5 Jenis Headline Yang Berkesan Untuk Iklan NGO & Fund Raising

Headline ni ibarat “jantung” dalam copywriting.

Bak kata lagenda pemasaran terkenal dunia, David Ogilvy, yang juga dikenali sebagai “The Father of Advertising”.

When you have written your headline, you have spent eighty cents out of your dollar


Atau dalam bahasa Melayu,

“Bila kita dah tulis headline, kita sudah membelanjakan 80 sen daripada 1 ringgit”

Maksudnya…

Headline memainkan peranan yang sangat besar dalam menentukan keberkesanan iklan kita.

Jadi kena pastikan headline kita cukup kuat, untuk jadi “hook” dan menarik audience supaya singgah dan baca iklan kita.

Headline ini tidak semestinya kita perlu letak dalam copywriting iklan saja.

Selit juga headline dalam bahan marketing seperti video (di bahagian header/footer), thumbnail video atau gambar-gambar yang anda gunakan untuk run iklan.

Headline macam mana yang boleh diselitkan?

Ada macam-macam jenis headline yang anda boleh cuba guna.

Tapi dalam artikel kali ini, saya akan kongsikan lima jenis headline yang sesuai untuk digunapakai untuk NGO dan tujuan mengutip sumbangan (fund raising).

Mudah-mudahan dengan 5 headline ini, NGO anda mampu mendapat jumlah sumbangan dan pulangan yang lebih tinggi dari iklan yang dilaburkan.

5 Jenis Headline Untuk Selit Dalam Bahan Marketing

Sebelum saya mulakan, saya cadangkan anda ada pensil dan kertas, kot-kot boleh terus draft 5 headlines lepas baca post ni, dapat terus apply dan run iklan.

Okay, dah ready? Jom kita start!

#1 Fakta

First and foremost, benda yang paling penting adalah fakta.

Betul ke dekat tempat sekian terjadi perkara sekian?

Betul ke orang kat sana susah dan perlukan bantuan?

Apa yang jadi kat sana?

Ada bukti?

Fakta itulah bukti untuk kita yakinkan masyarakat untuk menyumbang.

Pastikan anda masukkan sekali statistik dan berita terkini di lokasi kempen yang anda jalankan.

Contohnya begini…

Kalau anda sedang mengumpul dana untuk dihantar ke Yaman, yang mana kita tahu keadaan di Yaman terlalu teruk sehingga diiktirafkan sebagai negara no 1 yang mengalami krisis kemanusian dunia.

Ini adalah beberapa contoh headline jenis fakta yang anda boleh guna:

“Menurut Statistik Yang Di Keluarkan Unchr Pada 2019, Setiap 10 Minit, Terdapat 1 Orang Kanak-Kanak Mati Kebuluran Di Yaman”

Ataupun version headline yang lebih pendek:

“Setiap 10 Minit, Terdapat 1 Orang Kanak-Kanak Mati Kebuluran Di Yaman – Unchr (2019)”

Headline fakta ni adalah headline paling mudah sebenarnya sebab apa yang kita nak sampaikan itu tak perlu diubah dan lebih direct.

Done headline untuk fakta, next!

#2 Direct Selling

Direct selling ni maksudnya ayat yang menjurus terus untuk ajak orang menderma.

Ini maksudnya iklan ini direct dan sesuai untuk kempen-kempen yang perlukan dana segera seperti tabung/dana kilat.

Selalunya point penting yang ada dalam headline ini adalah :

  • Berapa sasaran yang diperlukan (boleh digunakan sama ada jumlah sumbangan atau berapa orang/keluarga yang akan menerima bantuan)
  • Bantuan digunakan untuk apa

Contoh headline direct selling :

“Rm 1 Juta Diperlukan Segera Untuk Bekalan Bantuan Asnaf Yang Terjejas Pkp Covid-19!”

“Bantuan Makanan Anak Syria, Ayuh Hulurkan Sumbangan Ikhlas”

“RM 500,000 diperlukan untuk kos rawatan jantung, ayuh bantu adik Wani untuk terus sihat”

Simple kan?

Okay, next kita akan buat headline jenis emotional quotes, jom scroll bawah!

#3 Emotional quotes

Ini adalah di antara headlines “favourite” yang saya biasa guna.

Kebiasaannya juga saya akan gabungkan headline ini dengan headline direct selling di atas.

Jap lagi saya tunjukkan contoh di bawah.

Plus…

Untuk emotional quotes headline ni, saya cadangkan anda haya menggunakan 3 emosi saja.

Iaitu emosi gembira (harapan), sedih dan takut.

Kenapa?

