3 Cara Memilih Lokasi Terbaik Untuk Sasarkan Iklan Anda

Bila buat iklan di Facebook, kita boleh sasarkan iklan kita kepada orang yang berada di lokasi-lokasi tertentu.

Lokasi yang dimaksudkan secara asasnya merujuk kepada lokasi di mana prospek kita sedang berada.

Pemilihan Location Targeting Untuk FB Ads
Bahagian ‘Location Setting' Untuk FB Ads
[alert-note]Kita juga mempunyai opsyen tambahan seperti yang anda boleh lihat dalam gambar di atas.[/alert-note]

“Eh, macam mana Facebook tau aku duduk kat mana?”

Facebook menentukan lokasi kita melalui beberapa cara. Antaranya:

  • GPS
  • Mobile Network (lokasi pemancar)
  • IP address

3 Cara Memilih Lokasi Terbaik Untuk Iklan Anda

Cara Pilih Lokasi Terbaik Untuk FB Ads

InsyaAllah dalam entri kali ini, saya ingin kongsikan 3 cara yang anda boleh gunakan untuk memilih lokasi thorbaik untuk iklan anda.

1. Target Seluruh Malaysia – Pemalas?

Default setting untuk mana-mana iklan yang dibuat adalah mensasarkan seluruh Malaysia.

Tak salah nak target 1 Malaysia, tapi saya suka gelarkan cara ini cara pemalas.

Yelah, malas nak fikir. So main letak jer 1 Malaysia.

Memang saya tak nafikan, kita boleh jer nak Poslaju produk kita ke seluruh Malaysia.

Tapi!

Bila anda target seluruh Malaysia, ini bermaksud anda tak kenal betul-betul siapa pelanggan yang anda nak.

Itu satu hal.

Satu lagi point penting yang anda perlu faham adalah; orang yang tinggal di bandar, tak sama dengan orang yang tinggal di luar bandar.

Tak sama dari segi…

  • Keperluan
  • Keinginan
  • Ketakutan
  • Kemampuan membeli

Jadi…

Kalau anda sasarkan iklan kepada seluruh Malaysia, anda sebenarnya sedang membazirkan duit iklan anda.

Lebih-lebih lagi kalau anda menggunakan bidding jenis oCPM yang mengenakan cas berdasarkan ‘impression'.

[alert-note]Konsep ‘impression' bermaksud iklan anda akan dicas setiap kali ia keluar. Tak kisah la ada orang klik atau tak.[/alert-note] [alert-warning]Saya katakan membazir di sini sebab iklan anda akan ditayangkan juga kepada prospek-prospek yang tak berminat dengan produk anda.[/alert-warning]

2. Target Bandar-Bandar Besar

Sekarang saya yakin anda dah faham kenapa anda tak patut target seluruh Malaysia.

Jadi cara ke-2 adalah dengan mensasarkan iklan hanya pada bandar-bandar besar sahaja.

Kelebihan mereka yang duduk di bandar ni:

  1. Kemampuan membeli yang lebih tinggi
  2. Keinginan yang lebih ‘membara'
  3. Biasa membeli secara online
[alert-success]Anda boleh target seberapa banyak bandar yang anda nak asalkan ia masih menepati ciri-ciri pelanggan yang anda cari.[/alert-success] [alert-warning]Elak daripada menggunakan ‘Kuala Lumpur' untuk mengurangkan kemungkinan iklan anda mendapat ‘respon hangat' daripada orang Indonesia, Bangladesh dan yang seangkatan dengannya.[/alert-warning]

3. Target Market Sabah & Sarawak

Target Iklan FB Anda Ke Sabah Sarawak

Sabah & Sarawak adalah antara market menarik yang belum diterokai oleh ramai usahawan online.

Mungkin ramai yang beranggapan kos logistik untuk menghantar barangan ke sana agak tinggi.

Bila kos tinggi, takut orang tak sanggup nak beli.

Itu Apa Yang Anda FIkir, Bukan Apa Yang Mereka Fikir

Tahukah anda bahawa majoriti (atau boleh kata semua) penduduk di sana dah sedia faham bahawa harga barangan di sana lebih tinggi daripada di Semenanjung?

Jadi soal harga jarang menjadi isu kalau ianya dijual dengan harga lebih tinggi dari harga di Semenanjung.

Malah, banyak benda yang di Semenanjung kita boleh dapat dengan mudah tapi di sana susah gila nak jumpa.

Ini dipanggil peluang.

Lebih tepat, lubang dalam pasaran.

[alert-success]Buat apa nak ‘bermain' di Semenanjung sampai terpaksa potong harga sana sini kalau anda boleh jual dengan harga yang lebih mahal di Sabah dan Sarawak?[/alert-success]

Tips Tambahan

Bila sasarkan iklan ke Sabah & Sarawak, pastikan anda hanya pilih bandar-bandar besar yang anda yakin mereka ada ‘Buying Power' dan berani membeli secara online.

[alert-note]Contohnya kawasan Kuching, Miri, Kota Kinabaru dan Bintulu.[/alert-note]

Nak Lagi Tips Best Camni?

InsyaAllah saya akan teruskan berkongsi lebih banyak tips menarik dalam blog ini dari semasa ke semasa.

Tapi kalau anda nak belajar lebih cepat, saya syorkan anda untuk muat turun salah satu Pakej Video saya.

[alert-success]Setiap pembelian disertakan dengan akses ke Support Group ekslusif yang aktif & sarat dengan perkongsian tentang ilmu pemasaran online.[/alert-success]

Ada Belajar Sesuatu?

Saya harap anda belajar sesuatu daripada perkongsian saya kali ini.

Tolong klik Share supaya ilmu ini boleh sampai kepada lebih ramai usahawan di luar sana 🙂

Belajar sesuatu dari artikel di atas? Jika ya, boleh klik butang di bawah untuk share dengan rakan lain @ tinggalkan sebarang soalan @ cadangan di bawah apa yang anda belajar. 👇🏻

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

28 Comments

  1. Assalamualaikum..terima kasih ats pengkongsian ilmu.Saya nak tanya klu pilih bandar seeloknya brp radius @ guna no radius.
    Terima kasih

  2. Ouh.. Begitu rupanya. Baru sy tau.. Terima kasih atas prkongsiannye. Byk sgt ilmu yg sy dpt. Dkat klas marketing pun xde bg.. Tq so much. Xde buat kelas di johor atau melaka je? Klau ad sy nk join..