3 Teknik Penulisan Ayat Iklan yang Berpengaruh

Iklan tak dapat banyak respon?

Apa anda nak buat?

Apa? Tukar interest?

Sabar… 8 dari 10 iklan gagal bukan sebab interest tak kena, tapi sebab ayat iklan tak cukup “Umppphhh”.

Artikel kali ni saya nak kongsikan 3 teknik yang anda boleh guna sekarang… Dan hasilkan ayat iklan berpengaruh.

Teknik no 3 tu saya paling suka.

#1 Perbezaan dan Perbandingan

Untuk hasilkan ayat iklan berpengaruh, anda perlu bandingkan produk anda dengan pesaing!

Bandingkan dan tekankan perbezaan produk anda dengan produk pesaing!

Sebelum tu, saya nak bagi amaran. Teknik ni jika anda salah guna memang bahaya.

Jadi, baca dengan teliti dan hati-hati bila gunakan teknik ni.

Anda perlu bandingkan ciri-ciri produk anda dengan produk pesaing yang tiada ciri-ciri seperti produk anda.

Anda hanya boleh bandingkan secara umum dan tidak boleh sebut jenama pesaing secara spesifik.

Contoh:
Kebanyakan Ubat nyamuk lain hanya boleh digunakan sehingga 31 kali, tapi Ubat nyamuk XYZ tahan sehingga 101 kali penggunaan.

Kalau perasan, teknik ni juga digunakan oleh syarikat UMobile dalam iklan mereka.

#2 Autoriti

Antara teknik untuk hasilkan ayat iklan berpengaruh adalah dengan aplikasikan teknik autoriti.

Eh? Macam mana nak buat ayat iklan berpengaruh dengan teknik ni?

Ini tekniknya… Anda sandarkan fakta yang anda tulis pada orang/organisasi bertauliah. Teknik ni sangat berkesan untuk meraih kepercayaan prospek terhadap produk anda.

Contoh Ayat Iklan Mainan Kanak-Kanak:
“Kajian dari Universiti ABC dedahkan… 7 dari 10 kanak-kanak yang bermain dengan alat permainan XYZ berpotensi menjadi genius!”

Siapa yang tak percaya kata saintis, kata pakar atau kajian badan-badan bertauliah?

Majoriti akan percaya.

AMARAN: Pastikan anda guna fakta yang terbukti benar dan tidak mereka-reka fakta anda sendiri

#3 CTA Memukau

Call to action memukau

CTA adalah singkatan kepada “Call to Action”. Ia adalah satu arahan jelas kepada prospek untuk buat mereka bertindak.

Tapi, kebanyakan CTA yang saya perasan terlalu nampak sangat nak menjual.

Cara yang betul adalah, CTA perlu fokus pada transformasi diri prospek. Anda perlu nyatakan, jika inginkan sekian-sekian transformasi, maka buat sekian-sekian tindakan untuk dapatkan produk anda.

Contoh:
“Mahu gandakan jualan bulan ini? Whatsapp ke XXX-XXX XXXX untuk kami bantu tingkatkan jualan anda!

Nampak tak?

Ada tak saya sebut tentang beli apa-apa?

Kebanyakan CTA adalah begini:
“Whatsapp ke XXX-XXX XXXX untuk beli 1 sekarang!”

Anda sendiri boleh rasa, CTA mana lebih memukau.

Kesimpulan

3 teknik ayat iklan berpengaruh ini jika digunakan, insyaAllah dapat meningkatkan daya pengaruh pada ayat iklan anda.

Bukan sahaja dapat meninggkatkan daya pengaruh. 3 teknik ini juga dapat merangsang emosi dan pengaruh prospek untuk memilih produk anda… Bukan produk pesaing anda.

Belajar sesuatu dari artikel di atas? Jika ya, boleh klik butang di bawah untuk share dengan rakan lain @ tinggalkan sebarang soalan @ cadangan di bawah apa yang anda belajar. 👇🏻

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *