Blog Firdaus Azizi

[Marketing Tips Untuk Ngo] Bagaimana Menyusun Konten Yang Power & Lebih Tepat Mengikut Audience Temperature?

Dalam pengalaman saya mengendalikan beberapa klien NGO, saya dapati “kunci” kepada sebuah kempen sumbangan untuk mencapai sasaran sumbangan adalah dengan penghasilan bahan marketing yang lebih personalized.

Bagaimana?

Apa yang saya biasa nasihatkan klien adalah hasilkan bahan mengikut audience temperature iaitu:

  • Cold
  • Warm
  • Hot audience

Secara asasnya, untuk setiap audience temperature ini, anda perlu faham kembali situasi mereka, dan apakah mesej yang perlu kita sampaikan kepada mereka agar mereka memberi sumbangan.

#1 Cold Audience

Cold Audience: Stranger, tak kenal NGO kita, tak tahu kempen sumbangan apa yang kita sedang jalankan.

Content yang perlu ada dalam bahan marketing:

Campaign Awareness

Kenapa buat kempen ni, dekat mana, perlukan bantuan apa, berapa sasaran bantuan yang diperlukan, apa yang akan jadi kalau bantuan ini tak disampaikan kepada penerima?

Social Proof

Sebelum ni bantuan ini dah diagihkan di mana, berapa banyak, kenapa sumbangan masih diperlukan walaupun sudah buat agihan?

1st Comitment Plan

Kalau nak menyumbang macam mana, boleh sumbang ikut ikhlas hati atau ada pakej sumbangan pada harga minima?

Unique Selling Point (USP)

NGO lain pun ada buat kempen yang sama, tapi apa kelainan pada kempen ini atau apa kelebihan kalau saya menyumbang melalui anda?

#2 Warm Audience

Warm Audience: Boleh jadi likers, followers, subscribers yang sudah kenal kita, namun tidak pernah menyumbang kepada mana-mana kempen sumbangan yang kita jalankan.

Content yang perlu ada dalam bahan marketing:

Urgency & Scarcity

Kenapa perlu menyumbang sekarang, berapa banyak slot bantuan dibuka, masa bantuan semakin suntuk, bila bantuan akan diagihkan, tabung bantuan akan ditutup bila.

Sell Value

Besarnya nilai sumbangan kita dalam membantu penerima, jangan tangguh untuk berbuat baik, sumbangan kita mampu menyelamatkan penerima daripada (worst scenario akan terjadi jika penerima tidak dibantu.

Social proof

Beritahu berapa baki sasaran yang diperlukan, dan berapa ramai penerima yang menanti bantuan ini, highlightkan ” dengan sumbangan anda mampu mencukupkan sasaran tabung ini untuk membantu mereka yang memerlukan”.

#3 Hot Audience

Hot Audience: Mereka yang sudah pernah menyumbang melalui kempen sumbangan kita, mereka yang percayakan kita untuk menyampaikan sumbangan kita kepada mereka yang memerlukan.

Content yang perlu ada dalam bahan marketing:

Progress

Berapa jumlah sumbangan terkutip, berapa jumlah bantuan telah selamat diagihkan kepada penerima hasil dari bantuan anda.

Appreciate 

Ucapan terima kasih kepada mereka yang dah menyumbang, bukti agihan dibuat, ajak terus sokong dan menyumbang jika kempen diteruskan.

Secara kesimpulannya, perkongsian saya ini lebih menjurus kepada content apa yang perlu anda sediakan mengikut setiap audience temperature.

Untuk penghasilan jenis video/gambar ia bergantung kepada kapasiti dan kreativiti anda.

Anda boleh hasilkan video:

  • Gunakan spokesperson yang menceritakan berkenaan kempen.
  • Storytelling berkenaan kisah kehidupan penerima bantuan kempen yang berjalan.
  • Update terkini status kempen yang anda jalankan ataupun banyak jenis video lagi.

InsyaAllah melalui perkongsian ini, saya harap dapat membantu anda menyediakan konten yang lebih baik dalam kerja amal yang anda jalankan.

Semoga bermanfaat.

Nak Kami Bantu Secara Personal Berkaitan content apa yang perlu anda sediakan mengikut audience temperature. ?

Jom luangkan masa 1 jam anda secara personal bersama TEAM FAMES. Kami akan review iklan anda , kenalpasti puncanya dan terus kongsikan secara praktikal.

Ini antara topiknya:

✅ Copywriting
✅ Teknikal Facebook Ads
✅ Closing di website dan Whatsapp

Jangan risau, anda buntu kami bantu

Klik jer butang di bawah untuk info lanjut :

Nak Video Panduan Facebook Ads Terkini? Percuma Sahaja!

Hanya Masukkan Nama & Alamat Emel Anda Dan Klik Butang 'Download Sekarang!'

artikel berkaitan