Dah hampir 5 tahun rasanya tak balik beraya Haji di Kedah.
Biasanya hanya beraya di Kerteh atau Shah Alam sebab dapat cuti hanya 1-2 hari saja.
Punyalah lama tak balik beraya Haji sampai Tok Wan di Perlis tanya baru ni…
“Firdaus bila nak balik Raya Haji kat kampung?”
Jadi, ok lah…
Tahun nih saya decide untuk balik sambut Raya Haji di Kedah & Perlis lah pulak 🙂
Alang-alang dah nak balik Kedah, saya decide nak buat kelas di area Utara.
Yelah, bukan selalu orang utara ada peluang nak join kelas-kelas Online Marketing.
Setuju?
Kelas Belajar Buat Blog Untuk Orang Utara
Kalau anda duduk di Kedah, Perlis atau Penang, ini adalah peluang keemasan untuk anda.
InsyaAllah pada 11 Oktober 2014, saya akan mengadakan Kelas Belajar Buat Blog, khas untuk anda.
Ya, khas untuk anda yang menetap jauh di utara tanah air!
Saya faham anda susah nak turun join kelas saya (ataupun mana-mana kelas marketing lain) yang kebanyakannya dibuat di area KL.
Kalau yang bekerja, lagi lah susah sebab hari Ahad anda dah kena kerja. Mana sempat nak turun KL…
So, jangan terlepas peluang ini. Faham?
Apa Yang Anda Akan Belajar Dalam Kelas Blog Saya
Anda for sure tertanya-tanya, apa yang anda akan belajar dalam Kelas Blog saya.
Kalau yang pernah join mana-mana kelas blog, anda mesti nak tau…
“Apa bezanya Kelas Blog dengan Firdaus Azizi sampai ramai sangat orang teruja nak join?”
So, ini adalah modul ‘rasmi' untuk Kelas Blog Edisi Utara.
Modul tak rasmi akan bergantung kepada berapa banyak soalan yang anda tanya nanti.
Lagi banyak soalan, lagi banyak anda akan belajar (boleh la start fikirkan soalan-soalan yang nak ditanya).
Modul #1 – Kenapa Tak Boleh Bergantung Dengan Facebook Semata-Mata?
Dah ada Facebook…
Dah ada Fanpage dengan berpuluh ribu Likers…
Tapi, kenapa anda masih perlu ada Blog?
Module #2 – Apa Beza Blogspot Dengan WordPress?
Ini antara soalan paling popular dalam setiap kelas blog yang saya anjurkan.
Ada Blogspot yang free, kenapa masih ada yang nak keluarkan duit untuk guna WordPress?
Apa kelebihan WordPress yang menyebabkan majoriti website-website besar dan blogger-blogger professional memilih WordPress?
Nak tau? Kenalah join kelas 😉
Modul #3 – Mahal Ke Nak Beli Domain & Hosting?
Ramai orang masih menggunakan alamat blog macam ‘nama-anda.blogspot.com' sebab ingat nak tukar ke ‘nama-anda.com' tu mahal.
Padahal, harga nak beli domain ‘nama-anda.com' hanyalah RM35 setahun.
Eh, apa benda domain nih? Hosting tu apa pulak?
Anda confuse?
Jangan risau, saya akan terangkan juga apa itu domain & hosting dan berapa harga pasaran untuk kedua-duanya.
Nak lagi best?
Saya akan ajar anda macam mana nak beli domain sendiri dengan harga hanya RM7.11 ++ (untuk tahun pertama).
Modul #4 – Apa Itu SEO & Kenapa Ianya Penting?
Selalu nampak orang tulis ‘SEO' tapi takde idea apa bendalah ‘SEO' ni kan?
Kenapa penting sangat tulis blog yang mesra ‘SEO' sampai kena berguru dengan saya?
Module #5 – Cara Dapatkan Perkataan Yang Orang Selalu Google
Antara teknik penting yang perlu anda tau sebelum nak belajar SEO adalah cara mendapatkan perkataan-perkataan yang orang selalu Google.
Rugilah kalau anda tulis satu entri di blog, tapi benda tu tak sampai 100 orang Google setiap bulan.
Biarlah susah payah kita menaip entri, atleast ada seribu lebih orang cari sebulan.
Lagi banyak lagi bagus.
Setuju?
Dalam kelas nanti, anda akan belajar 4 teknik percuma untuk mencari perkataan-perkataan yang popular ini.
Proses ini dipanggil “Keyword Research”.
InsyaAllah lepas kelas, takde dah anda menulis entri yang orang hanya singgah tak sampai 10 kali sebulan.
Modul #6 -. Teknik Penulisan Yang Google Suka & Sayang
Dah tau apa yang orang selalu Google, belum cukup untuk anda kuasai 1st page Google.
Anda kena tau macam mana nak gunakan perkataan-perkataan tersebut dalam penulisan anda.
Anda juga kena tau macam mana struktur penulisan yang Google suka supaya entri anda mudah untuk keluar di 1st page.
Teknik & strategi penulisan ini akan saya ajar step by step.
