Buat Bisnes Travel? Ini 5 Tips Penting Untuk Hasilkan Iklan Yang Berkesan!

Bisnes yang berkaitan dengan industri pelancongan dan umrah ni sebenarnya agak mencabar.

Sebab, anda perlu bina TRUST dulu sebelum menjual.

Kenapa?

Sebab nilai transaksinya agak tinggi.

Ya la, pakej perlancongan ni biasanya 3 angka ke atas, kalau pakej umrah pula paling rendah pun 5k.

Jadi anda perlu bina kepercayaan kalau nak sales yang banyak.

5 tips yang saya share ni, boleh bantu anda untuk tingkatkan kepercayaan prospek terhadap agensi travel anda.

#1 – Lengkapkan “Contact Info”

contact info bisnes travel umrah

Pastikan dalam website dan FB page anda ada maklumat perniagaan yang lengkap.

Pastikan 4 maklumat ni ada dalam website dan page anda:

  • Nombor telefon (kalau boleh no fixed line), ada sesetangah prospek mereka suka call dulu sebelum ambil pakej perlancongan anda.
  • Alamat pejabat, ada juga prospek yang suka terus walk-in ke ofis. Biasanya, prospek jenis ni dia memang dah ready nak ambil pakej yang kita tawarkan, cuma mereka nak jumpa terus dengan anda.
  • Letak gambar pejabat anda. Ini akan mewujudkan “vibe and feel” yang professional.
  • Masukkan gambar klien-klien yang sedang melancong dan bergembira. Tujuannya sama macam kita share testimoni, ianya untuk meraih kepercayaan prospek.

#2 – Buat Iklan Like

Bisnes berkaitan travel ni tak sama macam jual produk yang harga 2-3 angka.

Kalau prospek nampak iklan anda hari ni, bukan hari ni mereka terus daftar pakej pelancongan anda.

Berdasarkan pengalaman saya dalam bidang travel, biasanya 3-6 bulan lagi baru prospek akan daftar.

Kadang-kadang, ada yang tahun ni whatsapp untuk survey pakej yang kita tawarkan, tahun depan baru mereka contact semula untuk daftar.

Apa yang saya boleh sarankan adalah, anda kena buat iklan “Page Like” secara berterusan.

Kemudian, buat satu lagi kempen khas untuk promote pakej pelancongan dan target pada “Likers” je.

Kempen promosi ni pun perlu dibuat dengan berterusan.

Pastikan setiap bulan ubah gambar atau copywriting yang baru, supaya iklan anda sentiasa nampak “FRESH” dimata prospek.

#3- Buat Sesi Live

fb live niche travelSetiap kali anda bawa klien anda untuk melancong, pastikan anda buat sesi live.

Terutamanya, kalau anda buat bisnes umrah. Anda boleh buat video live semasa sesi ziarah.

Kalau pakej anda ada tawarkan lawatan ke tempat-tempat yang rare, jarang dilawati tapi menarik, anda wajib buat sesi live.

Lepas tu, jadikan sesi live tu sebagai bahan iklan.

Video live ni bukan je menarik untuk prospek tonton, tapi ianya juga dapat tingkatkan trust & kredibiliti.

Prospek anda akan nampak yang bisnes anda adalah real dan bukan scam.

#4 – Tonjolkan USP

usp produk

Baru-baru ni saya pergi ke MATTA Fair di Maeps, Serdang.

Boleh dikatakan, hampir semua syarikat pelancoong offer benda yang sama je. Tak ada apa yang unik.

Untuk membezakan bisnes anda dan bisnes pesaing, anda perlu ada USP.

Atau dalam bahasa yang mudah, wajib ada keunikan pada bisnes anda.

Anda boleh tawarkan sesuatu yang syarikat lain tak tawarkan untuk menampakkan pakej anda ni lain dari pesaing anda.

Contoh, katakan anda buat bisnes umrah, anda boleh tawarkan pake ziarah ke Taif secara percuma.

Setiap kali anda buat iklan, pastikan anda nyatakan pakej ziarah Taif secara percuma.

Audience yang nampak iklan anda mungkin akan rasa teruja nak ambil pakej umrah dengan syarikat anda.

#5 – Kempen Retargeting

Kalau ada video-video live yang menarik, anda boleh buat iklan untuk tarik audience untuk tonton video live.

Lepas tu, buat la satu kempen retargeting khas.

Target semula audience yang dah tonton video tadi,

Dalam kempen retargeting tu, anda boleh buat iklan “Hardsell” untuk promosikan pakej pelancongan andda.

Dalam iklan tu, boleh masukkan detail pakej seperti harga fullboard, detail flight, detail itinerary dan sebagainya.

Iklan anda lebih targeted dan lebih tinggi conversion rate berbanding terus buat iklan Hardsell kepada prospek yang langsung tak pernah engage dengan bisnes anda.

Ada Belajar Sesuatu?

Kalau anda rasa artikel di atas bermanfaat untuk anda, tolong klik butang Share di bawah dan kongsikan ilmu ini dengan rakan-rakan anda yang lain.

Dan kalau anda nak belajar dengan lebih detail, saya syorkan anda untuk mendapatkan Pakej ViPER Reloaded saya (klik jer gambar di bawah untuk info lanjut).

Pakej Video Panduan Facebook Marketing Advance

Ada 41 video dalam panduan ini, dengan tempoh durasi selama 8 jam 24 minit.

Bukan itu saja, anda juga akan mendapat akses ekslusif ke Facebook Support Group khas, untuk mudahkan anda bertanya soalan dan dapatkan pandangan dari saya.

– Klik Sini Untuk Download Panduan ViPER Reloaded Sekarang! –

Kalau nak sesi personal 1-to-1, boleh book slot konsultasi online ataupun coaching face-to-face daripada team saya.

Belajar sesuatu dari artikel di atas? Jika ya, boleh klik butang di bawah untuk share dengan rakan lain @ tinggalkan sebarang soalan @ cadangan di bawah apa yang anda belajar. 👇🏻

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *