5 Jenis Database Anda Perlu Berhati-hati Bila Broadcast WhatsApp (boleh jadi kena banned kalau silap langkah)!

Isu kena banned sentiasa jadi hot topik setiap kali kami buat kelas ajar WhatsApp Broadcast. 

“Ada cara tak untuk elak kena banned?”

“Saya ni tak promote barang pun kena banned, kenapa eh?”

“Serik nak broadcast guna WhatsApp, taubat nombor kena banned 😭.”

Dan ada banyak lagi keluhan yang kami terima.

Punca nombor WhatsApp kena banned ni ada banyak.

Tapi, di antara punca yang paling seram adalah punca yang kita sendiri tak boleh nak kawal; iaitu user report.

Untuk kita kena spam tak perlu 10-20 report baru nombor kita akan di-banned.

Tapi cukup 2-3 report pun kita dah boleh kena banned.

Cuma untuk blog hari ni kami akan kongsikan 5 jenis database yang anda perlu berhati-hati untuk broadcast kerana mereka ni ada potensi besar untuk report kita as spam.

5 Jenis Database Anda Kena Berhati-hati Bila Broadcast WhatsApp: 

  • Leads/ Prospek
  • Pelanggan beli sekali
  • Pelanggan Lama 
  • Database Beli
  • Database Yang Pelanggan Rekomen 

#1 Leads/ Prospek 

Kami faham anda mungkin ada banyak list database leads/prospek yang masih belum convert jadi pelanggan.

Tapi untuk memilih mereka sebagai database broadcast, anda tak boleh gunakan strategi, skrip yang sama macam anda nak hantar kepada pelanggan.

Nama pun mereka masih belum jadi pelanggan. Mereka belum ada kepercayaan yang cukup lagi untuk jadi pelanggan kita.

Jadi, apa yang kita perlu buat adalah:

  • Pastikan skrip follow-up kita bukan terus hardsell. Mulakan dengan skrip “recall”, untuk ajak mereka ingat semula mereka pernah berminat dengan produk/servis kita sebelum ni.
  • Tunjukkan kita peduli tentang masalah mereka. Selalu berikan ruang kepada mereka untuk tanya soalan atau share masalah mereka sebelum kita menjual.

Okay, next kita pergi database seterusnya iaitu pelanggan yang pernah membeli sekali saja dengan kita.

#2 Pelanggan Membeli Sekali

Walaupun group database ini, dah menjadi “pelanggan” tapi tahap kepercayaan mereka masih belum kuat kalau dibandingkan repeat purchase.

Sebelum kita nak broadcast share apa promo/produk terkini, pastikan kita pernah follow-up mereka untuk share pengalaman membeli sebelum ini.

Ini tidak, terus jer spam share promo ajak beli lagi. 

Bisnes takkan sustain kalau kita syok sendiri. Sentiasa dapatkan feedback & testimoni pelanggan untuk baiki apa yang kurang.

So, pastikan kita terus dapatkan kepercayaan, supaya mereka ni akan beli berkali-kali dengan kita.

Tapi kalau kita terus promote macam-macam, mereka akan lebih mudah rasa “rimas” dan tak mustahil untuk report kita spamming.

#3 Pelanggan Lama

Selain pelanggan yang membeli sekali, pelanggan lama juga kena jaga-jaga dengan mereka. Pelanggan lama yang kami maksudkan adalah pelanggan yang dah lama tak membeli dengan kita.

Dan mereka ni boleh jadi pernah beli sekali jer dengan kita. Atau mereka juga boleh jadi pernah membeli banyak kali, tapi dah stop membeli.

Untuk tahu berapa tempoh untuk menjatuh seseorang pelanggan jatuh kepada kategori pelanggan lama, ia bergantung kepada bisnes anda.

Sebab setiap bisnes ada cycle pembelian berbeza. Boleh jadi setiap hari, setiap bulan atau setiap tahun. 

Untuk broadcast kepada mereka, kita boleh gunakan teknik recall & tunjukkan kita prihatin dengan mereka macam group leads/prospek.

Ye lah bayangkan pelanggan yang dah pernah beli berkali-kali, tiba-tiba stop membeli dengan kita…

Takkan kita taknak tahu kenapa kan? Sebab itu kena tanya. 

Jangan fokus jualan & hardsell semata. Takut nanti pelanggan kita akan mula menjauh sebab mereka rasa kita hanya nakkan duit mereka untuk jualan saja.

#4 Database Beli

Selesai database pelanggan, sekarang ni kami nak tekankan pasal database yang kita peroleh tanpa pengetahuan penerima sendiri.

Contoh pertama adalah database yang dibeli.

Walaupun agak mustahil, tapi sebenarnya banyak jer bisnes di luar sana beli database untuk cari potential customer.

Sudahlah database dibeli, lepastu main hantar jer broadcast promote produk kita.

Dan untuk praktis ini, tolonglah jangan buat.

“Tapi, kalau dah terbeli database macam mana?”

Kalau dah terbeli, janganlah guna untuk broadcast. Gunalah untuk buat targeting iklan.

Tapi kalau rasa nak broadcast jugak, terpulang.

Anggap sajalah kita sendiri redha WhatsApp untuk banned nombor kita.

#5 Database Rekomendasi Pelanggan

Selain daripada database yang dibeli, database yang kita minta daripada pelanggan untuk rekomen kenalan mereka juga sebenarnya kurang selamat untuk bisnes anda.

Walaupun ia cara bijak & mudah untuk dapatkan potential customer daripada real customer sendiri…

Tapi orang yang direkemenkan tu belum tentu aware database mereka telah dikongsikan kepada anda.

Untuk gunakan database ini dalam broadcast, anda perlu mention bagaimana & dari siapa anda dapat database mereka.

Paling tidak kuranglah sikit risiko kena report tu.

Kesimpulannya, tak kisahlah kepada siapa anda nak broadcast, anda perlu kenal mereka.

Skrip tak boleh pukul rata sama jer untuk semua database.

Setiap group ada cara communicate yang berbeza kecuali database yang dibeli. Mohon jangan praktikkan beli database dalam bisnes kita.

Silap-silap kita kena saman atau tindakan undang-undang. Itu lagilah sakit.

Okay sampai sini saja sharing kami, semoga anda belajar sesuatu & selamat dari masalah nombor WhatApp di-banned.

Belajar sesuatu dari artikel di atas? Jika ya, boleh klik butang di bawah untuk share dengan rakan lain @ tinggalkan sebarang soalan @ cadangan di bawah apa yang anda belajar. 👇🏻

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hai kawan! Ada terfikir nak broadcast & follow up Whatsapp guna sistem? tapi tak tahu nak cuba yang mana satu? Jom la guna Wabot. “its super easy” – Kata Tn Faris Rasul  🌟🌟🌟🌟🌟