Blog Firdaus Azizi

3 Cara Memilih Lokasi Terbaik Untuk Sasarkan Iklan Anda

Table of Contents

Bila buat iklan di Facebook, kita boleh sasarkan iklan kita kepada orang yang berada di lokasi-lokasi tertentu.

Lokasi yang dimaksudkan secara asasnyaย merujuk kepada lokasi di mana prospek kita sedang berada.

Pemilihan Location Targeting Untuk FB Ads
Bahagian ‘Location Setting' Untuk FB Ads
[alert-note]Kita juga mempunyai opsyen tambahan seperti yang anda boleh lihat dalam gambar di atas.[/alert-note]

“Eh, macam mana Facebook tau aku duduk kat mana?”

Facebook menentukanย lokasi kita melalui beberapa cara.ย Antaranya:

  • GPS
  • Mobile Network (lokasi pemancar)
  • IP address

3 Cara Memilih Lokasi Terbaik Untuk Iklan Anda

Cara Pilih Lokasi Terbaik Untuk FB Ads

InsyaAllah dalam entri kali ini, saya ingin kongsikan 3 cara yang anda boleh gunakan untuk memilih lokasi thorbaik untuk iklan anda.

1. Target Seluruh Malaysia – Pemalas?

Default setting untuk mana-mana iklan yang dibuat adalah mensasarkan seluruh Malaysia.

Tak salah nak target 1 Malaysia, tapi saya suka gelarkan cara ini cara pemalas.

Yelah, malas nak fikir. So main letak jer 1 Malaysia.

Memang saya tak nafikan, kita boleh jer nak Poslaju produk kita ke seluruh Malaysia.

Tapi!

Bila anda target seluruh Malaysia, ini bermaksud anda tak kenal betul-betul siapa pelanggan yang anda nak.

Itu satu hal.

Satu lagi point penting yang anda perlu faham adalah; orang yang tinggal di bandar, tak sama dengan orang yang tinggal di luar bandar.

Tak sama dari segi…

  • Keperluan
  • Keinginan
  • Ketakutan
  • Kemampuan membeli

Jadi…

Kalau anda sasarkan iklan kepada seluruh Malaysia, anda sebenarnya sedang membazirkanย duit iklan anda.

Lebih-lebih lagi kalau anda menggunakan bidding jenis oCPM yang mengenakan cas berdasarkan ‘impression'.

[alert-note]Konsep ‘impression' bermaksud iklan anda akan dicas setiap kali ia keluar. Tak kisah la ada orang klik atau tak.[/alert-note] [alert-warning]Saya katakan membazir di sini sebab iklan anda akan ditayangkan juga kepada prospek-prospek yang tak berminat dengan produk anda.[/alert-warning]

2. Target Bandar-Bandar Besar

Sekarang saya yakinย anda dah faham kenapa anda tak patut target seluruh Malaysia.

Jadi cara ke-2 adalah dengan mensasarkan iklan hanya pada bandar-bandar besar sahaja.

Kelebihan mereka yang duduk di bandar ni:

  1. Kemampuan membeli yang lebih tinggi
  2. Keinginan yang lebih ‘membara'
  3. Biasa membeli secara online
[alert-success]Anda boleh target seberapa banyak bandar yang anda nak asalkan ia masih menepati ciri-ciri pelanggan yang anda cari.[/alert-success] [alert-warning]Elak daripada menggunakan ‘Kuala Lumpur' untuk mengurangkan kemungkinan iklan anda mendapat ‘respon hangat' daripada orang Indonesia, Bangladesh dan yang seangkatan dengannya.[/alert-warning]

3. Target Market Sabah & Sarawak

Target Iklan FB Anda Ke Sabah Sarawak

Sabah & Sarawak adalah antara market menarik yang belum diterokai oleh ramai usahawan online.

Mungkin ramai yang beranggapan kos logistik untuk menghantar barangan ke sana agak tinggi.

Bila kos tinggi, takut orang tak sanggup nak beli.

Itu Apa Yang Anda FIkir, Bukan Apa Yang Mereka Fikir

Tahukah anda bahawa majoriti (atau boleh kata semua) penduduk di sana dah sedia faham bahawa harga barangan di sana lebih tinggi daripada di Semenanjung?

Jadi soal harga jarang menjadi isu kalau ianyaย dijual dengan harga lebih tinggi dari harga di Semenanjung.

