4 Punca Akaun WhatsApp Kena Ban & Cara Elakkan Ianya Terjadi Kepada Anda

Ramai orang takut nak buat broadcast guna WhatsApp sebab takut nombor kena banned.

Biasanya, ada 2 jenis banned yang dikenakan oleh pihak WhatsApp iaitu Temporary Ban dan Permanent Ban.

1) Temporary ban: Terjadi apabila pemilik akaun melakukan kesalahan buat pertama kali.

Kebiasaannya, nombor dapat digunakan semula setelah proses appeal dilakukan.

2) Permanent ban: Terjadi apabila kesalahan yang sama dibuat berulang kali.

Dan kemungkinan untuk dapatkan balik nombor kita tu biasanya tipis.

Bagi mengelakkan isu ini, ramai lebih memilih untuk broadcast guna emel & SMS.

Tapi sayang sebenarnya, sebab kadar untuk orang bukak WhatsApp, biasanya akan lebih tinggi daripada emel & SMS.

Bahagian takut kena banned, jangan risau.. 

Sebab untuk blogpost hari ini, kami akan kongsikan 4 punca kenapa nombor WhatsApp kena banned bila buat broadcast.

Dan paling penting…

Macam mana nak elakkan akaun anda menjadi mangsa.

Ada beberapa faktor yang kebiasaannya akan menyebabkan nombor anda kena banned. Antaranya ialah:

1) User report

User report ialah antara faktor utama kenapa nombor anda kena ban oleh WhatsApp apabila broadcast.

Bila seseorang dapat mesej buat pertama kali, WhatsApp memang akan bagi pilihan untuk report sebagai SPAM.

Jadi bila prospek tak kenal kita, kemungkinan besar prospek akan report kita sebagai spam.

Tambah pulak bila pertama kali kita broadcast tu terus hard-sell…

Lagilah prospek akan rasa terganggu.

Kalau anda nak tahu, sebenarnya…

Cukup 3-5 kali orang report, WhatsApp akan ban terus nombor kita.

Scary-kan? huhu

Jadi nak tak nak, kena hati-hati apabila broadcast dekat prospek ni.

Skrip WhatsApp kenalah lebih friendly (contoh tanya khabar), & jangan terlampau push untuk menjual.

Contoh paparan mesej WhatsApp yang diterima buat pertama kali

2) Laju sangat

Selain daripada user report, kelajuan kita menghantar broadcast pun boleh jadi punca nombor kita dibanned.

Kebiasaannya, kita akan mengambil masa beberapa minit untuk menghantar WhatsApp kepada seseorang.

Itu normal.

Tapi kalau boleh hantar 500 mesej kepada 500 orang dalam satu masa…

Memang tak logik.

Jadi kalau hantar broadcast laju sangat untuk jumlah database yang besar

WhatsApp akan dapat detect yang kita ni bukan manusia.

Tapi robot yang hantar mesej tu bagi pihak kita.

Jadi penting untuk memastikan ada sela waktu/delay time yang ditetapkan bagi setiap mesej yang dihantar.

Kami sarankan letak delay lebih dari 45 saat untuk setiap penerima.

3) Robot sangat

Okay, point ni lebih kurang dengan point atas.

Tapi apa yang menunjukkan lagi ‘robot sangat' itu adalah apabila kita broadcast skrip yang sama untuk semua database.

Kalau ada 1,000 database, semuanya dapat mesej yang sama.

Jadi WhatsApp akan kesan yang mesej ini menjurus kepada aktiviti spamming.

Oleh itu, amat penting untuk menghasilkan skrip yang lebih santai, seakan-akan berborak dengan prospek.

Selain itu, anda juga boleh menggunakan fungsi spintax pada Wabot supaya ada kelainan pada setiap mesej yang dihantar.

Contoh paparan setting broadcast di dalam Wabot

4) Nombor baru

Dan punca yang keempat yang boleh menyebabkan akaun WhatsApp anda kena ban ialah kerana menggunakan nombor baru.

Apa yang dimaksudkan dengan nombor baru?

Nombor baru ialah nombor yang baru mendaftar dengan WhatsApp.

Tidak kisah jika nombor itu baru dibeli atau sudah lama.

Jadi, jangan try beli nombor baru hari ini, then hari ini jugak nak buat broadcast.

Sebaiknya, dapatkan 50 ke 100 orang untuk mesej nombor baru kita terlebih dahulu untuk ‘warm-up' nombor tersebut.

Dan pastikan kita pun reply mesej-mesej yang masuk supaya nampak ada komunikasi dua hala.

Kalau semuanya lancar, barulah naikkan jumlah penerima.

Dan cara ini lebih selamat & kurang risiko untuk nombor anda dibanned.


Dapat sesuatu?

Alhamdulillah, selesai sudah perkongsian kami untuk blogpost kali ini.

Pastikan sebelum anda merancang kempen broadcast WhatsApp yang akan datang…

Anda ambil langkah berjaga-jaga seperti yang kami kongsikan di atas.

Selamat mencuba, dan semoga berjaya!

Kalau anda belum ada sistem untuk hantar broadcast WhatsApp, boleh cuba sistemย Wabot.

Antara kelebihan sistem Wabot Plus ialah:

  1. Ada fungsi spintext supaya setiap mesej broadcast yang dihantar nampak berbeza.

  2. Boleh set random delay antara setiap mesej yang dihantar supaya tak nampak macam robot yang hantar.

  3. Boleh setup & schedule broadcast sesiap, tanpa perlu buka laptop. Phone nak off atau takde internet pun takde masalah. Broadcast jalan insyaAllah.

Oh, dan yang paling best, anda boleh guna Wabot dengan percuma selama 14 hari untuk menghantar 1,500 mesej.

DAPATKAN AKSES WABOT PERCUMA:

Guna dulu, puas hati baru subscribe.

Jom daftar akaun Wabot Plus hari ini dan dapatkan FREE TRIAL 14 hari beserta 1,500 mesej PERCUMA.

Klik butang di bawah untuk mendaftar

Belajar sesuatu dari artikel di atas? Jika ya, boleh klik butang di bawah untuk share dengan rakan lain @ tinggalkan sebarang soalan @ cadangan di bawah apa yang anda belajar. ๐Ÿ‘‡๐Ÿป

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hai kawan! Ada terfikir nak broadcast & follow up Whatsapp guna sistem? tapi tak tahu nak cuba yang mana satu? Jom la guna Wabot. “its super easy” – Kata Tn Faris Rasulย  ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