“Sudah 3 hari saya cuba boost ads tapi tak boleh lepas. Sebab apa ye
“Kenapa iklan yang saya run tiba-tiba je disapprove?”
2 soalan ni adalah antara soalan yang paling kerap ditanya oleh usahawan online yang run FB Ads.
Jadi, saya tulis artikel ni untuk ulas lebih lanjut tentang isu ni.
Kalau nak tau, FB ada polisi dan garis panduan untuk tapis iklan, bukan semua iklan FB benarkan.
Ada produk yang FB larang dari iklankan di FB. Selain produk, ada gambar-gambar dan ayat yang FB tak bagi guna dalam iklan.
“Produk apa tu tuan? Gambar dan ayat iklan macam mana yang tak boleh guna tu ya?”
Baik, saya akan terangkan lebih detal tentang polisi iklan FB.
Jenis Produk Yang Dilarang:
Ini antara produk yang dilarang beriklan menggunakan platform FB Ads
1. Supplement yang tak selamat
Ads yang anda buat tak boleh mempromosikan ubat/supplement yang tak selamat.
Contoh: Steroid (bina otot), chitosan
2.Produk/servis dewasa
Anda tak boleh iklankan produk atau servis yang berkaitan 18sx. Kecuali, produk yang berkaitan “family planning”dan pencegahan kehamilan dengan syarat iklan hanya fokus pada ciri-ciri produk dan tak boleh ayat iklan tak boleh fokus pada aktiviti seks dan apa saja yang berunsur seksual.
Contoh produk yang dilarang: ubat kuat, supplement perapat/ketat untuk wanita
3. Produk tiruan/copy-ori dan seangkatan dengannya
Anda tak dibenarkan jual produk tiruan, cetak rompak (baca: copy ori).
4. Servis pinjaman Wang
Tak boleh gunakan platform FB untuk iklankan servis pinjaman wang.
Contoh: Personal loan, ASBF Financing
5. Produk kewangan
Produk kewangan yang sering dikaitkan dengan penipuan tak boleh diiklankan di FB.
Contoh: Binary option, Bitcoin dan segala jenis cryptocurrency.
Jenis Konten yang Dilarang:
Ayat iklan, gambar dan video yang anda gunakan juga mesti follow polisi FB. Ini antara larangan yang berkaitan dengan konten iklan.
1. Konten mengandungi unsur diskriminasi, ejekan dan sindiran
Iklan yang anda buat tak boleh ada unsur-unsur diskriminasi
Contoh: “Sedih kulit hitam macam negro?” “Sampai bila nak kerja makan gaji?” “Badan anda gemuk gedempol macam badak sumbu?”
2. Konten yang melanggar hakcipta
Contoh:
Gambar ada logo: Adidas, FB, IG, Whatsapp
Video guna muzik latar yang ada hak cipta (guna lagu artis)
Contoh gambar iklan yang dilarang. Gambar iklan ni guna watak cerita Marvel yang ada copyright.
3. Serangan peribadi
Ayat iklan anda tak boleh menyerang peribadi atau menyentuh isu sensitif (agama, kaum, jantina)
Contoh: “Selalu kalau hantar repair kereta kedai cina* mesti kena tipu” “Anda gemuk?” “Perut anda yang boyot tu bila nak kempiskan?”
4. Bahasa yang teruk dan buruk
Gambar yang anda gunakan tak boleh ada unsur carutan, isyarat lucah dan simbol lucah
Ayat iklan anda tak boleh ada perkataan kesat dan carutan. Selain tu, anda tak boleh salah guna nombor dan symbol.
Anda tak boleh beri jaminan atau janji yang melampau pada iklan.
Contoh: “Hari ni sapu semalam dah putih!” “Pelaburan ni dijamin untung 200%/” “Kurus 10kg seawal 7 hari. Wowwww!”
Iklan Dissapprove Walaupun Tak Langgar Polisi?
Sebenarnya, banyak lagi perkara yang dilarang mengikut polisi FB. Dalam artikel ni saya hanya ulas polisi yang selalu usahawan online di Malaysia langgar.
