Cara Pastikan Iklan Anda Keluar Dengan Kerap di Facebook (Dengan Kos Yang Rendah)

Kalau anda guna Facebook Ads, penting untuk anda faham bagaimana Auction System mereka berfungsi supaya iklan anda boleh keluar dengan kerap dengan kos yang rendah.

Alhamdulillah, beberapa hari lepas saya berjaya luangkan masa hampir 1 jam untuk tonton semula webinar tentang Facebook Auction System dan juga ulangkaji beberapa artikel di Facebook for Business tentang topik ini.

Antara point yang penting dalam webinar tersebut adalah konsep “Total Value” yang mereka guna untuk tentukan iklan siapa yang terpilih untuk keluar di Facebook.

Tak pernah buat Facebook Ads? Dapatkan video panduan percuma dari link ini.

Konsep ‘Total Value' Untuk Facebook Ads

Seperti yang anda lihat dalam gambar di bawah, “Total Value” ini melibatkan 3 elemen.

Cara Pastikan Iklan Keluar di Facebook Dengan Kerap
Screenshot webinar tentang Facebook Auction System

1. Nilai Bid

Facebook menyediakan 2 jenis bid yang kita boleh pilih ikut keselesaan kita.

a) Automatic Bidding

Facebook akan ‘tolong' tentukan berapa bid yang sesuai dengan bajet dan tempoh iklan kita.

b) Manual Bidding

Kita boleh letak bid mengikut keselesaan dan kemampuan kita.

Nak iklan laju, letak bid tinggi.

Lagi tinggi kita Bid, lebih tinggi kemungkinan iklan kita akan keluar.

Ini konsep asas.

[wpipa id=”8751″]
Ramai orang salah faham tentang bid dan ingat itu adalah maksimum kos per klik yang kita akan bayar.

Sebenarnya…

Kos iklan kita bergantung pada prestasi iklan, bukan berapa yang kita bid.

Bid hanya menentukan iklan kita jalan laju ke slow, kerap ke jarang-jarang.

2# Estimated Action Rate

Setiap kali kita buat iklan, Facebook akan tengok rekod prestasi:

  • Akaun iklan kita
  • Kempen tersebut
  • Page yang kita guna
  • Audience yang kita target

Semua elemen di atas akan digunakan untuk mendapatkan anggaran respon yang iklan kita bakal terima.

Dari situ, Facebook akan beri Rating.

Kalau kita biasa buat iklan yang bagus dan audiens pun suka dengan iklan kita, maka rating iklan kita pun tinggi.

Kalau rating tinggi, makin kerap lah iklan kita akan keluar, walaupun bid kita tak berapa tinggi.

Estimated Action Rate inilah yang menyebabkan iklan yang sama, target pada audiens yang sama, tapi result tak sama bila guna Page @ Ads Account yang berbeza.

Sebab itulah akaun yang dah lama dan biasa buat FB Ads, kos iklan akan jadi lebih murah berbanding akaun baru.

Samalah juga dengan Page yang banyak Like dan aktif. Biasanya kos iklan lebih murah berbanding Page yang baru.

3# Relevance & Quality

Untuk elemen ke-3, Facebook akan ukur dan pantau respon audiens pada kita punya iklan.

Respon boleh jadi dari segi:

  • Engagement / Action
  • Clicks
  • Positive / Negative Feedback
  • Conversion

Iklan yang dapat banyak klik dan Engagement, biasanya akan dicas lebih murah dan keluar dengan lebih kerap.

Sebab itulah anda kena belajar buat iklan yang menarik dan berkesan; supaya ramai orang klik iklan anda. Barulah kos jadi murah dan respon pun banyak.

Nilai Ini Sentiasa Berubah

Dan daripada 3 elemen yang saya dah terangkan di atas, 2 adalah elemen yang selalu berubah dari semasa ke semasa mengikut respon audiens pada anda punya iklan.

Sebab itu ada masanya, iklan yang dulu murah tiba-tiba jadi mahal; sebab respon dah berkurang.

Dan biasanya respon akan berkurang sebab Frequency mula meningkat; orang yang sama asyik nama iklan yang sama dari anda.

Sebagai Kesimpulan…

Untuk memastikan iklan anda selalu keluar di Facebook dengan kos yang rendah, anda perlulah:

  1. Letak bid yang sesuai. Lagi tinggi, lagi laju. Bila iklan keluar laju, insyaAllah lajulah juga respon yang masuk.
  2. Pastikan iklan-iklan anda semuanya berkualiti sebab prestasi akaun iklan anda ada kesan pada iklan yang anda bakal buat.
  3. Hidupkan Page dengan post-post yang bermanfaat, bukan asyik menjual semata-mata. Jumlah Likers dan Engagement di Page ada kesan pada iklan anda.

Ada Belajar Sesuatu?

Jika Ya, pastikan anda klik butang Share di bawah dan kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan anda yang lain.

Semoga lebih ramai orang akan dapat manfaat.

Belajar sesuatu dari artikel di atas? Jika ya, boleh klik butang di bawah untuk share dengan rakan lain @ tinggalkan sebarang soalan @ cadangan di bawah apa yang anda belajar. 👇🏻

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

One Comment