Sambil belajar, kita akan kaji beberapa entri-entri yang duduk di ranking #1 Google dan belajar strategi yang mereka gunakan.
Modul #7 – Cara Dapatkan ‘Backlink' Dengan Mudah & Selamat
Untuk memastikan entri keluar di 1st page Google, anda perlu mempunyai backlink yang banyak & berkualiti.
Lagi banyak, lagi bagus dan lagi mudah untuk entri anda ranking di 1st page.
Tak faham apa benda itu ‘backlink'?
Takpe…
Nanti dalam kelas, saya akan terangkan dengan panjang lebar (siap dengan demo lagi!).
Siapa Saya Untuk Ajar Anda Cara Buat Blog?
Ok, maaf. Saya terlupa kenalkan siapa saya.
Nama saya Muhammad Firdaus Bin Azizi. Orang biasa panggil saya Firdaus Azizi.
Saya mula menulis blog pada tahun 2004, Masa tu tulis sekadar main-main dan hobi terhenti pada tahun 2007.
2011, saya dan isteri kembali menulis blog tentang tips parenting (sebab excited dapat anak 1st). Tapi itu pun tulis suka-suka.
2013, barulah saya mula serious belajar tentang SEO sebab saya tak nak bergantung harap kepada Facebook.
Boleh baca kisah kenapa saya mula pinggirkan Facebook dan beralih kepada blog sebagai medium pemasaran utama untuk tau kenapa.
Berhasil Ke Teknik SEO Yang Saya Apply?
Beginilah…
Sebelum belajar tentang SEO, 81% trafik blog Diary of Muhammad (blog isteri saya) adalah daripada Facebook.
Masa tu, setiap hari kami terpaksa memerah otak dan keringat untuk fikir nak share entri mana di fanpage kami supaya boleh menarik trafik yang tinggi.
Itu kisah dulu…
Alhamdulillah sekarang, trafik dari Facebook hanya sekitar 3%.
Selebihnya adalah dari Google dan follower blog Diary of Muhammad.
Tak Percaya?
Ini screenshot dari Google Analytics yang menunjukkan sumber trafik (referral) blog Diary of Muhammad bulan lepas.
Pernah Ke Saya Buat Kelas Blog Sebelum Ini?
Masih ragu-ragu ke?
Alhamdulillah sebelum ini saya pernah adakan Kelas Belajar Blog sebanyak 7 kali.
- 6 Julai 2014 di Faizland, Seri Kembangan
- 19 Julai 2014 di Hotel Seri Malaysia, Kuala Terengganu
- 12 Julai 2014 di Dewan Ukhuwwah, Kota Bharu
- 15 Julai 2014 di Dewan Ukhuwwah, Kota Bharu
- 8 Ogos 2014 di MiRC, Kajang
- 16 Ogos 2014 di Hotel Laman Seri, Shah Alam
- 23 & 24 Ogos 2014 di Amani Hotel, Bangi
Insya-Allah pada 21 September 2014, saya akan adakan satu lagi Kelas Blog di PKNS BizPoint, Shah Alam.
Lokasi, Masa & Tarikh Kelas Blog Edisi Utara
Untuk yang berminat, maklumat kelas ini adalah seperti di bawah.
Tarikh: 11 Oktober 2014 (Hari Sabtu)
Masa: Jam 8.45 pagi hingga 6 petang
Lokasi: Hotel Bustani, Jitra
Nota Kaki:
- Sarapan pagi, makan tengah hari dan minum petang akan disediakan
- Kelas adalah mesra bayi (ibu yang menyusu boleh hadir dengan bahagia)
Berapa Kos Yang Anda Perlu Laburkan?
Saya menyediakan beberapa pakej untuk Kelas Blog Edisi Utara:
- Hanya RM199 sekiranya daftar solo
- Hanya RM359 sekiranya daftar berpasangan (2 orang) <– Jimat RM40!
- Hanya RM129 sekiranya anda masih student*
“Saya Dah Tak Sabar Nak Daftar!”
Untuk yang betul-betul berminat nak join Kelas Blog ini, anda boleh mendaftar dengan mengisi borang di bawah.
[alert-success]Pastikan anda membuat pembayaran sebelum menekan butang “Daftar” di bawah.[/alert-success] [contact-form-7 id=”809″ title=”Kelas Blog Utara”]Boleh Tolong Klik “Share”?
Saya sangat-sangat berterima kasih kalau anda sudi “Share” peluang untuk join kelas ini dengan rakan-rakan anda.
Terima kasih!
4 Comments
Bile lagi ye kursus ni diadakan? Kalau blh mulai bulan Jan 2015.. tolong emel ke saya nanti ye…
Insya-Allah 🙂 Nak lagi mudah, boleh follow blog saya.
salam… bila ye kelas area utara.. sy perlukan tunjuk ajar.. tq
Salam Cikpuan,
Terima kasih sebab berminat nak join kelas saya.
Maaf sebab buat masa ni saya belum ada perancangan untuk kelas di utara.
Kalau ada, insya-Allah nanti saya inform 🙂
Terima kasih