Blog Firdaus Azizi

Open rate dan conversion broadcast anda asyik sendu? Cuba semak dah buat ke belum 3 langkah ni sebelum broadcast

Table of Contents

Selalunya keputusan untuk buat broadcast ni akan dibuat apabila iklan dah mahal dan tak perform.

Sebab nak cover rugi dari kos iklan yang telah dikeluarkan.

Tapi bila kita broadcast tanpa perancangan yang baik, kebiasaannya hasil yang kita bakal dapat pun tak konsisten.

Dan bila tak konsisten, macam mana nak jadikan broadcast ini sebagai “lubuk jualan” tambahan untuk kita perah income daripada database sedia ada.

Kami di Team Fames dulu pun buat silap jugak, main blast jer.

Kepada siapa, jam berapa, hari apa – semua try and error jer dulu.

Hasilnya, keputusan broadcast semakin lama, semakin menurun.

Jadi setelah kami analisa keputusan broadcast yang kami jalankan untuk klien…

Akhirnya kami hasilkan 3 checklist yang anda perlu semak sebelum broadcast dijalankan.

Jom semak langkah-langkah tersebut satu persatu.

LANGKAH 1: CUCI DATABASE

Maksud ‘cuci' database di sini ialah kita mengeluarkan database yang tidak sepatutnya ada di dalam senarai customer kita.

Kenapa penting untuk cuci database ni?

Sebabnya, kita tak nak keluarkan kos yang ekstra kepada target market yang tidak sepatutnya, di samping menjaga kualiti broadcast yang dihantar.

Macam kami dulu, kami akan blast dekat semua database.

Kalau ada 150k database, 150k orang lah yang akan dapat mesej broadcast kami.

Hasilnya…

Banyak kos yang dikeluarkan tanpa pulangan yang tinggi.

Sebab mesej kita sampai dekat target market yang tidak sepatutnya.

Sebelum nak cuci broadcast ni, pastikan centralise dulu semua database dalam satu tempat.

Bukan apa, kadang-kadang ada bisnes yang database-nya merata.

Ada simpan kat Google Sheet, ada simpan dalam handphone company-lah…

Pastikan gabung kesemuanya.

Dari situ, baru kita boleh mula proses untuk cuci database ni.

Jadi siapa yang patut kita keluarkan dari database kita?

1) Customer yang masukkan info salah/palsu

Kadang-kadang bila customer masukkan info, mereka sengaja masukkan maklumat yang palsu.

Ye lah, kadang-kadang mereka risau maklumat mereka akan disalahgunakan.

Ataupun mereka tak perasan kesilapan typo semasa beri info mereka kepada kita.

Jadi sebab itulah kita kena semak balik nombor telefon dan emel yang ada, lengkap & boleh digunakan atau tidak.

Kalau tak lengkap, boleh keluarkan siap-siap daripada list broadcast.

2) Info yang berulang

Ramai juga customer yang masukkan nombor telefon atau emel yang sama di atas nama yang berbeza.

Jadi kena tapis betul-betul info yang dimasukkan.

Kalau ada yang bertindan, boleh buang salah satu.

Kalau tak, nanti jadilah kes customer menyampah sebab dapat mesej sama berulang dari kita.

3) Customer yang tidak mahu menerima sebarang broadcast

Kebiasaannya, selepas broadcast dijalankan, pasti ada customer yang tak suka terima sebarang emel atau sms daripada pihak kita.

Untuk customer macam ni, lebih baik dikeluarkan terus dari database untuk kita hantar broadcast.

Kalau kita biarkan, bimbang mereka akan report kita sebagai SPAM.

Bila dah kena tanda sebagai SPAM ni, faham-faham je lah.

Open rate pun turun.

Kualiti broadcast akan turun.

Silap haribulan memang tak boleh broadcast sebab “restricted” atau kena “banned”.

LANGKAH 2: GROUPING DATABASE

Bila dah selesai cuci database, barulah kita boleh mula untuk buat grouping.

Grouping ni akan memudahkan untuk kita buat strategi broadcast.

Sebab bila dah grouping awal-awal, kita dah boleh target group mana yang kita nak ‘perah' hehe.

Ada banyak kategori yang kita boleh susun untuk dibuat sebagai group. Antaranya ialah:

a) Demografik

Untuk demografik, anda boleh susun database mengikut:

  • Jantina
  • Umur
  • Tempat tinggal
  • Pekerjaan
  • Status

Tentunya, tak semua info yang disebut di atas ada dalam rekod kita.

Tapi, kalau dapat kumpul, itu lebih baik & membuatkan data yang kita ada lebih “mahal”.

Contohnya, kalau kita ada roadtour di Kelantan dan kita tahu ramai dari pembeli produk kita dari Kelantan…

Kita boleh terus broadcast kepada mereka yang berada di Kelantan sahaja.

Bila target market tepat, kos broadcast pun dapat jimat.

Customer pun rasa dihargai sebab kita ingat mereka untuk bersama kita di lokasi mereka.

b) Produk yang dibeli

Untuk grouping yang kedua ni agak complicated untuk dikeluarkan sebab ia memerlukan kerja tambahan untuk filter database yang sedia ada.

Walaupun kita simpan data customer dalam Google Sheet atau Microsoft Excel…

Tapi, kalau database dan produk yang banyak, mencabar jugak proses untuk kita filter database ni.

Namun sekiranya anda menggunakan website e-commerce + CRM tools atau ada sistem CRM sendiri, sepatutnya tak ada masalah untuk keluarkan data.

