3 Sebab Anda Perlu STOP Guna Broadcast List Untuk Blast WhatsApp Kepada Customer.

Biasanya kalau kita blast mesej dekat pelanggan, mesti guna WhatsApp kan?

Tapi, tahukah anda, ada beza besar apabila broadcast pelanggan guna β€œbroadcast list” di WhatsApp dengan menggunakan sistem automation WhatsApp.

Ramai orang fikir, broadcast WhatsApp ni cuma guna fungsi yang sedia ada di WhatsApp.

Tapi sebenarnya, ada banyak cara yang lebih advanced untuk buat broadcast di WhatsApp.

Ada dua cara yang paling biasa orang-orang bisnes di luar sana gunakan.

Pertama, guna fungsi β€œbroadcast list” sedia ada.

Kedua, guna sistem automation WhatsApp.

Jadi apa perbezaan guna kedua-dua cara ni? Mana yang lebih baik?

Jangan risau, dalam perkongsian hari ini, kami akan share apakah 3 kekurangan utama bila kita gunakan broadcast list yang sedia ada di dalam WhatsApp.

1) Mesej Broadcast Tak Sampai Pada Customer

Tahu tak, kadang-kadang bila kita blast mesej ke semua dalam senarai broadcast, sebenarnya tak semua orang dapat mesej kita.

Bayangkan kita dah save dah nombor customer 1-1, tapi hakikatnya walaupun kita dah masukkan nombor mereka dalam broadcast list.

Ada di antara mereka yang tak dapat pun mesej kita tu. 

Kenapa?

Sebab, untuk menggunakan senarai broadcast, pelanggan perlu save nombor kita dalam contact telefon mereka.

Walaupun mungkin list customer yang kita  blast tu ada jer dalam group WhatsApp / Telegram Channel kita, selagi mana customer tak save nombor yang kita guna.

Mereka tak terima mesej yang kita hantar gunakan fungsi broadcast list ni.

Jadi, persoalan kami kepada anda, dalam situasi macam ni, apa yang patut kita buat?

Pertama sekali, cara paling mudah  – anda share terus contact anda pada customer, yang lengkap ada nama anda / syarikat dan nombor telefon sekali.

Ini dapat mudahkan customer sebab mereka cuma perlu tekan add to contactdalam telefon. 

Lepas ni mereka tak perlu nak susah-susah copy nombor telefon anda,boleh klik & save jer.

Share contact phone kepada customer dalam ruangan chat
Customer save number contact yang diberikan kepada mereka

Ini bermakna, customer lebih senang nak berhubung dengan kita.

Dan kita pun tak perlu risaukan lagi hantar broadcast pada customer tanpa save nombor.

2) Susah Nak Pantau Rekod Database Sedia Ada

Bila anda buat broadcast, tentu anda nak tahu hasilnya, betul tak?

Berapa mesej yang berjaya dihantar, berapa yang gagal, atau mana-mana nombor yang anda simpan selama ni, masih aktif ke nombor mereka di WhatsApp.

Hakikatnya kalau guna WhatsApp biasa, kita tak dapat nak tahu kesemua data-data ni.

Kalau adapun kena buat manual.

Habistu kalau sekali blast 500, 700, 1000 nombor? Takkan nak buang masa semak satu-satu, kan?

Itulah kekurangan kalau kita buat broadcast kat WhatsApp sedia ada guna database yang besar.

Dan, sebab itu jugalah ramai orang guna sistem WhatsApp automation.

Setiap broadcast yang dibuat, ada data untuk kita tengok balik dan analisa.

Langkah-langkah nak buat WhatsApp broadcast pun simple je, nak buat split test pun senang bila boleh baca data.

  • Nak test skrip angle berlainan
  • Nak test offer

Baru best nak buat testing bila dapat keluarkan data.

3) Tak Boleh Nak Custom Mesej Khas dan Personalized Nama

Selain tak dapat keluarkan data hasil broadcast, mesej yang dihantar melalui broadcast list WhatsApp tak boleh nak customize letak nama pelanggan.

Kalau ada pun, tak boleh guna broadcast list, kena edit satu-satu & hantar manual dekat setiap seorang. Fuhhh leceh.

Apa kesannya kalau mesej yang dihantar kepada semua customer serupa?

Kesannya tak ada elemen β€˜personal touch’ atau erti lain mesej yang dihantar tak ada β€˜jiwa’.

Tapi kalau menggunakan sistem WhatsApp automation,  anda boleh menyesuaikan mesej dengan custom letak nama customer menggunakan fungsi ‘merge tag' seperti ini:

β€œHai [Nama Pelanggan], kami ada tawaran istimewa untuk anda!”

Sekiranya anda ingin menghantar β€œpersonalize” broadcast dengan memasukkan nama customer, tracking number, alamat emel, etc, anda boleh upload contact sekali dengan column-column tambahan tersebut.

Contohnya seperti di bawah:

Jika merujuk pada gambar contoh di atas, cara untuk panggil setiap column adalah seperti ini:

Name: %Name%

Product: %Product%

Tracking Number: %Tracking Number%

Contoh skrip text untuk broadcast
Contoh paparan skrip text di ruangan chat

Mesej yang ada sentuhan peribadi seperti ini dapat membantu untuk tingkatkan interaksi anda dengan customer.

Secara tak langsung, ini juga berikan impression yang bagus kepada customer.

Jadi secara ringkasnya, kami simpulkan balik apa perbezaan broadcast di WhatsApp menggunakan β€œbroadcast list” yang tersedia ada dengan menggunakan sistem WhatsApp Automation.

Jadi sekarang anda pasti dah jelas kenapa anda perlu berhenti guna broadcast Whatsapp kan?

Kami nak syorkan sistem automation yang anda boleh guna untuk broadcast, iaitu WhatsApp Automation (Wabot).

Kalau rasa teringin nak explore lebih dalam tentang setup automation semua ni, jom join Kelas Live WhatsApp Broadcast yang kami sediakan secara PERCUMA 

u003cstrongu003eDaftar Sekarang (Kelas WhatsApp Broadcast)u003c/strongu003e

Belajar sesuatu dari artikel di atas? Jika ya, boleh klik butang di bawah untuk share dengan rakan lain @ tinggalkan sebarang soalan @ cadangan di bawah apa yang anda belajar. πŸ‘‡πŸ»

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hai kawan! Ada terfikir nak broadcast & follow up Whatsapp guna sistem? tapi tak tahu nak cuba yang mana satu? Jom la guna Wabot. “its super easy” – Kata Tn Faris RasulΒ  🌟🌟🌟🌟🌟

Jom Sertai Kelas WhatsApp Broadcast Secara PERCUMA!!

Jom Sertai Kelas WhatsApp Broadcast Secara PERCUMA!!