tips2 yang tuan bg..sangat berguna untuk memperbaiki skill2 yg slalu kita pandang remeh.sy harap tuan tudak bosan bg tips2 seperti ini pada masa hadapan. terima kasih..

  2. Assalam en.firdaus..
    Sya Bekerja sebagai consultan education utk golongan bkerja utk program diploma Hingga master…sebelum ni sya guna ayat biasa2 Ade la dua tiga org yg sgkut..mcm mana sya nk Promote sedgkan sya bkn direct bkerja dgn university tp bkerja dgn syarikat yg di lantik university..