Malah, banyak benda yang di Semenanjung kita boleh dapat dengan mudah tapi di sana susah gila nak jumpa.

Ini dipanggil peluang.

Lebih tepat, lubang dalam pasaran.

[alert-success]Buat apa nak ‘bermain' di Semenanjung sampai terpaksa potong harga sana sini kalau anda boleh jual dengan harga yang lebih mahal di Sabah dan Sarawak?[/alert-success]

Tips Tambahan

Bila sasarkan iklan ke Sabah & Sarawak, pastikan anda hanya pilih bandar-bandar besar yang anda yakin mereka ada ‘Buying Power' dan berani membeli secara online.

[alert-note]Contohnya kawasan Kuching, Miri, Kota Kinabaru dan Bintulu.[/alert-note]

Nak Lagi Tips Best Camni?

InsyaAllah saya akan teruskan berkongsi lebih banyak tips menarik dalam blog ini dari semasa ke semasa.

Tapi kalau anda nak belajar lebih cepat, saya syorkan anda untuk muat turun salah satu Pakej Video saya.

[alert-success]Setiap pembelian disertakan dengan akses ke Support Group ekslusif yang aktif & sarat dengan perkongsian tentang ilmu pemasaran online.[/alert-success]

Ada Belajar Sesuatu?

Saya harap anda belajar sesuatu daripada perkongsian saya kali ini.

Tolong klik Share supaya ilmu ini boleh sampai kepada lebih ramai usahawan di luar sana ๐Ÿ™‚

artikel berkaitan

28 Comments

  1. salam bang.. saya nk tanya abg ada buat tak kelas utk fb ads yg personal sahaja, means just saya dgn abg je.. sy btol2 nk belajar dari a smpai z ttg fb ads nih, bab bayaran xmenjadi masalah.. boleh contact sy kt 01116393279, nik

  2. lokasi di Sabah dan Sarawak memang peluang yang terbaik kerana byk peluang di sana dan tidak ramai lagi yang meneroka tentang peluang perniagaan di sana….

  3. Terima kasih tuan. Memang betul market di Sabah & Sarawak lebih seronok dan besar. Sebab kebanyakkan pelanggan datang dari sana. Harga no 2 bagi mereka.

  4. Iklan sy seringkali dapat like yg tinggi dr bangla,indon,vietnam,myanmar etc…agak tension plak sy…herm mnkin ini antara sbb dia kot…agak2 apa lg sebb dia ye tuan…?

  5. Assalamualaikum..terima kasih ats pengkongsian ilmu.Saya nak tanya klu pilih bandar seeloknya brp radius @ guna no radius.
    Terima kasih

  6. Ouh.. Begitu rupanya. Baru sy tau.. Terima kasih atas prkongsiannye. Byk sgt ilmu yg sy dpt. Dkat klas marketing pun xde bg.. Tq so much. Xde buat kelas di johor atau melaka je? Klau ad sy nk join..

  7. Prospek saya ialah warga asing yg bekerja di Malaysia. Bagaimana cara menggunakan translation?

  8. Salam tuan..kebelakangan ni target seperti yg tuan nyatakan di atas kurang menjadi untuk saya..saya set kuala lumpur & selangor tapi ramai orang luar negara like post saya..sebab apa ya? ada setting lain ke?

    1. Salam Tuan,

      Boleh cuba adjust setting Language sekali untuk guna English (All) dan Malay.

      Dan di bahagian lokasi tu, pilih People Living in this location.

      Kalau boleh, elakkan target Kuala Lumpur sebab situ ramai orang luar.

      Semoga membantu.

  9. Salam tuan..boleh bagi info bila tuan ada buat class fb ads ni tak? Saya Rahmat dari ampang. Berminat nk belajar buat online marketing..
    016-3443030 Perodua Sales Advisor

    1. Salam Tuan,

      Terima kasih sebab berminat nak join kelas saya. Maaf sangat sebab lambat respon.

      Kelas terdekat seperti di bawah:
      1) FB Marketing for Newbies, 11 & 12/6 (daftar di firdausazizi.my/KelasFB)

      2) FB Advance Mastery, 18 & 19/6 (daftar di firdausazizi.my/fam2016)

      Kedua-dua kelas ini akan diadakan di PKNS BizPoint, Sek 7 Shah Alam.

      Boleh hubungi 011 1948 1730 jika perlukan bantuan.

      Terima kasih

Comments are closed.