Kerana itulah hakikatnya yang dirasai mereka yang memerlukan, betul?

Gunakan emotional quotes untuk berkongsi “rasa” kepada orang lain untuk sama-sama bantu mereka yang memerlukan.

Contoh headline emotional quotes:

”Makan daun untuk terus hidup. Ayuh kongsi rezeki dan kasih sayang buat rakyat Palestin.”

“Ibu tua terpaksa berjalan jauh memikul botol air besar demi mendapat bekalan air bersih, ayuh siapkan telaga baru untuk petani di Kemboja”

“Yatim piatu sejak lahir, lebih 10,000 anak di Syria hidup tanpa kasih sayang ibu dan ayah”

Manakala contoh headline emotional quotes + direct selling:

“Anak terpaksa minum air suam, tak mampu beli susu, 1000 ibu tunggal di Sabah Sarawak memerlukan bantuan segera!”

“Zahirkan kesyukuran dengan berkongsi rezeki kita buat mereka yang memerlukan. RM 35K Diperlukan bagi membeli 1000 naskah Al- Quran buat pelajar di Bangui, Afrika.”

Okay done part emotional quotes.

Amacam, dah start mula ada few headlines terlintas?

Baik terus tulis, nanti lupa, hehe.

#4 Skrip

Kita dah belajar emotional quotes, dan sekarang kita nak gunakan headline dalam bentuk skrip pula.

Untuk headline skrip, ia haruslah sync dengan gambar atau video yang kita gunakan.

Ataupun jika video ada orang bercakap, boleh terus ambil direct dialog ringkas yang disampaikan.

Tapi, kalau anda nak guna dialog skrip pada gambar, bagaimana nak buat?

Okay, contoh ada gambar anak kecil menangis peluk ibunya.

Headline yang boleh anda dikeluarkan:

“Ibu, adik lapar sangat”

“Nanti ada rezeki, kita makan sedap sikit ya , adik?”

“Maafkan ibu, adik”

Ataupun contoh gambar sekolah yang daif dan gunakan papan sebagai ganti kertas untuk menulis di Afrika:

“Dapat belajar pun saya syukur sangat, terima kasih ya Allah”

Alright, next kita ke jenis headline yang terakhir iaitu headline dalam bentuk Hadith / Ayat Quran.

#5 Hadith & Ayat Quran

Dan akhir sekali, tiada yang lebih kuat dan terbukti selain dari Hadith & ayat Quran yang sahih.

Cuma kena berhati-hari bila guna headline jenis ini.

Untuk ayat Quran takda masalah sangat, yang saya concern adalah part hadith.

Gunakan hadith yang kuat sanadnya, bukan hadith yang dhaif walaupun “popular”.

Carilah hadith dan ayat Quran yang berkaitan supaya audience anda tahu apakah ganjaran jika mereka menyumbang dan membantu orang lain.

Untuk hadith yang panjang, anda boleh rephase balik point penting hadith tersebut dalam bahan marketing dan hadith penuh boleh letak di dalam ayat iklan di post.

Contoh Headline panjang yang kita hanya highlight point penting:

“Malaikat doakan untuk HambaNya yang bersedekah”

“Besarnya nikmat bersedekah, Malaikat doakan untuk kita tuan puan”

Hadith Penuh:

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu sesungguhnya Nabi Muhammad SAW bersabda:

“Tidak ada satu subuh-pun yang dialami hamba-hamba Allah kecuali turun kepada mereka dua malaikat. Salah satu di antara keduanya berdoa: “Ya Allah, berilah ganti bagi orang yang berinfaq”, sedangkan yang satu lagi berdo’a “Ya Allah, berilah kerosakan bagi orang yang menahan (hartanya)”

(Hadis Riwayat Bukhary 5/270)

Sekian itu saja dari saya.

Semoga perkongsian ini mampu membantu anda meraih lebih banyak sumbangan dan membantu lebih ramai orang yang memerlukan di luar sana, insyaAllah.

Nak Kami Bantu Anda Raih Sumbangan?

Kalau anda adalah NGO yang berminat menggunakan platform Facebook Ads untuk mendapatkan sumbangan, kami di Team Fames sedia membantu.

Kami ada kepakaran menguruskan kempen-kempen NGO dengan kos iklan terkumpul hampir RM 1 juta setiap bulan (sumbangan biasanya 5 ke 10 ganda).

Anda boleh join sesi konsultasi ataupun online coaching dengan menekan butang di bawah.

Belajar sesuatu dari artikel di atas? Jika ya, boleh klik butang di bawah untuk share dengan rakan lain @ tinggalkan sebarang soalan @ cadangan di bawah apa yang anda belajar. 👇🏻

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *