Untuk yang biasa buat jualan di Facebook, mesti ada yang tertanya-tanya,
“Macam mana orang buat jualan guna blog?”
Atau…
“Ada ke orang baca blog lagi zaman sekarang?”
Dalam entri kali ini saya akan cuba menjawab persoalan di atas 🙂
Manusia Zaman Sekarang Suka ‘Google'
Tahukah anda bawah setiap saat, Google akan memproses secara purata 40,000 carian.
Kalau dibuat kira-kira, jumlah carian sehari adalah 3.5 billion!
Ala, kan biasa kalau kawan tanya something yang kita tak tau, kita akan jawab…
“Ala, kau ‘Google' jer!”
Kadang-kadang kalau anak tak sihat pun kita akan tanya Doktor Google.
Nak cari barang untuk beli atau dapatkan review tentang mana-mana produk, pun kita akan tanya Mr Google.
Pendek kata, asalkan kita nak cari apa-apa info, mesti kita akan Google.
Betul ke betul?
Jadi… Apa Kaitan Google Dengan Blog?
Bila anda mempunyai blog…
Dan anda tau guna cara dan strategi yang betul untuk berblog…
Anda boleh buat supaya bila orang cari sesuatu di Google, blog anda keluar.
Contohnya bila orang search “homestay di batu buruk kuala terengganu”.
Anda boleh lihat 2 link dalam petak merah di atas. Kedua-duanya ada blog 🙂
Yang paling best bila blog boleh keluar di 1st page Google, potensi untuk dapat jualan sangat tinggi sebab mereka yang cari kita.
Orang mana ada masa nak main Google suka-suka jer.
Biasa orang Google sebab dia ada masalah, dan tengah cari penyelesaian kepada masalah yang dihadapi.
Tak ke mudah nak jual kepada orang yang macam tu?
Dalam bahasa lain, prospek yang datang dari Google biasanya adalah kategori ‘starving crowd'.
“Macam Mana Nak Buat Supaya Blog Saya Keluar Di Google?”
Alhamdulillah saya ada hasilkan satu video panduan cara bina website dengan mudah dan murah (kos bawah RM100).
Video panduan ini anda boleh tonton secara online atau muat turun sebaik sahaja tempahan anda disahkan.
Berminat?
Klik butang di bawah sekarang sementara tempahan masih lagi dibuka!
Apa Belajar Sesuatu?
Klik butang “Share” di bawah supaya rakan-rakan anda yang lain juga beroleh manfaat.
12 Comments
betul3. tak siapa boleh nafi benda ni,
“Dr.Google” sememangnya satu fenomena.
siapa yang berjaya tawan 1st page google memang power la. 🙂
The Power of Google 🙂 Mujur di Malaysia, SEO masih mudah.
Tidak dapat dinafikan lagi blog memainkan peranan yang penting dalam sesuatu pencarian, maknanya google jer…semua akan dapat infonya. Saya setuju dengan pendapat Firdaus Azizi bahawa blog memainkan peranan yang penting dalam penjualan produk kita.
penulisan yang amat mudah tetapi berkesan kat jiwa saya..
ada peluang saya belajar kat tuan pulak..
Alhamdulillah 🙂 Semoga tuan semakin sukses & berjaya!
Betul tu Encik Firdaus dan Puan Khadijah.Blog banyak sangat membantu jualan.Paling seronok bila mereka adalah pelanggan yg ‘nak’ dan sedang mencari apa yg kita tawarkan.
Alhamdulillah dan tahniah Cikpuan Roslina 🙂
Semoga blog Cikpuan pun semakin sukses dan berjaya.
ingin sangat belajar dengan tuan tetapi tarikhnya masih belum kena lagi kemungkinan kelas selepas Nov saya akan hadiri juga
Salam Tuan,
Terima kasih sebab berminat nak join kelas saya 🙂
InsyaAllah untuk saya akan adakan kelas FB seterusnya pada 19 & 20 Disember 2015. Mungkin boleh join pada tarikh tersebut.
Terima kasih