Kalau produk yang anda jual tu adalah produk yang dilarang oleh FB, anda tak boleh buat apa. Cuba promote di platform lain ataupun tukar jual produk lain.
Tapi, kalau anda yakin iklan anda langsung tak melanggar polisi, anda boleh buat rayuan dan mohon pihak FB review semula iklan anda.
Anda masuk ke ads manager anda, kemudian masuk adset yang disapprove tu dan klik edit.
Dekat bahagian warning tu ada butang “Request Review”, boleh klik butang tu untuk review (rujuk gambar).
Proses review ni ambil masa yang agak lama sebab ianya direview secara manual oleh staff FB. Dalam masa satu hari je, beratus ribu permohon review, jadi anda tak boleh expect iklan anda akan direview dalam kadar segera.
Kalau anda dah buat rayuan dan mohon review semula, tapi lepas 3 hari iklan masih belum approve, anda boleh cuba pm team support fb dan chat dengan mereka.
Ini caranya:
Masuk ke Ads Manager
Klik ‘Help' di bahagian penjuru kanan atas
Klik butang ‘Still need help' di bahagian bawah
Klik ‘Support' di bahagian penjuru kanan atas dan scroll kebawah.
Di bahagian ‘Additional Support', klik ‘Chat'.
Isi maklumat yang diperlukan dan terangkan masalah anda. Oh ya, anda perlu terangkan masalah dalam English.
Kenapa?
Sebab majoriti staff FB yang review tu adalah bukan orang Malaysia.
Lepas anda dah follow step ni, dalam masa 5-15 minit, aka nada staff FB yang reply dan chat dengan anda. Anda boleh minta mereka untuk percepatkan proses review.
Apa pun, anda perlu bersabar dan sentiasa redha dengan apa saja yang berlaku.
Biasa la, adat menumpang rumah orang ni, suka atau tak kita kena follow je la kehendak tuan rumah. Huhu…
Bermula bulan 7 hari tu, kita mula nampak ramai yang dah start buat iklan messenger dan gabung dengan chatbot untuk auto-reply. Ada juga yang mengadu, mereka dah buat Messenger Ads tapi tak jadi. Bagi saya, isu iklan tak jadi ni bukan pada objektif FB Ads… tapi, ianya lebih kepada presentation iklan tu yang tak menarik…
Kalau anda guna Facebook Ads, penting untuk anda faham bagaimana Auction System mereka berfungsi supaya iklan anda boleh keluar dengan kerap dengan kos yang rendah. Alhamdulillah, beberapa hari lepas saya berjaya luangkan masa hampir 1 jam untuk tonton semula webinar tentang Facebook Auction System dan juga ulangkaji beberapa artikel di Facebook for Business tentang topik ini. Antara point yang…
Tahukah anda bahawa ada cara yang PERCUMA untuk anda menggunakan gambar dari Shutterstock sebagai iklan di Facebook? Jemput baca entri ini untuk mengetahui step by step, cara guna gambar Shutterstock.
Akhir-akhir ini Facebook banyak buat hal! Tak cukup dengan ke Low Quality Ads aka Poor Experience dan review iklan yang memakan masa… Sejak hujung bulan April 2019, Facebook mula reject iklan yang menggunakan link ke Whatsapp. Anda boleh baca ruangan komen dekat post saya di bawah ini: Saya dan team dah cuba appeal beberapa kali…
Kalau cerita pasal WhatsApp broadcast, mesti biasa dengar isu kena banned ni, betul? Sebenarnya kalau nombor anda kena ban, anda memang boleh cuba ‘appeal’ untuk dapatkan balik. Tapi kalau nasib tak berpihak, tak ada harapanlah nak dapat nombor kita balik Kenalah beli nombor baru. Yang paling penting, pastikan anda bagitau customer yang anda ada perubahan…
Beberapa hari lepas, ada orang PM saya dan mengadu tentang akaun Facebook beliau yang baru kena gantung aka suspended (Facebook suruh tukar guna Page). Ini screenshot yang beliau hantar pada saya. Dan ini sebahagian daripada perbualan kami. Saya pasti kalau anda buat bisnes di Facebook menghadapi kes yang sama, mesti anda juga stress dan pening…