Bagusnya ada CRM sistem ni, kita akan perasan corak pembelian seseorang customer itu berulang-ulang.

Contoh mudah bisnes tudung.

Walaupun kita release banyak design & batch sekalipun.

Biasanya akan ada group pembeli yang akan pilih warna/design yang lebih kurang sama, sepanjang dia membeli dengan kita.

Jadi bila ada data macam ni…

Kalau kita nak buat lauching atau promosi produk, kita boleh tawarkan produk yang sesuai dengan cita rasa mereka.

c) Kualiti Pembeli

Grouping yang terakhir ini ialah grouping yang paling penting anda perlu buat.

Mengikut pengalaman kami, grouping mengikut kualiti pembeli ini yang paling senang untuk menghasilkan conversion ketika broadcast.

Kebiasaannya kami akan bahagikan kualiti pembeli ini berdasarkan 4 ciri utama iaitu:

Average Order Value (AOV)

AOV ialah purata jumlah pembelian yang kebiasaannya dibelanjakan oleh customer.

Contohnya, produk kita mempunyai julat harga dari RM50 sehingga RM300.

Jadi, akan ada customer yang kebiasaannya berbelanja sehingga RM300.

Akan ada customer yang hanya belanja sekitar RM50 sahaja.

Maka dari situ kita boleh asingkan corak pembelian AOV mengikut yang paling tinggi dan paling rendah.

Apabila dah tahu AOV customer, senang untuk kita custom offer dan pakej mengikut jumlah yang mereka mampu belanjakan.

Lifetime Value (LTV)

LTV pula ialah jumlah yang dibelanjakan oleh seseorang sepanjang menjadi customer kita.

Semakin banyak pembelian yang dilakukan, semakin tinggi jumlah LTV yang dikumpulkan.

Seperti AOV juga, LTV ini boleh disusun mengikut yang paling tinggi dan rendah.

Bahasa mudah, customer berkualiti atau ‘VIP' adalah customer yang mempunyai nilai LTV tertinggi dalam bisnes kita.

Purchase frequency

Purchase frequency atau kekerapan membeli dimaksudkan dengan jumlah repeat order seseorang customer.

Jadi di sini kita perlu untuk mengasingkan kumpulan mana yang sering melakukan pembelian dengan kita.

Kenapa nak keluarkan data customer yang kerap beli ni?

Sebab ada customer yang mungkin tak tergolong dalam group LTV atau AOV yang tinggi.

Tapi mereka kerap membeli dengan kita.

Walaupun nilai yang dibelanjakan tidak besar…

Tetapi mereka tetap dalam group customer yang berkualiti kerana mempunyai buying power yang tinggi.

Pembelian semasa

Group database terakhir yang boleh diasingkan adalah mengikut pembelian semasa.

Kebiasaannya, customer baru lebih berkualiti berbanding customer yang sudah lama tidak melakukan pembelian.

Manakala kalau customer lama, ada cara berbeza untuk kita ajak mereka kembali membeli dengan kita.

Jadi, sebelum anda broadcast…

Pastikan anda teliti balik, group database yang akan terima mesej anda ini bila kali terakhir mereka membeli.

LANGKAH 3: SUSUN STRATEGI BROADCAST

Lepas dah siap grouping, barulah kita boleh bercerita tentang strategi.

Strategi broadcast akan ditentukan berdasarkan grouping database yang kita dah buat tadi.

Bila dah tahu group mana yang kita nak gunakan, barulah kita boleh tentukan:

  • Jenis skrip mesej yang ingin digunakan
  • Pakej yang ingin ditawarkan
  • Masa broadcast

Kesemua yang disebut di atas kebiasaannya akan berbeza dan perlu di-custom mengikut group yang dipilih.

Supaya ianya selari dan ‘kena' dengan group yang disasarkan.

Kebiasaannya bila semua dah di-customize-kan, insya-Allah anda akan dapat lihat perbezaan yang ketara pada conversion broadcast anda.

Tapi ingat, walaupun dah buat grouping yang tepat dan strategi pun padu…

Pastikan anda sentiasa memberi option out untuk mereka yang tidak lagi berminat untuk menerima sebarang broadcast dari anda.

Ini bukan saja memastikan kualiti broadcast kita kekal baik, tetapi untuk menjaga privasi customer kita juga.

Mereka gembira, kita pun tak pening kepala risau kalau-kalau kena report, betul tak?


Jadi begitulah sedikit sebanyak perkongsian pengalaman kami dalam menguruskan broadcast.

Tak kiralah anda broadcast SMS, emel atau di WhatsApp sekalipun, tetap perlu cuci dan group-kan database kita.

Tapi, kalau anda nak lebih jimat, lebih dekat dengan pelanggan…

Kami suggest untuk anda broadcast di WhatsApp.

Nak lagi mudah, boleh guna sistem WhatsApp Automation.

Beza guna WhatsApp biasa secara manual dengan sistem adalah, kerja blast jadi lebih senang.

Sebab anda tak perlu nak save nombor & siap boleh custom nama customer lagi tau!

Nak cari sistem WhatsApp Automation? Cuba Wabot PERCUMA sekarang!

DAPATKAN AKSES WABOT PERCUMA:

Guna dulu, puas hati baru subscribe.

Jom daftar akaun Wabot hari ini dan dapatkan FREE TRIAL 14 hari beserta 1,500 mesej PERCUMA.

Klik butang di bawah untuk mendaftar