Bila buat iklan di Facebook, kita boleh sasarkan iklan kita kepada orang yang berada di lokasi-lokasi tertentu.
Lokasi yang dimaksudkan secara asasnya聽merujuk kepada lokasi di mana prospek kita sedang berada.
[alert-note]Kita juga mempunyai opsyen tambahan seperti yang anda boleh lihat dalam gambar di atas.[/alert-note]“Eh, macam mana Facebook tau aku duduk kat mana?”
Facebook menentukan聽lokasi kita melalui beberapa cara.聽Antaranya:
- GPS
- Mobile Network (lokasi pemancar)
- IP address
3 Cara Memilih Lokasi Terbaik Untuk Iklan Anda
InsyaAllah dalam entri kali ini, saya ingin kongsikan 3 cara yang anda boleh gunakan untuk memilih lokasi thorbaik untuk iklan anda.
1. Target Seluruh Malaysia – Pemalas?
Default setting untuk mana-mana iklan yang dibuat adalah mensasarkan seluruh Malaysia.
Tak salah nak target 1 Malaysia, tapi saya suka gelarkan cara ini cara pemalas.
Yelah, malas nak fikir. So main letak jer 1 Malaysia.
Memang saya tak nafikan, kita boleh jer nak Poslaju produk kita ke seluruh Malaysia.
Tapi!
Bila anda target seluruh Malaysia, ini bermaksud anda tak kenal betul-betul siapa pelanggan yang anda nak.
Itu satu hal.
Satu lagi point penting yang anda perlu faham adalah; orang yang tinggal di bandar, tak sama dengan orang yang tinggal di luar bandar.
Tak sama dari segi…
- Keperluan
- Keinginan
- Ketakutan
- Kemampuan membeli
Jadi…
Kalau anda sasarkan iklan kepada seluruh Malaysia, anda sebenarnya sedang membazirkan聽duit iklan anda.
Lebih-lebih lagi kalau anda menggunakan bidding jenis oCPM yang mengenakan cas berdasarkan ‘impression'.
[alert-note]Konsep ‘impression' bermaksud iklan anda akan dicas setiap kali ia keluar. Tak kisah la ada orang klik atau tak.[/alert-note] [alert-warning]Saya katakan membazir di sini sebab iklan anda akan ditayangkan juga kepada prospek-prospek yang tak berminat dengan produk anda.[/alert-warning]2. Target Bandar-Bandar Besar
Sekarang saya yakin聽anda dah faham kenapa anda tak patut target seluruh Malaysia.
Jadi cara ke-2 adalah dengan mensasarkan iklan hanya pada bandar-bandar besar sahaja.
Kelebihan mereka yang duduk di bandar ni:
- Kemampuan membeli yang lebih tinggi
- Keinginan yang lebih ‘membara'
- Biasa membeli secara online
3. Target Market Sabah & Sarawak
Sabah & Sarawak adalah antara market menarik yang belum diterokai oleh ramai usahawan online.
Mungkin ramai yang beranggapan kos logistik untuk menghantar barangan ke sana agak tinggi.
Bila kos tinggi, takut orang tak sanggup nak beli.
Itu Apa Yang Anda FIkir, Bukan Apa Yang Mereka Fikir
Tahukah anda bahawa majoriti (atau boleh kata semua) penduduk di sana dah sedia faham bahawa harga barangan di sana lebih tinggi daripada di Semenanjung?
Jadi soal harga jarang menjadi isu kalau ianya聽dijual dengan harga lebih tinggi dari harga di Semenanjung.
Malah, banyak benda yang di Semenanjung kita boleh dapat dengan mudah tapi di sana susah gila nak jumpa.
Ini dipanggil peluang.
Lebih tepat, lubang dalam pasaran.
[alert-success]Buat apa nak ‘bermain' di Semenanjung sampai terpaksa potong harga sana sini kalau anda boleh jual dengan harga yang lebih mahal di Sabah dan Sarawak?[/alert-success]Tips Tambahan
Bila sasarkan iklan ke Sabah & Sarawak, pastikan anda hanya pilih bandar-bandar besar yang anda yakin mereka ada ‘Buying Power' dan berani membeli secara online.
[alert-note]Contohnya kawasan Kuching, Miri, Kota Kinabaru dan Bintulu.[/alert-note]Nak Lagi Tips Best Camni?
InsyaAllah saya akan teruskan berkongsi lebih banyak tips menarik dalam blog ini dari semasa ke semasa.
Tapi kalau anda nak belajar lebih cepat, saya syorkan anda untuk muat turun salah satu Pakej Video saya.
- Pakej Video Cara Mulakan Bisnes di Facebook (Tahap Newbie)
- Pakej Video Power Editor (Tahap Advance Sikit)
Ada Belajar Sesuatu?
Saya harap anda belajar sesuatu daripada perkongsian saya kali ini.
Tolong klik Share supaya ilmu ini boleh sampai kepada lebih ramai usahawan di luar sana 馃檪
28 Comments
Assalamualaikum..terima kasih ats pengkongsian ilmu.Saya nak tanya klu pilih bandar seeloknya brp radius @ guna no radius.
Terima kasih
Assalamualaikum..terima kasih ats pengkongsian ilmu.Saya nak tanya klu pilih bandar seeloknya brp radius @ guna no radius.
Terima kasih
Ouh.. Begitu rupanya. Baru sy tau.. Terima kasih atas prkongsiannye. Byk sgt ilmu yg sy dpt. Dkat klas marketing pun xde bg.. Tq so much. Xde buat kelas di johor atau melaka je? Klau ad sy nk join..
Salam Cikpuan Eyla,
Terima kasih atas feedback Cikpuan 馃檪
Maaf sebab saya takde buat kelas di Johor atau Melaka. So far hanya di Bandar Baru Bangi.
Kalau berminat nak join, boleh ke https://firdausazizi.my//jadual-kelas.
Terima kasih
Terima kasih tuan. Terbaik
Prospek saya ialah warga asing yg bekerja di Malaysia. Bagaimana cara menggunakan translation?
Wah rupanya kena target di bandar-bandar besar bukannya seluruh Malaysia.